Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya



[Kelantan]

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksey laju
Nanti rayo daley sepita


[Terengganu]

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


[Pahang]

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


[Johor]

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


[Melaka]

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


[Negeri Sembilan]

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


[Kuala Lumpur]

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


[Perak]

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei


[Kedah]

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


[Penang]

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq


[Perlis]

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Thursday, September 17, 2009

Sup Kepala Lembu

Amin sekeluarga sedang berbuka puasa

Amin : Waa, specialnya lauk berbuka puasa hari ni, ada sup pulak. Sedap pulak tu. Sup apa awak masak ni?

Isteri Amin : Sup kepala lembu bang.

Amin : Sup kepala lembu? Mana awak ambik kepala lembu?

Isteri Amin :Kat seksyen 23, shah alam....

Lailatulqadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatulqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Ayah

Wednesday, September 16, 2009

Semboyan Jihad Telah Bergema....

Wednesday, September 16, 2009


Igauan buruk Najib @ N31 - Bila bloggers telah diikhtiraf peranannya di Bagan Pinang ! Terima Kasih..

Tuesday, September 15, 2009

Pembaling Kasut Bebas

BAGHDAD: Wartawan Iraq yang melempar kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush tidak dibebaskan semalam seperti yang dijadualkan berikutan kelewatan dalam proses pembebasannya.

Keluarga Muntazer al-Zaidi berkumpul di luar pangkalan tentera Iraq di tengah Baghdad lokasi beliau dijangka dibebaskan, sejak awal pagi.

Selepas menunggu selama lebih lima jam, abangnya, Dargham berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Muntazer yang memberitahunya dia akan hanya dibebaskan hari ini.

*Muntazer al-Zaidi lepas ni boleh calling sama abang Samy@MIC.Malaysia....


Monday, September 14, 2009

PRK Bagan Pinang 11 Okt

Bagan Pinang: Pengundian 11 Oktober


14/09/2009 12:54pm


PUTRAJAYA 14 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah pada 3 Oktober dan pengundian 11 Oktober sekiranya ada pertandingan. - Utusan.


Sumber dari pahangdaily.blogspot.com/

Isu Kontroversi: Adengan Berahi Tarian Bikini Di Bulan Ramadan, Mana Perginya Menteri Agama Dan Para Ulamak UMNO Kerajaan Islam Hadhari



Sungguh mengejutkan pabila membaca artikel panas di muka hadapan akhbar arus perdana Metro Ahad yang bertajuk "Umpan, Goyang Bikini" semalam. Ia berkaitan dengan kisah pesta bikini yang dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Biarpun amat terkejut dengan pendedahan ini, namun kami tidak hairan melihat senario yang berlaku. Ini kerana kami amat yakin, inilah yang dimahukan sangat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Islam Hadhari yang mereka canangkan sebelum ini ternyata gagal menyekat hatta membendung masalah gejala sosial yang kian parah sekarang ini. Amatlah memalukan, kerana adengan seperti ini disajikan kepada kita di saat sepuluh hari menjelang berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan?. Anak muda terbabit atau kerajaan yang meluluskan lesen premis berkenaan. Selama ini memang telah banyak kes seperti ini berlaku, namun ia seolah-olah tidak memberi keinsafan langsung kepada pihak terbabit. Malahan terdapat juga maklumat bahawa, agensi yang dipertanggungjawab untuk membendung gejala seperti ini juga akhirnya termakan dengan duit "under table" bagi menutup mulut. Mereka terkadang merampas harta benda premis berkenaan, namun akhirnya selang beberapa hari ia dipulangkan semula. Inilah yang sering berlaku didepan mata kita. Lantaran itulah kita tidak hairan wujudnya begitu banyak pusat hiburan haram yang menyajikan arak, seks dan berbagai lagi unsur negatif yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Soalnya sekarang, mana perginya Menteri Agama dan juga para ulamak UMNO yang kononnya menjaga agama di negara Islam Hadhari ini?. Apakah mereka masih berdiam diri tanpa melakukan sesuatu tindakan drastik atas kejadian ini?

