Sunday, January 31, 2010

Photography: Hasil Karya Kanak-Kanak

Kadang-kadang gambar yg dirakam oleh kanak-kanak mampu menarik perhatian kita. seperti gambar-gambar di bawah ianya dirakamkan oleh anak-anak saya yang berusia 9 tahun dan kakaknya 10 tahun. Jika diberi tunjuk ajar dan latihan yang sempurna mereka saya percaya mampu menghasilkan gambar yang menarik dan kreatif.

Gambar ini di rakam oleh anak lelaki saya semasa di rumah. Ini ikan kelisa kesayangan saya dah besar pun, sudah 2 tahun lebih bela sejak dari kecil sebesar satu jari.

Gambar ini pun dirakam oleh anak lelaki saya semasa bersiar-siar di medan selera di tepi sungai kesang (Sempana Melaka-Muar)

Gambar ini dirakam oleh anak perempuan saya dari dalam kereta semasa berhenti di lampu isyarat Jalan Muar semasa menuju ke bandar Muar.

Yang ini bila diaorang ambil pun tak tahu.

Wednesday, January 27, 2010

Penawar Brontok VarX

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Sebagai pengguna/pemilik komputer kita acapkali menghadapi masalah akibat dari serangan virus dari pelbagai jenis. Akibat dari serangan virus ini menyebabkan banyak kerja-kerja kita tertangguh, terbengkalai dan ada juga yang mengalami kerugian dan sebagainya. Kini anda boleh menarik nafas lega dengan adanya Penawar Brontok VarX yang dihasilkan oleh anak tempatan. Ia mampu membuang, membersih serta memulihkan sistem komputer anda seperti normal. Cara penggunaannya pun amat mudah . Saya telah mencubanya dan amat berkesan free lagi tu. Anda boleh memuat turun program tesebut

di sini


Sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Syed Muhammad Syed Hussin dari Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana memprogramkan Penawar Brontok untuk kegunaan kita bersama.

Apakah Penawar Brontok VarX


Penawar Brontok VarX boleh juga dikenali sebagai "Penawar Brontok". Ia merupakan satu perisian khas Remover Tool atau Removal Tool untuk membersihkan segala variant virus brontok, Bro_Act, Bro-Act, MySexy, MyHeart yang dikenal pasti mahupun yang tidak dapat dikenal pasti oleh mana-mana antivirus atau anti brontox / anti-brontok yang lain.


Ia dapat membantu ada menyelesaikan masalah yang berjam-jam untuk membetulkan komputer yang dijangkiti virus brontok dengan masa yang minimum. Ia direka untuk sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan virus brontok kerana ia amat mudah digunakan TANPA perlu menyuruh orang lain membantu anda menyelesaikan masalah virus brontok ini dengan memformat pc anda.


Jadi, tidak timbul lagi perkara FORMAT di dalam isu virus brontok ini. Senang digunakan, cepat, dan berguna untuk semua lapisan masyarakat.


Selamat mencuba.

Monday, January 25, 2010

Warkah Untuk Ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–
Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.
Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun
tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan
membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang
sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
—————————-

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..

Thursday, January 21, 2010

Cadangan Ni Aku Suka....

Nak tahu cadangan apa????..... Baca kat SINI

tunggu dan lihat
dengar dan baca

akhirnya :
berak dan ketawa kah kah kah (pinjam ayat bro tukar tiub)


Wednesday, January 20, 2010

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari - Ikhsan dari Al-Banjari

Artikel dan Gambar fenomena gerhana matahari yang terjadi dengan Kekuasaan dan Kebesaran Allah yang Maha Suci ni saya ambil dengan izin dari blog al-banjari.
Terima kasih wak.

LIVE (4.15pm) - Seneri Gerhana Matahari di albanjari


UPDATE : 4.10 petang
Kurang beberapa minit dari sekarang,
imej 'dramatik' gerhana InsyaAllah akan kita dapat lihat. Subhanallah, Maha Suci Allah. Imej terkini.

UPDATE : 4.00 petang
Dijangka gerhana matahari menjadi 'separuh' pada jam 4.15 petang. 30% permukaan matahari telah dilindungi bayang bulan sepenuhnya.



