Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Efek Kabus (Fog)

Assalamualaikum...

Selamat berkunjung ke laman blog muraisenja terutama buat nero nadia. Sebagai menunaikan janji saya pada beliau pada entri kali ini saya muatkan satu tutorial ringkas cara editing untuk membuat efek kabus dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.Sebenarnya bayak teknik untuk membuat efek kabus ni. Untuk entri ini saya tunjukkan salah satu dari pada tekniknya. Sama-samalah kita berkongsi ilmu....jangan kedekut geng tak kan kemana ilmu tu kalau tak disebarkan. Betul tak?

                                           SEBELUM                                          SELEPAS

1.  Buka fail gambar yg nk di editkan tu.



2.  Klik Adjustment Layer pada palet dan plih Solid Color.



3.  Kemudian pada Tetingkap Color Picker pilih warna putih dan Klik OK



4. Tukarkan Opacity kepada 50%.



5.  Kemudian klik pada Gradient Tool. Tentukan Forground Color ialah hitam dan Gradient Picker mestilah Forground to Transparent serta pastikan anda menggunakan Linear Gradient. (Rujuk pada contoh gambar di bawah). Klik Gradient Tool dari bawah ke atas hampir kepada separuh imej mengikut kesesuaian.




6. Langkah seterusnya Duplicate Layer (Ctrl + J) tersebut. Kemudian dengan menggunakan Eraser Tool (Soft Round) yg bersaiz besar dan pastikan tukar Forground Color kepada putih padam (trim) bahagian yg bersesuaian mengikut imej anda.



7. Seterusnya Duplicate (Ctrl + J) lagi sekali layer yg dah di trim dan tukar Opacity kepada 75%. Kemudian Trim lagi sekali supaya nampak lebih kemas dan real.



8.  Langkah terakhir klik pada Adjustment Layer dan pilih Level.



9. Pada Tetingkap Level tolak slider tengah ke kiri atau ke kanan bagi mendapatkan sehingga mendapat Input Levels yang sesuai. Ikut citarasa anda sendiri.



10.  Pastu lihatlah hasilnya..... puas hati atau tidak. Kalau rasa masih belum berpuas hati ulang lagi sekali sampailah puas hati. 


P/S... Tunggu untuk tutorial teknik efek kabus yang lain.... di jamin lebih menarik lagi.... adios chow dulu dah malam... Wassalam.....

Saturday, March 6, 2010

Photoshop: Membuat Api

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak tunjuk teknik membuat api dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.

1. Mula pilih gambar yang sesuai dalam simpanan anda. kalau tak ada cari ajer kat google. Untuk tutorial kali ni saya guna kan gambar model kecik saya ni.


2. Langkah pertama klik Image -> Adjustments -> Desaturate (Shift + Ctrl + U).

3. Selepas itu klik Adjustment Layer -> Levels. Kemudian pada Adjustments Layer button di Layers Palette. Select Levels. Pastikan Use Previous Layer to Create Clipping Mask ditandakan (sellected). kemudian anda hanya perlu geser (slide) hitam ke kanan sedikit bagi mendapatkan kesan gelap sedikit.


 4. Sekarang kita akan melukis api. Bagaimana?.... 

5. Buatkan layer baru. Plih saiz berus yg basar sedikit dgn hardness 0% (soft brush) pilih warna oren gelap.Contoh warna yang saya gunakan (#993300) dan buatka satu titik. Seterusnya guna berus yang kecil sedikit dengan warna terang sedikit (#ff9933) Buatkan titik pada tempat yang sama. Sekali lagi guna berus yang lagi kecil dengan warna lebih terang (#ffcc66). Dan akhir sekali guna berus lagi kecil dan warna yang lebih terang lagi (#ffff66) dan titik pada tempat sama.


