Showing posts with label tips-trik. Show all posts
Showing posts with label tips-trik. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Tulis jawi pada blog ( توليس جاوي ڤد بلوݢ )

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog ini. Pada posting kali ini saya akan memenuhi hajat/permintaan saudara blogger Abufawwaz Albakri. Beliau ingin mengetahui bagaiman cara membuat tulisan jawi pada blogspot.

Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh kita gunakan seperti gunakan perisian/software, banyak terdapat perisian yang dapat membuat tulisan jawi atau yang boleh menterjemah terus tulisan rumi kepada jawi. Selain daripada itu terdapat juga beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Untuk tutorial ini saya menggunakan perkhidmatan dari laman web http://www.ejawi.net .

1. Buka laman  http://www.ejawi.net .


i)   Tuliskan perkataan/text anda dalam kotak "Teks yang perlu ditransliterasi".
ii)  Kemudian klik pada butang "Tukar!" .

2. Pada kotak "Keputusan hasil transliterasi" akan dipaparkan tulisan jawi yang sudah diterjemah dari tulisan rumi tadi.


i)  Untuk memasukkan tulisan jawi yang sudah diterjemahkan itu ke dalam posting, anda hanya perlu select pada tulisan jawi tersebut dan copy kemudian pastekan pada posting anda.

3.  Anda juga boleh menulis terus tulisan jawi dengan menggunakan "papan kekunci maya" yang telah disediakan.


 i)   Klik Sahaja pada link/perkataan "Papar Papan Kekunci Maya" yang terletak dia atas butang "Tukar!".

4. Kemudian  akan muncul "papan kekunci maya" yang tertera tulisan jawi tersebut.


 i)   Anda boleh terus menulis mengikut kehendak dan gaya bahasa anda sendiri.
ii)   Papan kekunci ini sesuai digunakan jika hendak menulis Hadith atau sesuatu Surah dalam Al-Quran. Jika kita menulis dalam ejaan rumi kemudian diterjemah kepada jawi sudah pastilah akan berlaku kesilapan dari segi ejaannya. Jadi lebih afdal sekiranya ditulis terus dengan huruf jawi yang terdapat pada papan kekunci ini.
iii)   Untuk memasukkan kedalam posting anda kaedahnya sama seperti  langkah yang ke 2 di atas.

*Mudahkan... Semoga ianya membantu.

سموݢ توتوريال اين داڤت ممبنتو اندا

Sunday, March 7, 2010

Tips-Trik: Tambah Kolum Pada Footer

Assalamualaikum...

Salam Pagi Ahad........... pagi ni saya nak kongsi dgn anda semua bagaimana cara nak tambah kolum pada Footer(bahagian bawah) di blog anda.

Contoh macam ni:


Hasilnya:


Ok mari kita mulakan.

1. Login ke blogger.

2. Klik "Layout --> Edit HTML" dan beri tanda pada "Expand Widget Templates"

3. Cari kod seperti di bawah

<div id='footer-wrapper'>
<b:section class='footer' id='footer'/>
</div>

4. Gantikan kod yang bold dengan kod di bawah.


<div id='footer-column-container'>
<div id='footer2' style='width: 30%; float: left; margin:0; text-align: left;'> <b:section class='footer-column' id='col1' preferred='yes' style='float:left;'/> </div> <div id='footer3' style='width: 40%; float: left; margin:0; text-align: left;'> <b:section class='footer-column' id='col2' preferred='yes' style='float:left;'/> </div> <div id='footer4' style='width: 30%; float: right; margin:0; text-align: left;'> <b:section class='footer-column' id='col3' preferred='yes' style='float:right;'/> </div> <div style='clear:both;'/> <p> <hr align='center' color='#5d5d54' width='90%'/></p> <div id='footer-bottom' style='text-align: center; padding: 10px; text-transform: lowercase;'> <b:section class='footer' id='col-bottom' preferred='yes'> <b:widget id='Text2' locked='false' title='' type='Text'/> </b:section>
</div>
<div style='clear:both;'/>
</div>


5. Save dan lihat hasilnya.

* Kalau tak ada kod diatas jgn susah hati tambah ajer kodnya di atas kod  </body> kemudian teruskan dengan langkah 4. Ok Salam Sejahtera.


Tuesday, January 12, 2010

Tips-Trik : Membuat Rollover

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Setelah sekian lama saya tidak membuat tutorial berkaitan tips-trik blog kerana asyik melayan tutorial photoshop jer kebelakangan ni, jadi pada hari ini saya akan kongsi satu lagi tutorial bagi menghiasi blog anda dengan widgets rollover.

Widget rollover ni macam yg korang dapat lihat pada bahagian sebelah kiri blog wa ni la, ya My Dream tu lah. cuba arahkan kursor kepada gambar My Dream tu anda akan lihat gambarnya akan bertukar kepada My Gear.

Cara nak buatnya tidaklah terlalu susah. Jadi tak perlulah korang nak berhempas pulas nak mencipta code tersebut, korang just copy and paste jer codenya nanti cuma ubah sebahagian kecilnya sahaja.

OK... Kita mualakan.

1. Sediakan 2 gambar yang berbeza. Ikut kreativiti dan idea korang la gambar apa yang nak taruk. Kedua-dua gambar tadi hendaklah di simpankan/diuploadkan ke mana2 hosting yang ada direct URL seperti imageshack, photobucket atau apa-apa ajer la.