Untuk maklumat seterusnya sila layari blog Albanjari

Tuesday, January 12, 2010

Tips-Trik : Membuat Rollover

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Setelah sekian lama saya tidak membuat tutorial berkaitan tips-trik blog kerana asyik melayan tutorial photoshop jer kebelakangan ni, jadi pada hari ini saya akan kongsi satu lagi tutorial bagi menghiasi blog anda dengan widgets rollover.

Widget rollover ni macam yg korang dapat lihat pada bahagian sebelah kiri blog wa ni la, ya My Dream tu lah. cuba arahkan kursor kepada gambar My Dream tu anda akan lihat gambarnya akan bertukar kepada My Gear.

Cara nak buatnya tidaklah terlalu susah. Jadi tak perlulah korang nak berhempas pulas nak mencipta code tersebut, korang just copy and paste jer codenya nanti cuma ubah sebahagian kecilnya sahaja.

OK... Kita mualakan.

1. Sediakan 2 gambar yang berbeza. Ikut kreativiti dan idea korang la gambar apa yang nak taruk. Kedua-dua gambar tadi hendaklah di simpankan/diuploadkan ke mana2 hosting yang ada direct URL seperti imageshack, photobucket atau apa-apa ajer la.

2. Login ke blogger.com

2. Klik Layout --> Add a Gadget --> HTML/Javascript

3. Copy code di bawah dan pastekan pada kotak Content.

<center>
<script type="text/javascript">
<!--
var rollOverArr=new Array();
function setrollover(OverImgSrc,pageImageName)
{
if (! document.images)return;
if (pageImageName == null)
pageImageName = document.images[document.images.length-1].name;
rollOverArr[pageImageName]=new Object;
rollOverArr[pageImageName].overImg = new Image;
rollOverArr[pageImageName].overImg.src=OverImgSrc;
}

function rollover(pageImageName)

{
if (! document.images)return;
if (! rollOverArr[pageImageName])return;
if (! rollOverArr[pageImageName].outImg)
{
rollOverArr[pageImageName].outImg = new Image;
rollOverArr[pageImageName].outImg.src = document.images[pageImageName].src;
}
document.images[pageImageName].src=rollOverArr[pageImageName].overImg.src;
}

function rollout(pageImageName)

{
if (! document.images)return;
if (! rollOverArr[pageImageName])return;
document.images[pageImageName].src=rollOverArr[pageImageName].outImg.src;
}
//-->
</script>

<a onmouseover="rollover('home')" onmouseout="rollout('home')"

href="rollover_target.html"><img border="0" alt="Home Page" width="90%" src="http://img695.imageshack.us/img695/1709/img1w.jpg"
name="home" height="90%"/></a>
<script type="text/javascript">
<!--

setrollover("
http://img710.imageshack.us/img710/8638/img2ap.jpg");
//-->
</script>
</center>

4. Anda perlu ubah link yang berwarna biru dan link yang berwarna merah kepada link (direct link) imej anda sendiri.

5. Kemudian Save. Dah selesai.

Eye On Malaysia disita

Setelah terbaca berita di sini , di sini , dan di sini pun ada, amat menyedihkan juga lah. Pembukaan tirai lebaran 2010 diraikan dengan penyitaan roda gergasi yg menjadi kebanggan dan sebagai daya tarikan pelancong di negeri Melaka.

Sunday, January 10, 2010

Malacca Beauty From 50mm Point of View

Malacca Beauty From 50mm Point of View yang berlangsung pada 9 Jan 2010 (Sabtu) merupakan salah satu aktiviti komuniti FMDC (forum.fotomedia.com.my) Bahagian Selatan 1 ( Negeri Sembilan dan Melaka). Program ini bagi menguji kemahiran serta skil photographer merakam gambar melalui lensa 50mm. Selain itu ia juga merupakan aktiviti riadah bagi mengumpulkan photographer bahagian selatan untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra disamping menjalin hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Terima Kasih kepada pihak penganjur Samsudds serta Dr Malek, Rafi dan Mr Heng yang telah menjayakan program ini. Menurut laporan dari Dr Malek melalui FMDC jumlah peserta yang mendaftar dan menyertai pertandingan ini seramai 43 orang dan jumlah yang hadir keseluruhannya lebih kurang 60 orang (wow.....ramai tu) turut memeriahkan lagi program pada pagi hari Sabtu tersebut.