 6. Setelah selesai mari kita mulakan membuat api dengan menggunakan Smudge Tool (R). Gunakan sais yang sederhana dan mula buat bentuk api. Klik dimana-mana tempat dia kawasan titik tadi dan jangan lepas (hold) dan tarik/gerakkan keatas dalam keadaan bengkok seperti bentuk api. (paham ke...). Selepas gerakan pertama anda mungkin akan faham ler apa yang saya maksudkan. Ulangi lagi sampai jadi bentuk api. Kalau tersalah undo jer  klik Ctrl Alt+ Z.


7. Kemudian kita akan buatkan api tersebut lebih realistik. Klik pada Quick Mask Mode (Q), Pilih sais berus yang besar sedikit dan lukiskan sekaliling api tersebut. Contoh seperti di bawah.


8. Tinggalkan Quick Mask Mode (Q), anda akan lihat satu sellection.  Klik Select -> Inverse 
(Shift + Ctrl + I). Klik kunci Alt jangan lepas (hold) dan pilih Adjustment Layer -> Color Balance.

 9. Seterusnya adjust Color Balance seperti di bawah.


10. Kemudian perkemaskan dengan memilih Color Balance Adjustment Layer Mask, dan gunakan berus hitam/putih dan padam kesan pada bahagia api yang tidak diperlukan.


Akhir sekali lihat hasil kerja anda sendiri. Anda boleh lakukan yang terbaik. Selamat mencuba.




Monday, January 4, 2010

PHOTOSHOP : Eye Pop-Simple Editing

Assalamualaikum...

Sesuatu gambar potret akan menjadi lebih menarik jika kita fokus tepat pada bahagian mata. Lebih-lebih lagi potret seorang baby, sinar pada bahagian mata akan menaikkan lagi seri pada gambar potret tersebut.

Kali ini saya akan tunjukkan cara edit potret paling simple dan mudah terutama pada bahagian mata kasi lagi pop tetapi memberi kesan yang cukup ummmph.

1. Buka satu
fail imej (potret) baby, potret orang dewasa pun boleh.

2. Bagi proses editing ini saya hanya menggunakan "
Dodge Tool" dan "Burn Tool" sahaja.

3. Saya gunakan "
Dodge Tool" untuk memutihkan bahagian iris mata dengan setting Range: Midtones, Exposure: 20%, Hardness 10% dan saiz brush mengikut kesesuaian.

-"Dodge Tool"-Gosokkan (Leretkan) pada bahagia iris mata hingga menjadi lebih putih dari gambar asal. Ulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan jika perlu.

4. "
Burn Tool" pula saya gunakan untuk menghitamkan (bahagian bulat) pada mata hitam dengan setting Range: Shadow, Exposure: 15%, Hardness 10%-15% dan saiz brush sama besar dengan mata hitam.

-"Burn Tool"-Letak bahagian bulatan Burn Tool tepat pada bahagian mata hitam dan klik beberapa kali hingga menjadi lebih hitam (jangan lebih sangat nanti jadi tak real pulak).

- Selepas tu gosokkan sedikit pada bahagian kelopak mata supaya nampak lebih jelas.

- Kemudian digosokkan (dileretkan) sedikit pada bahagian bibirnya.

Selesailah editing yang sangat mudah dan simple.

Lihatlah hasilnya........ amacam........ selamat mencuba.(Lihat bahagian mata dan bibir)



Wednesday, December 23, 2009

PHOTOSHOP : Edit Gambar Lama-Neutral Colour

Assalamualaikum.....

Kali ni wa nak kongsi lagi dgn lu org sumer cara nak edit gambar lama bagi jadik colour dia neutral balik. Contoh gambar lama macam kat bawah ni la. Gambar hitam putih jangan korang cuba-cuba nak try plak....memang tak jadik la.

Ok kalau korang ada gambar2 lama tu boleh la edit selepas ni, tak susah... just ikut jer step yg wa tunjukkan sure jadik punya ler.