2. Login ke blogger.com

2. Klik Layout --> Add a Gadget --> HTML/Javascript

3. Copy code di bawah dan pastekan pada kotak Content.

<center>
<script type="text/javascript">
<!--
var rollOverArr=new Array();
function setrollover(OverImgSrc,pageImageName)
{
if (! document.images)return;
if (pageImageName == null)
pageImageName = document.images[document.images.length-1].name;
rollOverArr[pageImageName]=new Object;
rollOverArr[pageImageName].overImg = new Image;
rollOverArr[pageImageName].overImg.src=OverImgSrc;
}

function rollover(pageImageName)

{
if (! document.images)return;
if (! rollOverArr[pageImageName])return;
if (! rollOverArr[pageImageName].outImg)
{
rollOverArr[pageImageName].outImg = new Image;
rollOverArr[pageImageName].outImg.src = document.images[pageImageName].src;
}
document.images[pageImageName].src=rollOverArr[pageImageName].overImg.src;
}

function rollout(pageImageName)

{
if (! document.images)return;
if (! rollOverArr[pageImageName])return;
document.images[pageImageName].src=rollOverArr[pageImageName].outImg.src;
}
//-->
</script>

<a onmouseover="rollover('home')" onmouseout="rollout('home')"

href="rollover_target.html"><img border="0" alt="Home Page" width="90%" src="http://img695.imageshack.us/img695/1709/img1w.jpg"
name="home" height="90%"/></a>
<script type="text/javascript">
<!--

setrollover("
http://img710.imageshack.us/img710/8638/img2ap.jpg");
//-->
</script>
</center>

4. Anda perlu ubah link yang berwarna biru dan link yang berwarna merah kepada link (direct link) imej anda sendiri.

5. Kemudian Save. Dah selesai.

Saturday, November 21, 2009

Ada Apa Dengan Lensa???

Ada apa dengan lensa yang menjadikannya begitu penting? Salah satu komponen utama bagi sesebuah kamera yang tidak boleh dipandang remeh adalah lensa kamera. Sehinggakan ada golongan profesional yang sanggup berbelanja lebih untuk lensa berbanding kamera.

Ini kerana lensa mempunyai lebih banyak peranan berkaitan kualiti dan penggunaanya dalam rakaman gambar. Ia amat diperlukan dan berguna untuk jangkamasa yang lama. Sekiranya sesebuah kamera yang kita gunakan hari ini akan ditukar dalam masa 10-15 tahun lagi, lensa kamera tetap kekal berguna pada mana-mana kamera yang serasi dengannya. Bukan sahaja lensa menjadi pelaburan awal yang bijak, malah ia penting untuk merakam imej berkualiti di samping badan kamera itu sendiri.

Antara lensa yang pernah popular satu ketika dulu seperti Nikon 18-200mm VR, namun pada ketika ini ianya masih lagi menjadi lensa yang popular untuk kamera Nikon DX. Malah ia juga dikatakan serasi untuk kamera-kemera yang terkini seperti model D300 dan sebagainya. Begitu juga dengan lensa-lensa lain, yang pernah dikeluarkan beberapa tahun lalu, masih lagi menjadi lensa yang terbaik sehingga kini, meskipun model kamera telah berubah.

Seorang jurukamera yang baik juga akan memastikan dirinya memiliki pelbagai jenis lensa untuk digunakan pada situasi berbeza. Lensa sudut lebar , lensa jarak jauh, lensa makro, lensa standard dan sebagainya akan digunakan pada situasi berbeza. Ini menunjukkan bahawa lensa-lensa ini memaikan peranan yang tersendiri dalam menghasikan rakaman gambar yang baik, sama ada dalam fotografi manual mahu pun digital.

Lensa kamera juga boleh didapati dalam jarak kanta berbeza-beza yang menentukan kedalaman paparan dan fokus sebuah gambar (ini yang menentukan jenis lensa). Lebih panjang lensa kamera, maka lebih lebar imej terhasil. Begitu juga dengan lensa standard yang menghasilkan imej seperti mana yang dilihat oleh mata. Untuk itu, pemilihan dan pemilikan lensa yang boleh menawarkan semua ciri-ciri ini menjadi pilihan terbaik.

Sekiranya anda sedang merangka bajet, lensa dikatakan pelaburan awal yang seharusnya dititik-beratkan. Amat berbaloi jika dapat memiliki lensa terbaik dengan nilai wang yang ada, manakala badan kamera yang baik pula menjadi bonus. Sesebuah lensa yang dibeli akan sentiasa digunakan dan membantu anda mendapatkan rakaman berkualiti yang sentiasa anda idam-idamkan.

Bagaimana untuk mendapatkan lensa dan apa kegunaanya?

1. Tetapkan Bajet dan pastikan anda mendapat sebuah lensa terbaik pada satu harga daripada membeli dua lensa murah.

2. Lensa standard atau lensa zoom? Bagi anda yang pertama kali membeli kamera dan lensa, dapatkan lensa standard terlebih dahulu. Pastikan yang anda boleh merakam subjek sedekat mungkin berbanding membiarkan zoom lakukan semuanya.

3. Buat pertama kali, anda patut dapatkan lensa daripada pengeluar asal seperti Nikon atau Canon. Jika ia merupakan lensa kedua atau ketiga anda, tiada salahnya tinjau-tinjau pilihan lain.

4. Sekiranya anda membeli lensa dari pengeluar pihak ketiga, pastikan pelekap lensanya serasi dengan kamera anda. Bukan semua lensa serasi semua model kamera.

5. Terdapat tiga jenis lensa iaitu standard, lebar dan telefoto. Kuasa sesuatu lensa itu terletak pada ukuran milimeternya atau juga dikenal sebagai jarak focal. Dapatkan juga Aperture maksimum.

6. Ketahui kegunaan lensa anda. Misalnya lensa sudut lebar (24-28mm) untuk fotografi lanskap, lensa telefoto untuk rakaman jarak jauh seperti perlawanan bola sepak, lensa makro untuk 'close-up' dan lain-lain lagi.

7. Dapatkan sahaja tak mencukupi, kene pandai jaga. Gunakan penutup lensa sekiranya tidak digunakan. Jaga dengan selamat.