Tema Malacca Beauty From 50mm Point of View bagi mendedahkan kemahiran peserta merakam gambar-gambar menarik melalui lensa 50mm dari segi komposisi, kreativiti dan beberapa kreteria yang lain.

Semua peserta berkumpul dan pada jam 8.00 pagi untuk pendaftaran dan taklimat di Restoran Nasi Kandar Subaidah, Melaka Megamall, Bandar Hilir, Melaka. Pertandingan bermula lebih kurang jam 9.30 hingga 11.30 pagi dan peserta dikehendaki balik semua ke tempat pendaftaran dengan sekeping gambar yang menarik untuk di nilai oleh para hakim. Sementara menunggu para hakim membuat keputusan para peserta berehat di Restoran Subaidah sambil menanti dengan penuh debar dan lebih kurang jam 1.00 tengahari keputusan diumumkan dan Cik Wawa telah dinobatkan sebagai pemenang pertama. Tahniah Wawa......

Hadiahnya agak menarik dan lumayan iaitu sebuah lensa AF Nikkor 50mm f/1.8 bernilai RM 468.00 beserta hamper.
Peserta bergambar kenangan sebelum memulakan acara.

Bergambar selepas pertandingan bersama hadiah yang dimenangi.

Para hakim dari kiri Mr Heng, En. Rafi dan Dr Malek sedang meneliti gambar-gambar yang telah dihantar oleh peserta sebelum mengumumkan keputusan.

Tahniah kepada pemenang pertama Wawa dan sifunya En. Serigala bersama hamper dah hadiah yang dimenangi.

Antara peserta yang mengambil bahagian.

LanBfm (baju hitam) tengah borak....... citer pasal job kot.

Mak aiihhh panjangnyer lensa brader tu.

Best..... kalau ada lagi program camni akan datang wa akan join lagi....... Sekian.

Monday, January 4, 2010

PHOTOSHOP : Eye Pop-Simple Editing

Assalamualaikum...

Sesuatu gambar potret akan menjadi lebih menarik jika kita fokus tepat pada bahagian mata. Lebih-lebih lagi potret seorang baby, sinar pada bahagian mata akan menaikkan lagi seri pada gambar potret tersebut.

Kali ini saya akan tunjukkan cara edit potret paling simple dan mudah terutama pada bahagian mata kasi lagi pop tetapi memberi kesan yang cukup ummmph.

1. Buka satu
fail imej (potret) baby, potret orang dewasa pun boleh.

2. Bagi proses editing ini saya hanya menggunakan "
Dodge Tool" dan "Burn Tool" sahaja.

3. Saya gunakan "
Dodge Tool" untuk memutihkan bahagian iris mata dengan setting Range: Midtones, Exposure: 20%, Hardness 10% dan saiz brush mengikut kesesuaian.

-"Dodge Tool"-Gosokkan (Leretkan) pada bahagia iris mata hingga menjadi lebih putih dari gambar asal. Ulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan jika perlu.

4. "
Burn Tool" pula saya gunakan untuk menghitamkan (bahagian bulat) pada mata hitam dengan setting Range: Shadow, Exposure: 15%, Hardness 10%-15% dan saiz brush sama besar dengan mata hitam.

-"Burn Tool"-Letak bahagian bulatan Burn Tool tepat pada bahagian mata hitam dan klik beberapa kali hingga menjadi lebih hitam (jangan lebih sangat nanti jadi tak real pulak).

- Selepas tu gosokkan sedikit pada bahagian kelopak mata supaya nampak lebih jelas.

- Kemudian digosokkan (dileretkan) sedikit pada bahagian bibirnya.

Selesailah editing yang sangat mudah dan simple.

Lihatlah hasilnya........ amacam........ selamat mencuba.(Lihat bahagian mata dan bibir)



Saturday, January 2, 2010

Balik Kampung 4

Barsantai kat Gua Kelam selepas balik dari Wang Kelian.



Balik dari Gua Kelam anak aku ajak singgah tengok burung unta. Syok betul tengok depa dok bagi makan burung unta.