Senario yang berlaku ini memang tidak asing bagi warga kota. Istilah "clubbing" adalah menjadi mainan di mulut anak-anak muda seperti ini. Disamping berparti liar, mereka juga bebas bercampur lelaki perempuan dan meneguk air minuman keras. Inilah yang dilaporkan oleh wartawan Metro yang meninjau keadaan ini. Sesungguhnya, amat malang bagi mereka yang sudah menerima perkabaran untuk kebaikan, tiba-tiba melakukan keburukan pula. Ini menunjukkan mereka sedikit pun tidak merasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Malah, kes yang berlaku kepada pragawati sambilan Kartika Seri Dewi langsung tidak menakutkan mereka. Malah mereka pula yang lebih berselera meneguk minuman keras yang disajikan. Kes seperti ini bukan berlaku di ibu kota sahaja, sebaliknya berlaku dimana-mana sahaja. Kenapa kerajaan kita tidak meniru apa yang berlaku di Palembang Indonesia terutamanya di kawasan Acheh?. Kerajaan terbabit mengarahkan semua pusat-pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadan. Ia bagi menghormati kesucian bulan tersebut. Kenapa ini tidak berlaku di negara kita? Apakah terlalu sukar untuk yang berkuasa memberi arahan supaya aktiviti seperti ini dihentikan?. Sepatutnya pusat-pusat hiburan yang menyajikan seks dan arak seperti ini dibenteras sehabis-habisnya. Kerana majoriti pengunjung yang hadir adlaah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam itu sendiri sebenarnya.

[Satu langkah drastik perlulah diambil demi menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan, jelas sekali melanggar undang-undang itu sendiri. Pusat hiburan yang jelas membawa ke arah kemaksiatan tidak wajar diberikan lesen. Ia jelas telah merosakkan akhlak dan akidah umat Isdlam terutamanya anak-anak orang UMNO sendiri. Apakah ini yanh mereka mahukan. Generasi yang rosak akhlak?. Supaya bila mereka boleh mengundi nanti mereka sudah pasti akan menolak kebenaran dan menggangkat orang yang tidak layak sebagai pemimpin].







Tarian Bikini Di Bulan Puasa

Sumber dari pahangdaily

Isu Kontroversi: Adengan Berahi Tarian Bikini Di Bulan Ramadan, Mana Perginya Menteri Agama Dan Para Ulamak UMNO Kerajaan Islam Hadhari



Sungguh mengejutkan pabila membaca artikel panas di muka hadapan akhbar arus perdana Metro Ahad yang bertajuk "Umpan, Goyang Bikini" semalam. Ia berkaitan dengan kisah pesta bikini yang dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Biarpun amat terkejut dengan pendedahan ini, namun kami tidak hairan melihat senario yang berlaku. Ini kerana kami amat yakin, inilah yang dimahukan sangat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Islam Hadhari yang mereka canangkan sebelum ini ternyata gagal menyekat hatta membendung masalah gejala sosial yang kian parah sekarang ini. Amatlah memalukan, kerana adengan seperti ini disajikan kepada kita di saat sepuluh hari menjelang berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan?. Anak muda terbabit atau kerajaan yang meluluskan lesen premis berkenaan. Selama ini memang telah banyak kes seperti ini berlaku, namun ia seolah-olah tidak memberi keinsafan langsung kepada pihak terbabit. Malahan terdapat juga maklumat bahawa, agensi yang dipertanggungjawab untuk membendung gejala seperti ini juga akhirnya termakan dengan duit "under table" bagi menutup mulut. Mereka terkadang merampas harta benda premis berkenaan, namun akhirnya selang beberapa hari ia dipulangkan semula. Inilah yang sering berlaku didepan mata kita. Lantaran itulah kita tidak hairan wujudnya begitu banyak pusat hiburan haram yang menyajikan arak, seks dan berbagai lagi unsur negatif yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Soalnya sekarang, mana perginya Menteri Agama dan juga para ulamak UMNO yang kononnya menjaga agama di negara Islam Hadhari ini?. Apakah mereka masih berdiam diri tanpa melakukan sesuatu tindakan drastik atas kejadian ini?

Senario yang berlaku ini memang tidak asing bagi warga kota. Istilah "clubbing" adalah menjadi mainan di mulut anak-anak muda seperti ini. Disamping berparti liar, mereka juga bebas bercampur lelaki perempuan dan meneguk air minuman keras. Inilah yang dilaporkan oleh wartawan Metro yang meninjau keadaan ini. Sesungguhnya, amat malang bagi mereka yang sudah menerima perkabaran untuk kebaikan, tiba-tiba melakukan keburukan pula. Ini menunjukkan mereka sedikit pun tidak merasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Malah, kes yang berlaku kepada pragawati sambilan Kartika Seri Dewi langsung tidak menakutkan mereka. Malah mereka pula yang lebih berselera meneguk minuman keras yang disajikan. Kes seperti ini bukan berlaku di ibu kota sahaja, sebaliknya berlaku dimana-mana sahaja. Kenapa kerajaan kita tidak meniru apa yang berlaku di Palembang Indonesia terutamanya di kawasan Acheh?. Kerajaan terbabit mengarahkan semua pusat-pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadan. Ia bagi menghormati kesucian bulan tersebut. Kenapa ini tidak berlaku di negara kita? Apakah terlalu sukar untuk yang berkuasa memberi arahan supaya aktiviti seperti ini dihentikan?. Sepatutnya pusat-pusat hiburan yang menyajikan seks dan arak seperti ini dibenteras sehabis-habisnya. Kerana majoriti pengunjung yang hadir adlaah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam itu sendiri sebenarnya.