8. Gunakan pembersih lensa setiasa dan elak dari menyentuh dengan tangan.

9. Pastikan lensa sentiasa kekal kering.

10. Sentiasa dapatkan maklumat ,mengenai lensa terbaik di pasaran dan tip penjagaanya dari pelbagai sumber.


Tips Penjagaan Kamera

Salam buat semua.... entri kali ini agak berlainan sedikit dari sebelum ini. Jika sebelum ini saya byk membincangkan tentang tips dan trik blog, tutorial kerkaitan photoshop tapi kali ini saya ingin berkongsi dgn anda semua berkaitan penjagaan kamera.

Di dalam dunia fotografi sebuah kamera amat penting, tidak kiralah jenis apa sekali pun dan dari mana buatannya atau berapa harganya. Kamera dan peralatannya yang dibeli ada yang mencecah belasan ribu ringgit dan ada yang sampai berpuluh ribu. Mahal atau murah peralatan kamera anda bukan persoalannya, walau semahal manapun kamera anda jika tidak dijaga dengnan betul lama-kelamaan akan rosak juga.

Berikut ada beberapa tips penjagaan kamera untuk dikongsi bersama.

1. Kebiasannya beg kamera diberi secara percuma semasa membeli kamera kadang-kadang kurang sesuai dengan keadaan cuaca semasa yang panas dan lembab. Dapatkan beg
yang terbaik antaranya kalis air, tahan panas, tahan lasak, kalis habuk dan
seumpamanya.

2. Sentiasa masukkan dalam "Dry Box"sekiranya tidak digunakan. Jika tidak mampu dan untuk sementara waktu, gunakan Tupperware kedap angin. Gunakan bersama silica gel.

3. Dapatkan kit pencuci kamera anda untuk membersihkannya. Blower dan kain lembut diperlukan untuk mencuci habuk dan kotoran pada kamera dan lense anda.

4. Guna Lens Filter untuk mengelakkan lens bercalar atau Fungus. Ianya lebih murah dari membeli lens baru jika rosak. Lens ibarat mata, jika rosak maka kualiti gambar yang dirakam melalui lens tersebut akan terjejas dan kurang menarik.

5. Jauhkan daripada bahan yang mudah terbakar dan elakkan kamera daripada berada di tempat yang panas.

6. Jika cuaca sejuk, simpan kamera anda pada suhu badan. Jika pemeluapan terjadi, tanggalkan bateri dan kad memori serta merta dan biarkan kamera terbuka sehingga betul-betul kering.

7. Jauhkan dari menyimpan kaera dari benda yang bernagnet. Ianya akan memberi kesan kepada litar kamera anda.

8. Service kamera anda secara berkala di pusat servis kamera agar dapat memanjangkan jangka hayat kamera anda. Sekurang-kurangnya setahun sekali.

9. Kamera anda sangat sensitif dan manja, cuci tangan untuk mengurangkan risiko kerosakan dan memindahkan kotoran ke kamera anda. Kalau berada di pantai, elakkan dari air masin kerana ianya tidak sesuai.

10. Kalau boleh guna hanya seorang sahaja.

Hanya inilah yang mampu dikongsi bersama. Tips di atas saya dapat dari beberapa bahan bacaan dan nasihat beberapa rakan yang mempunyai minat yang sama.



Friday, October 30, 2009

Bersihkan RAM dan Dapatkan Kelajuan

Assalamualaikum buat tetamu yg sudi berkunjung ke blog wa. Petang tadi ada sorang member wa tanya pasal pc dia ada problem skit. Sejak seminggu yg lalu pc dia slow sgt. PC dah defrag, clean disk, buang segala temp file, recent file, cookies pastu siap buka casing cuci segala habu mabuk semua sekali dia punya cooling fan, apa semua still slowgak lagi. Dia tanya wa apa lagi yg perlu dia buat. Jadi wa jawab balik "lu pakai RON 95 tu yg slow cuba tukar RON 97 laju la skit" ahaaaks.... Dia punya hangin dgn wa, tuhan saja yg tahu... wakakakaka......

Cool dow la beb.... wa guarau jer... nak amik hati member balik wa cadangkan dia upgrade RAM jer sure laju. Sbb wa tahu pc dia RAM 256mb jek dia selalu buat keje grafik power-power pastu campur dok main game 3D lagi memang la lembab. Time cegini mana nk cekau RM kata dia dah la gaji awal hari tu nak tunggu hujung bulan depan baru gaji, nak harap bonus mmmmm......hampeh..... keje nak kena buat jugak.

Nasib baik la petang tadi ni kepala hotak wa ni masih fresh lg. Selalu time petang2 cam tu wa kira nak zzzzzzzzz je la. Wa teringat satu trik lama yg wa pernah belajar dgn sifu wa dulu. Trik ni boleh membantu anda yg tidak mempunyai byk RAM dan juga tak mempunyai byk RM mcm kes member wa yg sorang ni.

Berikut adalah trik sederhana utk memperolehi kelajuan RAM anda. Buka Notepad dan tulis
FreeMem=Space(256000000). Kemudian simpan (save) sebagai RAMcleaner.vbs.Kemudian buka fail yg disimpan untuk menjalankan proses pembersihan. Trik ini mampu membersihkan sisa potongan pada RAM yg tidak diperlukan dan membantu menambah kelajuan pada RAM.

Untuk mempunyai daya pembersihan yang lebih baik. Anda boleh menaip
FreeMem = Space (512000000) dan lihat hasilnya.

Friday, September 11, 2009

Mengganti Imej URL

Salam semua dan selamat berpuasa. Bulan pose ni malas nak celoteh panjang lebar. Jadi kita terus kepada tujuan sebenarnya...

