Wednesday, March 10, 2010

Komputer: Ada 2 windows dalam sistem komputer

Assalamualaikum...

Semalam ada sorang sahabat tanya saya "macam mana nak buat sistem komputer ada dua windows. bagaimana nak buang salah satu windows tersebut".

Kalau ada kes macam ni anda hanya perlu ikuti sahaj langkah berikut:

1. Klik kanan pada My Computer dan pilih Properties.



2. Tetingkap System Properties akan dipaparkan. Pada Tetingkap System Properties Klik pada tab Advanced. Pada bahagian Startup And Recovery klik butang Setting.



3. Kemudian tetingkap Startup and Recovery akan dipaparkan pada skrin. Di sini anda akan dapat lihat terdapat dua OS Windows apabila anda klik pada lambang anak panah ke bawah (kotak merah melintang).

4. Anda hanya perlu hilangkan tanda ( ) pada kota merah seperti gambarajah di bawah.

5. Langkah seterusnya klik pula pada butang Edit


6. Tetingkap Boot akan di paparkan. Delete (hapuskan) sistem windows yang tidak diperlukan kemudian Save.
Nak buang yang mana satu???.... Semasa paparan di atas tu akan akan dapat mengenal pasti mana satu sistem yang aktif dan tidak aktif.

Kalau tersalah buang sistem yang aktif  formatler semula hahahaha...... 

Sekian .... Wassalam.

Pertunangan Nurul & Fuad





Sunday, March 7, 2010

Tips-Trik: Tambah Kolum Pada Footer

Assalamualaikum...

Salam Pagi Ahad........... pagi ni saya nak kongsi dgn anda semua bagaimana cara nak tambah kolum pada Footer(bahagian bawah) di blog anda.

Contoh macam ni:


Hasilnya:


Ok mari kita mulakan.

1. Login ke blogger.

2. Klik "Layout --> Edit HTML" dan beri tanda pada "Expand Widget Templates"

3. Cari kod seperti di bawah

<div id='footer-wrapper'>
<b:section class='footer' id='footer'/>
</div>

4. Gantikan kod yang bold dengan kod di bawah.


<div id='footer-column-container'>
<div id='footer2' style='width: 30%; float: left; margin:0; text-align: left;'> <b:section class='footer-column' id='col1' preferred='yes' style='float:left;'/> </div> <div id='footer3' style='width: 40%; float: left; margin:0; text-align: left;'> <b:section class='footer-column' id='col2' preferred='yes' style='float:left;'/> </div> <div id='footer4' style='width: 30%; float: right; margin:0; text-align: left;'> <b:section class='footer-column' id='col3' preferred='yes' style='float:right;'/> </div> <div style='clear:both;'/> <p> <hr align='center' color='#5d5d54' width='90%'/></p> <div id='footer-bottom' style='text-align: center; padding: 10px; text-transform: lowercase;'> <b:section class='footer' id='col-bottom' preferred='yes'> <b:widget id='Text2' locked='false' title='' type='Text'/> </b:section>
</div>
<div style='clear:both;'/>
</div>


5. Save dan lihat hasilnya.

* Kalau tak ada kod diatas jgn susah hati tambah ajer kodnya di atas kod  </body> kemudian teruskan dengan langkah 4. Ok Salam Sejahtera.


Saturday, March 6, 2010

1Malaysia - 1 Lagi Bakal Isytihar Jadi Bebas

Terbaca berita ni kat sini

Ku Li Isytihar Jadi Bebas?



Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila dewan rakyat bersidang pada bulan ini?
Sumber maklumat dari PKR memberitahu MerdekaReview, bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) yang melontarkan kritikan secara terbuka kepada UMNO sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantaran daripada isu royalti minyak di Kelantan, bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas.
Ketika menjawab soalan MerdekaReview melalui email, ahli parlimen Gua Musang, Kelantan ini menafikan bahawa dirinya akan berbuat demikian pada persidangan dewan rakyat yang akan datang. Walau bagaimanapun, beliau enggan meramalkan apa yang bakal berlaku pada beberapa bulan yang akan datang.
"Itu tidak benar. Tetapi sukar untuk memberitahu apa yang akan berlaku pada beberapa bulan yang akan datang. Sentiasa hubungi saya," (This is not true. However it's hard to tell what happens next over the coming months. Please stay in touch.) jawabnya secara ringkas.