1. Buka satu fail gambar lama.


2. Klik icon New Adjustment Layer dan pilih Curves.


3. Pada tetingkap Curves terdapat picker hitam, gray dan putih di bahagian bawah sebelah kanan. Korang double klik pada picker hitam seperti gambar di bawah.


4. Setkan RGB untuk picker hitam seperti di bawah. Korang boleh juga setkan mengikut kesesuaian korang la.... tak der salahnyer. Kemudian klik OK.


5. Kemudian Double klik pada picker gray dan setkan RGBnya. Kemudian Klik OK.


6. Sama juga double klik pada picker putih pula dan setkan RGB untuknya. Kemudian Klik OK.


7. Langkah seterusnya memasukkan warna yang telah disetkan tadi kedalam gambar. Klik pada picker hitam dan letakkan pada objek yang berwarna hitam. Untuk tutorial ini wa letakkan picker warna hitam pada bahagian rambut wanita yg duduk tu (sebab wa agak rambut dia mesti warna hitam). Untuk picker warna gray wa letak pada bahagian tanah dan picker warna putih pada wanita yg berdiri atas tangga tu.

***Ingatan-Untuk proses ini kadang2 merumitkan. Harap bersabar, kalau tak jadi tu cuba lah kat tempat lain atau objek lain pula...try and error jer. Jika perlu korang boleh adjustkan garisan Curves tu ke kiri, kanan, atas atau bawah untuk mencerahkan atau menggelapkan gambar mengikut kesesuaian.



8. Kemudian Klik OK. Pada peringkat ini korang bolehlah bereksperimen dgn Hue/Saturation, Color Balance dan sebagainya untuk mendapatkan warna yang terbaik agar gambar korang tu nampak lebih menarik.

Sekian Selamat mencuba....Wassalam....

Monday, November 30, 2009

PHOTOSHOP : Urban Ink Photo Effect

Salam semua......

Kali ini wa akan tunjukkan pula membuat teknik Urban Ink Photo Effect.

1. Pilihan gambar terpulang korang ler. Tapi untuk membuat efek ini wa sarankan lu org gunakan gambar yang berlatar belakang agak cerah sedikit.


.
2. Duplicate Layer to create a copy of the layer">Klik Layer> Duplicate Layer atau Ctrl + J untuk copy layer background.


3. Adjustments > Threshold.">Pilih Image> Adjustments> Threshold. Laraskan slider input sehingga sebahagian besar latar belakangnya hilang dan hanya bayangan dari model tersebut sahaja menjadi hitam.


4. Klik mouse kanan pada layer background copy kemudian pilih Blending Options.

5. Kemudian sambil menekan butang Alt(jgn lepas), geser slider input putih pada Underlying layer ke arah kiri.
Klik OK setelah selesai. Jika imej korang tu latar belakangnya gelap, korang mungkin perlu menggunakan input slider hitam sebagai gantinya.
OK!!!.... ada paham.....




6. Pada Layer palette, klik pada gambar butang Create A New layer yg kat bawah sekali tu untuk membuat membuat layer baru.


7. Pilih Blending Options sekali lagi dan lakukan seperti step 5 di atas. Dimaklumkan pada step ini korang tidak akan melihat kesan apapun tapi ia akan membantu kita melihat keputusan akhir ketika kita menambah warna pada gambar utk step berikutnya selepas ini.


8. Dengan menggunakan Brush Tool warnakan bahagian yg hitam pada imej tsb. Bagi imej ni wa gunakan warna cyan, magenta dan yellow. Gunakan saiz berus yg besar dengan nilai Hardness = 0.


9. Jika perlu kembali ke pilihan Blending Options bagi menetapkan nilai pada Underlying Layer agar imejnya lebih menarik lagi.


10. Seterusnya klik pada layer background copy dan warnakan pada lapisan yg korang inginkan. Untuk imej ini wa guna warna putih dengan sais berus yg besar dan nilai Hardness = 0.


10. Selesai dan korang simpan hasil kerja korang tu.