Imej URL ini dinamakan favicon. Kalau masih kelabu asap apa benda nya ni lihat pada gambar di bawah ni...

1. Cari satu imej yg sesuai utk dijadikan favicon anda. Saiz imej hendaklah berukuran 16px X 16px hinga 30px X 30px. Seeloknya 16px X 16px la kalau besar lagi aku tak jamin, mungkin akan menyebabkan loading ke blog anda menjadi lembab/perlahan a.k.a. slow.

2. Kemudian simpan imej favicon tsb pada mana2 hosting, byk hosting free spt imageshacks, photobucket dan sebagainya. setelah disimpan copy direct URLnya.

3. sign in ke Blogger, klik Layout -->> Edit HTML.

4. Cari kod </head> . Copy kod di bawah ini dan pastekan di atas kod </head>.

<link href="http://img190.imageshack.us/img190/2809/muraisenja.png" rel="shortcut icon" type="image/vnd.microsoft.icon">

<link href="http://img190.imageshack.us/img190/2809/muraisenja.png" rel="icon">


5. Gantikan http://img190.imageshack.us/img190/2809/muraisenja.png dengan direct URL yang anda copy dari hosting gambar tadi.

6. Akhir sekali simpan dan lihatlah hasilnya.

Thursday, August 27, 2009

Membuat Gambar Diatas Skrin (Gambar Melayang)

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa.... Alhamdulillah Ramdhan kali ini rezekiku mencurah-curah, syukur pada Allah.

O.K.lah jom kita lihat tips kali ini. Tajuknya aku rasa pelik sikit dan mungkin anda semua pun tak berapa nak paham...huhuhu... Tak tahu nak bagi nama tajuk apa.
Tapi apa-apapun camni lah..... kali ni aku nak tunjuk cara nak buat gambar macam melayang atas skrin...ala macam widget yang ada kat adi widget tu. contohnya lihat dibbawah disebelah kanan blog ini. Nampak tak... haaa macam tu la. bila kita scroll gambarnya tetap di situ juga maca gambar tu kat atas skrin, kan macam melayang tu. Kalau anda ada nama tajuk yg lebih sesuai bolehlah kemukakan. nanti aku lanje aiskrim.

Aku tau apa yg korang pikirkan tu... "Kalau ambik jer widget dari adiwidget kan senang" betul tak? Memang lah betul ambik jer dari adiwidget tapi gambarnya korang tak boleh la nak design ikut citarasa sendiri. Melainkan korang tu member baik atau sedara adi tu.

Ha!! ni aku bagi satu trik untuk buat widget yg sama boleh ikut citarasa korang sendiri. Nak letak gambar apa pun boleh, macam gambar korang sendiri ke, kereta kesayangan korang, gambar bik mama korang ker, gambar skandel korangker atau apa-apa jer lah.

Tanpa melengahkan masa mari kita cuba trik ini:

1. Login ke blogger dan klik Layout -->> Edit HTML

2. Cari kod ini ]]></b:skin> copy kod CSS di bawah dan pastekan kod CSS tadi di atasnya.

#gambar_atas {
position:fixed;
_position:absolute;bottom:0px; right:0px;
clip:inherit;
_top:expression(document.documentElement.scrollTop+
document.documentElement.clientHeight-this.clientHeight); _left:expression(document.documentElement.scrollLeft+ document.documentElement.clientWidth - offsetWidth); }


3. Text/tulisan yang berkedip adalah posisinya, jika ingin ganti posisinya disebelah kiri text/tulisan "right" diganti dengan "left". Begitu juga text/tulisan "bottom", diganti dengan "top" jika ingin meletakkan posisinya di atas.

4. Langkah seterusnya cari kod</body> dan lakukan seperti tadi, copy dan pastekan kod HTML di bawah di atasnya/sebelumnya

<div id="gambar_atas">
<a href="http://muraisenja.blogspot.com">
<img src="http://img387.imageshack.us/img387/953/jihad2009.png" border="0" /></a>
</div>


5. Gantikan link "http://muraisenja.blogspot.com" dengan link anda sendiri dan gantikan juga lokasi gambar "http://img387.imageshack.us/img387/953/jihad2009.png" dengan lokasi gambar anda (kalau nak guna lokasi gambar saya ni pun boleh gak).

6. Jika ingin objek lain selain gambar seperti jam, kalendar, hit counter atau widget-widget yg lain, cuma ganti text link dan lokasi dengan script widget-widget tersebut ajer.

7. Akhir sekali simpan dan lihat hasilnya.

Monday, August 24, 2009

BugMeNot - Layari Website dgn Username & Password Percuma



Perkhidmatan dari BugMeNot menyediakan username dan password percuma bagi hampir 14,000 buah laman web. Anda hanya perlu memasukkan nama laman web yang ingin anda layari dan BugMeNot akan memberi user name dan password yang boleh digunakan.

Bagi mereka yang malas nak mendaftar dan rasa leceh utk daftar atau tidak mahu mendaftar kerana takut email anda akan terdedah dgn spam, anda bolehlah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh BugMeNot ini. Cubalah...

Perisian Mudah Alih - PortableApps.com

PortableApps.com merupakan perisian mudah alih yang boleh dimuatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows. Ia menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Kelebihan perisian mudah alih ini ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer tak perlu lagi nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Sangat memudahkan dan banyak kelebihannya terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain spt dekat Cyber Cafe misalnya.

Selain itu anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian, contohnya seperti menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:



* Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.

* Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.

* Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Sunday, August 23, 2009

Nak Lajukan Firefox 2

Assalamuakaikum dan selamat berpuasa semua pelayarblog muraisenja.

Dulu pernah saya tunjukkan bagaimana nak lajukan Browser Firefox di sini.