Read more: http://loveperak.blogspot.com

Photoshop: Membuat Api

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak tunjuk teknik membuat api dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.

1. Mula pilih gambar yang sesuai dalam simpanan anda. kalau tak ada cari ajer kat google. Untuk tutorial kali ni saya guna kan gambar model kecik saya ni.


2. Langkah pertama klik Image -> Adjustments -> Desaturate (Shift + Ctrl + U).

3. Selepas itu klik Adjustment Layer -> Levels. Kemudian pada Adjustments Layer button di Layers Palette. Select Levels. Pastikan Use Previous Layer to Create Clipping Mask ditandakan (sellected). kemudian anda hanya perlu geser (slide) hitam ke kanan sedikit bagi mendapatkan kesan gelap sedikit.


 4. Sekarang kita akan melukis api. Bagaimana?.... 

5. Buatkan layer baru. Plih saiz berus yg basar sedikit dgn hardness 0% (soft brush) pilih warna oren gelap.Contoh warna yang saya gunakan (#993300) dan buatka satu titik. Seterusnya guna berus yang kecil sedikit dengan warna terang sedikit (#ff9933) Buatkan titik pada tempat yang sama. Sekali lagi guna berus yang lagi kecil dengan warna lebih terang (#ffcc66). Dan akhir sekali guna berus lagi kecil dan warna yang lebih terang lagi (#ffff66) dan titik pada tempat sama.


 6. Setelah selesai mari kita mulakan membuat api dengan menggunakan Smudge Tool (R). Gunakan sais yang sederhana dan mula buat bentuk api. Klik dimana-mana tempat dia kawasan titik tadi dan jangan lepas (hold) dan tarik/gerakkan keatas dalam keadaan bengkok seperti bentuk api. (paham ke...). Selepas gerakan pertama anda mungkin akan faham ler apa yang saya maksudkan. Ulangi lagi sampai jadi bentuk api. Kalau tersalah undo jer  klik Ctrl Alt+ Z.


7. Kemudian kita akan buatkan api tersebut lebih realistik. Klik pada Quick Mask Mode (Q), Pilih sais berus yang besar sedikit dan lukiskan sekaliling api tersebut. Contoh seperti di bawah.


8. Tinggalkan Quick Mask Mode (Q), anda akan lihat satu sellection.  Klik Select -> Inverse 
(Shift + Ctrl + I). Klik kunci Alt jangan lepas (hold) dan pilih Adjustment Layer -> Color Balance.

 9. Seterusnya adjust Color Balance seperti di bawah.


10. Kemudian perkemaskan dengan memilih Color Balance Adjustment Layer Mask, dan gunakan berus hitam/putih dan padam kesan pada bahagia api yang tidak diperlukan.


Akhir sekali lihat hasil kerja anda sendiri. Anda boleh lakukan yang terbaik. Selamat mencuba.




Thursday, March 4, 2010

Ajun & Shasha

Majlis Walimatul Urus Ajun & Shasha

 


 Sessi Outdoor


Monday, March 1, 2010

Photography: Outdoor

Salam.........

Hari Sabtu baru ni wa join TomDeSauza shoot outdoor sempena perkahwinan Ajun & Shasha. Lokasi kami untuk sessi outdoor kali ini ialah kawasan sawah padi di Pulau Gadong, Melaka.


Setiba di lokasi penggambaran Tom terus memasang peralatan lighting.

Sempat lagi berposing bersama pasangan raja sehari.

Hari yang indah bagi pasangan Raja Sehari Ajun & Shasha ketika di lokasi penggambaran.
Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan ke anak cucu.

Untuk gambar seterusnya tunggu update dari TomDeSauza.  Sila ke alamat  http://tnl1006.blogspot.com/
OK Jumpa lagi...adios....