Tutorial yang lepas saya tunjukkan setting cara manual. Pada hari ini saya akan tunjukkan cara meningkatkan kelajuan Browser Firefox anda kepada dua kali ganda dari biasa.

Anda hanya perlu muat turun pluginnya di sini. Kemudian Install plugin tadi dan restart browser anda utk mengaktifkannya.

Selepas itu pergi ke Menu Klik Tools --> Tweak Network Setting dan setkan sepeti dalam rajah di bawah setelah selesai klik OK.

Monday, July 13, 2009

Buat Read More (Template Baru)

Salam semua. Selamat mengundibuat pengundi2 d Dun N41 ManekUrai.

Mari kita lihat bagaimana untuk membuat Read More untuk template baru - maksudnya bukan classic template. jgn salah faham.

Caranya; 

1. Login ke blogger.com

2. klik Setting --> Formatting

3. Scroll ke bawah - hingga jumpa perkataan "Post Template".

4. Pada text area yang kosong tu, masukkan kod di bawah:

<div class="fullpost"> 


</div>

5. Kemu

zzzzzzzzzz

Wednesday, July 8, 2009

Refresh

Salam semua....

Setelah sekian lama tak update tuturial, hari ini saya akan kongsi dgn anda semua cara membuat refresh. Kegunaan refresh ini ialah untuk membuat penyegaran kembali pada laman blog atau website anda. Fungsinya sama sahaja dgn refresh yang ada pada setiap browser internet, cuma bezanya refresh yang ada pada browser internet dibuat secara manual dan ia akan bekerja apabila kita klik pada menu refresh tersebut. Tapi refresh yang saya tunjukkan ini akan bekerja secara automatik, anda tidak perlu klik pada tombol refresh yang ada pada toolbar.

Cara membuat nya sangat mudah, anda hanya perlu letakkan kod di bawah ini di antara kod <head> ..... </head> .

Kodnya seperti ini: <meta http-equiv="refresh" content="10"/>

*
content="10" menunjukkan bahawa proses refresh akan lakukan dalam tempoh 10 saat. Jika ingin mempercepatkan atau melambatkan proses refreshini anda perlu ubah sahaja angka 10 menjadi lebih kecil atau sebaliknya.

Fungsi refresh selain untuk menyegarkan kembali halaman-halaman blog, ada fungsi lain yang juga cukup menarik, yakni berfungsi sebagai Redirect dari satu alamat URL ke alamat URL yang lain. Ini berfungsi jika anda ingin membawa pengunjung blog anda ke alamat yang anda inginkan.

Contohnya jika anda ada satu blog yang lama dan anda mahu bertukar ke blog yang baru, jadi anda tidak mahu alamat yang lama di aktifkan lagi. Dalam situasi ini selain menggunakan cara meninggalkan pesan bahwa alamat URL atau blog sudah berpindah, alangkah baiknya kita menggunakan fungsi Refresh yang di setting secepat mungkin. Misalnya waktu refresh di set kepada "0 " . Jadi apabila ada pengunjung yang mengunjungi alamat blog tersebut akan secara automatik di bawa terus ke alamat baru yang di inginkan.
Bagaimana..... senang bukan.......

Caraya sama shaja anda perlu membuat penamtambahan sedikit pada kodnya dan letakkan kod di bawah:

<meta http-equiv="refresh" content="0;URL=tulis alam URL di sini"/>

OK...... Selamat Mencuba.

Wednesday, May 20, 2009

Tag Cloud Label

Pernah dengar tag cloud?... Dipermudahkan lah, kira macam awan la... awan kan ada yg tebal ada yg nipis. Jadi tag cloud label ni bermakna tulisan pada label/kategori dalam blog/web kita akan ada yg tebal dan ada yg nipis ada besar ada kecil.

Apa tujuannya?... Selain mennjadikan blog kita nampak ceria dan menarik ia juga dapat menunjukkan label/kategori mana yg lebih popular dari segi kekerapan posting yg kita buat lah. Semakin tebal tulisannya bermakna banyaklah posting dlm label/kategori tersebut.

lebih kurangnya macam ni lah.



Ok dah sedia.......
(Sebelum nak buat tu dlam blog anda mestilah ada dulu widget kategori/label)


1. Log in Ke Blogger --> Layout --> Edit HTML (jangan lupa beri tanda pada kotak Expand Widget Templates)

2. Copy kod dibawah dan pastekan diatas kod ]]></b:skin>

/* Label Cloud Styles

----------------------------------------------- */

#labelCloud {text-align:center;font-family:arial,sans-serif;}

#labelCloud .label-cloud li{display:inline;background-image:none !important;padding:0

5px;margin:0;vertical-align:baseline !important;border:0 !important;}

#labelCloud ul{list-style-type:none;margin:0 auto;padding:0;}

#labelCloud a img{border:0;display:inline;margin:0 0 0 3px;padding:0}

#labelCloud a{text-decoration:none}

#labelCloud a:hover{text-decoration:underline}

#labelCloud li a{}

#labelCloud .label-cloud {}

#labelCloud .label-count {padding-left:0.2em;font-size:9px;color:#000}

#labelCloud .label-cloud li:before{content:"" !important}





3. Selepas itu copy kod Dibawah ini pula dan pastekan dibawah kod <head>

<script type='text/javascript'>

// Label Cloud User Variables

var cloudMin = 1;

var maxFontSize = 20;

var maxColor = [0,0,255];

var minFontSize = 10;

var minColor = [0,0,0];

var lcShowCount = false;

</script>


4. langkah seterusnya cuba cari kod seperti ini
<b:widget id='Label1' locked='false' title='Labels' type='Label'/>

5. Ganti kod di atas tu dengan kod dibawah Ini:

<b:widget id='Label1' locked='false' title='Label Cloud' type='Label'>

<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title'>

<h2><data:title/></h2>

</b:if><div class='widget-content'>

<div id='labelCloud'/>

<script type='text/javascript'>// Don't change anything past this point

----------------- // Cloud function s() ripped from del.icio.us

function s(a,b,i,x){

if(a&gt;b){

var m=(a-b)/Math.log(x),v=a-Math.floor(Math.log(i)*m)

}

else{

var m=(b-a)/Math.log(x),v=Math.floor(Math.log(i)*m+a)

}

return v

}

var c=[];

var labelCount = new Array();

var ts = new Object;

<b:loop values='data:labels' var='label'>

var theName = &quot;<data:label.name/>&quot;;

ts[theName] = <data:label.count/>;

</b:loop>

for (t in ts){

if (!labelCount[ts[t]]){

labelCount[ts[t]] = new Array(ts[t])

}

}

var ta=cloudMin-1;

tz = labelCount.length - cloudMin;

lc2 = document.getElementById('labelCloud');

ul = document.createElement('ul');

ul.className = 'label-cloud';

for(var t in ts){

if(ts[t] &lt; cloudMin){

continue;

}

for (var i=0;3 &gt; i;i++) {

c[i]=s(minColor[i],maxColor[i],ts[t]-ta,tz)

}

var fs = s(minFontSize,maxFontSize,ts[t]-ta,tz);

li = document.createElement('li');

li.style.fontSize = fs+'px';

li.style.lineHeight = '1';

a = document.createElement('a');

a.title = ts[t]+' Posts in '+t;

a.style.color = 'rgb('+c[0]+','+c[1]+','+c[2]+')';

a.href = '/search/label/'+encodeURIComponent(t);

if (lcShowCount){

span = document.createElement('span');

span.innerHTML = '('+ts[t]+') ';

span.className = 'label-count';

a.appendChild(document.createTextNode(t));

li.appendChild(a);

li.appendChild(span);

}

else {

a.appendChild(document.createTextNode(t));

li.appendChild(a);

}

ul.appendChild(li);

abnk = document.createTextNode(' ');

ul.appendChild(abnk);

}

lc2.appendChild(ul);

</script><noscript>

<ul>

<b:loop values='data:labels' var='label'>

<li>

<b:if cond='data:blog.url == data:label.url'>

<data:label.name/>

<b:else/>

<a expr:href='data:label.url'><data:label.name/></a>

</b:if>

(<data:label.count/>)

</li>

</b:loop>

</ul>

</noscript>

<b:include name='quickedit'/>

</div>

</b:includable>

</b:widget>






6. Selesai dah, kemudian Save.

Membuat Kotak Blogroll

Assalamualaikum.....

Cara nak buat kotak blogroll ni senang ajer.
Ikut jer la Langkah2 spt di bawah ni.

1. login ke blogger pergi ke page element -->Add a Gadget --> HTML /Javascript

2. Copy kod dibawah dan pastekan ke dalam kotak content.

<div style="border: 1px solid rgb(153, 153, 153);
overflow: auto;
width: 200px;
height: 200px;
text-align: center; ">
#link1 <br />
#link2 <br />
#link3 <br />
#link...
</div>


keterangan:

- Kod width: 200px; dan height: 200px; adalah ukuran lebar dan panjang kotak, anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian blog anda.

- Ganti tulisan "#link1,#link2, #link3 dan seterusnya" dengan daftar link atau perkataan anda sendiri.




Monday, May 18, 2009

Protect Blog Dari di Ciplak

Sebagai seorang blogger sejati kita penat2 buat research utk artikel kita supaya dapat menjadi tatapan para pelayar yg mengunjungi laman blog kita, tapi celah2 tu ada pula makhluk yg senang2 hati jer copy and paste artikel tu masuk kat blog dia. apa perasaan anda???.... Bagi sesetengah org tu dia x berapa nak kisah sangat, bagi pendapat meraka walaupun artikel itu miliknya yg asli sekurang-kurangnya ada juga org yg menghargai artikelnya dgn mengambil dan simpan di blog mereka. Tapi kalau dia simpan tu taruk sekali link blog asalnya tak apa juga. Ini dah ambil dengan tak minta (kira curi lah tu) lepas tu dia suka2 hati jer bubuh nama dia... banyak cantiiiikkk!!!!....

Mahu tidak sakit hati beb... kalau lah makhluk tu ada depan mata mahu di sepak dgn sepatu dua tiga das... biar dia berakal sikit. Apa punya bebal la.... buat kerja tak nak, bila tengok hasil kerja org sedap dia jer nak merompak. macam kaki pecah rumah cak ler kes ni. kalau rumah tu kita taruk mangga besar ker apa ker dalam erti kata lain rumah tu dalam keadaan sentiasa berkunci lah baru selamat sikit. kalau dia masuk ikut bumbung ker, diumpilnya tingkap ker itu cerita lain lah. Samalah macam blog kita ni... kena taruk kunci(protect).

Dalam insiden seperti ini kita perlukan satu kaedah ataupun cara bagi memprotect artikel atau karya asli kta agar tidak mudah di curi a.k.a ciplak oleh puak2 ini.

Ingin tahu bagaimana caranya?

Ikuti langkah di bawah:


pertama login dulu ke blogger, terus pilih Layout --> Edit HTML
cari kode ini <body> ia terletak kira-kira di tengah bagian kiri biasanya selepas kode </head> . Tapi awas di dalam kod HTML ada byk body jadi jgn salah pilih body.

Copy kod di bawah ini...

onmousedown="return false" oncontextmenu="return false" onselectstart="return false"


Pastekan kod yg dicopy tadi ke dalam kod <body> ...ingat kedalam bukan di bawahnya atau di atasnya...

Contohnya macam ini ler......

<body onmousedown="return false" oncontextmenu="return false"
onselectstart="return false" >


kalau dah letak kodnya terus save.

script diatas untuk protect agar text yang ada tidak boleh di select untuk dicopy dan tidak boleh utk klik kanan.Trik ini mungkin berkesan kpd standard pencuri kelas ke tiga jerla. Kalau High class nyer pencuri protect macam mana pun dia tetap dapat bolos juga.Tapi sekurang2nya kita dh pun mengambil langkah berjaga2.Bak kata pepatah kalau takde rotan akar pun jadilah.

Bagaimana pula kalau pencurinya melihat melalui source code melalui menu yang ada di web browser? misalnya yang pakai Mozilla, dengan cara Klik View -->> Page Source atau dengan menekan Ctrl+u. Haaa...jeng..jeng..jeng..

So utk menangani pencuri licik macam ni kita guna cara licik juga lah, kita pedajal dia sikit, dengan cara menurunkan script html kebawah. Macam mana nk turunkan kebawah?...

letakkan kursor/pointer atas tag <head> (dibahagian atas), terus saja tekan enter sampai 70 kali(mak aiiih... lenguh jari menekan tu..) ha kalau sipencurinya tengok source code kita, dia cuma tengok kode kepala dari html kita ajer, sedangkan isi dari blog kita kan dah turun ke bawah, betul tak? Diingatkan lagi sekali ini hanya untuk pencuri kelas ke tiga jer, walaupun diprotect secanggih manapun, pasti jer ada orang yang akan mampu membongkarnya, tapi kan setidak2nya kita berjaga-jaga, ye tak??....


***Perhatian : Jika guna trik ini mungkin beberapa gadget spt search engine, comment box haloscan, shoutbox ogix serta beberapa gadget yg lain tidak boleh di masukkan, Jadi kalau gadget ini memang diperlukan jangan menggunakan trik ini. he..he..he..

Jumpa lagi...Sayonara...

Saturday, May 9, 2009

Kursor Sprinkle

Bagaimana nak buat kursor sprinkle? Iaitu effect bintang bertaburan pada kursur.
Contoh macam blog ini atau blog ini. Caranya sangat mudah sekali.

1. loggin ke blogger dan pilih "layout"

2. Klik "Page Element"

3. Kemudian Klik "Add Gadget"

4. Pilih "HTML/Javascript"

Copy dan Pastekan code ini ke dalam kotak "Content". Letaklah dimana2 yg anda suka. Ingatan: jgn letak tajuknya/title....

<script src=" http://muraisenja.co.cc/sprinkle/black.js
" type="text/javascript"> </script>
Gantikan black dengan warna pilihan anda seperti di bawah kemudian jgn lupa simpan:

* black - untuk warna hitam
* blue - untuk warna biru
* green - untuk warna hijau
* orange - untuk warna oren
* purple - untuk warna ungu
* red - untuk warna merah
* silver - untuk warna silver
* white - untuk warna putih
* yellow - untuk warna kuning

* selain dari warna di atas tidak boleh. Jika anda inginkan warna kesukaan anda selain dari warna di atas sila sms saya atau tinggalkan pesan di ruang komen dengan menyatakan warna apa yg dikehendaki(jika disertakan kod warna html lagi senang)- InsyaAllah akan ditunaikan jika tiada sebarang masaalah.

adios.....

Free Website Hosting

Friday, May 8, 2009

Membuat Posting Terbaru (Recent Post) Berdasarkan Kategori/Label

Salam buat semua pengunjung blog muraisenja.

Pada posting saya baru beberapa hari lepas saya ada tunjukkan cara membuat "Posting Terbaru (Recent Post)". Posting Kali ini saya akan tunjukkan pula cara membuat :Posting Terbaru (Recent Post)" berdasarkan kategori/label.

Caranya sama sahaja seperti membuat "Recent Post" yg sblm ini. Cuma untuk menampilkan Recent Post berdasarkan kepada kategori/Label anda perlu buat sedikit penambahan/pengubahsuaian pada kodnya sahaja.

Kod utk Recent Post sebelum ini seperti ini:

<script src="http://www.geocities.com/uddin_81/recent-post.js"></script>

<script>var numposts = 10; var showpostdate = false; var showpostsummary = false; var numchars = 100; </script>

<script src="http://BLOG ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&amp;alt=json-in-script&amp;callback=rp">

</script>

Anda Cuma perlu ubah pada kod ini - http://BLOG ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default menjadi seperti ini http://BLOG ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default/-/KATEGORI

Jadi keseluruhan kodnya akan jadi seperti ini

<script src="http://www.geocities.com/uddin_81/recent-post.js"></script>

<script>var numposts = 10; var showpostdate = false; var showpostsummary = false; var numchars = 100; </script>

<script src="http://BLOG ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default/-/KATEGORI?orderby=published&amp;alt=json-in-script&amp;callback=rp">

</script>


Gantikan KATEGORI kepada kategori/label anda sendiri.

Wokeh.... chow dulu.....

Wednesday, May 6, 2009

Menampilkan Posting Terbaru (Recent Post)

Anda ingin menampilkan posting terbaru di sidebar anda?

Ikuti langkah di bawah:

1. loggin ke blogger dan pilih "layout"

2. Klik "Page Element"

3. Kemudian Klik "Add Gadget"

4. Pilih "HTML/Javascript"


Copy code di bawah dan pastekan ke kotak content.

<script src="http://www.geocities.com/uddin_81/recent-post.js"></script>

<script>var numposts = 10; var showpostdate = false; var showpostsummary = false; var numchars = 100; </script>

<script src="http://BLOG ANDA.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&amp;alt=json-in-script&amp;callback=rp">

</script>



Gantikan BLOG ANDA dengan nama Blog Anda.

Angka 10 menunjukkan jumlah posting yang akan ditampilkan. Anda boleh ubah ikut suka angka berapa yg nak letak.

Selepas itu Save/Simpan. Lihat hasilnya.

Friday, May 1, 2009

Membuat Iklan Bergaya Dgn PageEar

Assalamualaikum.....

Pada posting kali yg entah ke berapa ni... entah ler aku pun tak ingat...hehehe...i'm sorry (pinjam tagline Amir Raja Lawak), saya ingin berkongsi satu lagi tips yg agak menarik juga iaitu PageEar. Mungkin ianya berguna utk blogger yg ingin mengiklankan sesuatu produk atau mempromosikan sesuatu atau ape-ape ajelah. Selain itu ianya juga dapat membuatkan blog anda kelihatan cantik dan menarik.

Memandangkan sejak kebelakangan ini saya dapati byk blog teman2 blogger byk pasang bermacam2 iklan pada blog masing2. Jadi inilah masanya.... Tampilkan iklan anda yg lebih bergaya dan eksklusif dgn PageEar.

Apa PageEar????

Kalu nak diterangkan apa itu PageEar ni secara totalnya agak sukar juga. Jadi untuk lebih menyenangkan cuba anda lihat bahagian atas di sebelah kanan blog saya. Semasa anda mula2 buka blog saya tadi perasan tak ada sesuatu yg muncul seperti gambar di bawah.


Haaaa... itulah nama dia PageEar. Apa macam ...OK tak??? Saya belajar dari Blog Solehpolysas Tak teringin ka nak pasang????

Kalu teringin jom kita tengok macam mana nak pasang dia...senang jer la...
Tunggu apa lagi klik jer la "Read More" tu


Sebelum terlupa... Terlebih dahulu anda kenalah ada hosting sendiri untuk menyimpan fail2 yang berkaitan. Jangan gatai nak simpan di hosting Blogger.com mmg tak boleh .....harap maklum

Ala apa susahnya... kan ke byk hosting yg percuma seperti 000webhost, Geocities , WebmasterMalaysia, dan banyak lagi. Saya pun guna hosting tersebut. Kalau belum ada hosting sendiri, dinasihatkan silalah daftar dahulu. Setelah selesai daftar anda sudahpun mempunyai hosting sendiri... baru gaya sikit....

Cara Pasang PageEar:

1. Download fail PageEar.zip DI SINI saya dah sediakan utk anda(kalau tak dapat cuba cari kat Google-versi apa pun tak apa)

2. Extract fail PageEar.zip yang baru di download tadi.
Di dalamnya terdapat 7 fail iaitu:
a. AC_OETags
b. pageear
c. pageear_s.jpg
d. pageear_s.swf
e. pageear_b.jpg
f. pageear_b.swf
g. zoom

3. Anda perlu ubah sedikit konfigurasi di dalam fail pageear.js. Buka fail pageear.js(b) menggunakan notepad/wordpad. (klik kanan--> Open With --> Choose Program... --> pilih Notepad atau Wordpad).

Cari code seperti dibawah dan ubah code yang bold(tebal) tu:-

var pagearSmallImg = 'http://url-sever-anda/pageear_s.jpg';

var pagearSmallSwf = 'http://url-sever-anda/pageear_s.swf';

var pagearBigImg = 'http://url-sever-anda/pageear_b.jpg';

var pagearBigSwf = 'http://url-sever-anda/pageear_b.swf';

var jumpTo = 'http://url-blog-anda.com/'


Sebagai contoh code yang saya telah ubah utk blog saya seperti ini:-

var pagearSmallImg = 'http://murausenja.comze,com/pageear_s.jpg';

var pagearSmallSwf = 'http://murausenja.comze,com/pageear_s.swf';

var pagearBigImg = 'http://murausenja.comze,com/pageear_b.jpg';

var pagearBigSwf = 'http://murausenja.comze,com/pageear_b.swf';

var jumpTo = 'http://psonmuraisenja,blogspot.com/'


**Code yg lain x perlu usik.

4. Selepas itu savekan.(Jangan lupa save.... kang penat jer buat kerja)

Langkah seterusnya gantikan/edit gambar pageear_s.jpg (ini gambar bersaiz 100X100) dan pageear_b.jpg (ini gambar bersaiz 500X500). pastikan saiz gambar sama (jgn lebih atau terkurang).

Kegunaan gambar ini akan digunakan di Blog anda nanti. Jadi design la gambar tu bagi cantik-cantik. Anda boleh guna apa saja software yg sesuai utk kerja2 pengeditan. Kalau saya akan guna Photoshoplah utk edit gambar tu.

**Perhatian: Gambar yg sudah siap diedit hendaklah disimpan sebagai pageear_s.jpg(utk gambar ukuran 100X100) dan pageear_b.jpg(utk gambar ukuran 500X500). Nama fail jangan ubah.

Setelah selesai semua kerja2 di atas seterusnya proses upload semua fail tadi ke server(hosting) anda. Fail yang dimaksudkan ialah:
a. AC_OETags
b. pageear
c. pageear_s.jpg
d. pageear_s.swf
e. pageear_b.jpg
f. pageear_b.swf
g. zoom

Setelah selesai upload akhir sekali masukkan code ini ke dalam blog anda:

1. Loggin ke Blogger.com.

2. Klik Layout --> Edit HTML

3. Letakkan code berikut di bawah code <title><data:blog.pageTitle/></title>

Gantikan code yg bold(tebal) tu. Gantikan dgn alamat server anda

<script language='javascript' src='http://url-sever-anda/AC_OETags.js'/>
<script src='http://url-sever-anda/pageear.js'
type='text/javascript'/>
<script type='text/javascript'>
writeObjects();
</script>


4. Selepas itu jgn lupa save.

OK sekarang cuba preview blog anda. Sepatutnya jadi la....
Wassalam....