[Satu langkah drastik perlulah diambil demi menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan, jelas sekali melanggar undang-undang itu sendiri. Pusat hiburan yang jelas membawa ke arah kemaksiatan tidak wajar diberikan lesen. Ia jelas telah merosakkan akhlak dan akidah umat Isdlam terutamanya anak-anak orang UMNO sendiri. Apakah ini yanh mereka mahukan. Generasi yang rosak akhlak?. Supaya bila mereka boleh mengundi nanti mereka sudah pasti akan menolak kebenaran dan menggangkat orang yang tidak layak sebagai pemimpin].







3
Sila Berikan Komen Anda Terhadap Artikel Ini

Friday, September 11, 2009

Bolehkah kita Ketepikan Pendapat Ulama

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Memberi pendapat yang berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan. Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya.

Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran yang lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan yang kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’.

Hal ini penting untuk difahami oleh orang awam, agar mereka dapat membezakan antara pandangan tokoh agama dan agama itu sendiri. Agama berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Mana-mana pihak yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah maka itulah Islam. Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama samada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya yang tiada nas yang jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat yang berbeza di kalangan sarjana. Maka, orang awam boleh memilih pendapat yang diyakininya lebih mendekati maksud nas dengan kadar yang difahaminya.

Maka sebab itu, setiap individu muslim yang mampu berfikir membaca dan meneliti, apatah lagi pada zaman teknologi ini hendaklah ketika bertanya pendapat tokoh ilmu agar meminta alasan bagi pendapat mereka. Campakkan ke dinding sikap sesetengah pihak yang cuba menjadikan agama ini eksklusif untuk diri mereka sahaja dengan membuat arahan yang ‘memandir’ otak umat Islam dengan menyatakan ‘dengar dan taat sahaja apa yang saya beritahu, sebab saya tokoh agama, awak orang biasa’. Rangkapan jahiliah yang seperti ini bukan budaya ilmu dalam Islam.

Makruh Gosok Gigi

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘apakah nas dalam masalah ini?’. Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali.

Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya. Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “ada hadis Nabi s.a.w menyebut:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi –samada menggunakan ubat gigi atau tidak- hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini.

Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Bulan Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi s.a.w sabda:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini tidak mengecualikan Bulan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zohor dan Asar ketika berpuasa.

Tidak Lojik

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).
Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; “yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya.” (lihat: ms 143).

Pada andaian mereka, ini membantu kusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar?! Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini?! Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka?!. Andaian atau tambahan yang dibuat ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.

Demikian dalam sesetengah kitab fekah Mazhab al-Syafi’i menyebut tentang bab mandi wajib dengan membuat berbagai-bagai andaian yang pelik seperti
“jika zakar terbelah dua, dimasukkan satunya ke dalam kemaluan isteri pertama, dan yang satu lagi ke dalam isteri kedua, maka wajib mandi ke atas suami, tidak wajib ke atas kedua isterinya. Jika dimasukkan satunya ke dalam kemaluan seorang isteri, sementara satu lagi ke dalam dubur isteri berkenaan, maka wajib mandi keduanya (lihat: Hawasyi al-Syarwani, 1/260).
Dalam Hasyiah al-Bajuri ditambah jika seseorang masuk (keseluruhan tubuh) ke dalam faraj perempuan, maka keduanya wajib mandi..”. Cuba bayangkan, andaian dan huraian yang sebegini agak ganjil. Mungkinkah hal-hal seperti ini berlaku? Atau, kita katakan, di samping kita menghormati sumbangan dan ketokohan ulama-ulama ini, namun perbahasan atau andaian sebegini melebihi batasan keperluan. Saya sebut hal ini kerana saya terdengar ada tokoh agama keluar dalam media menyatakan apa sahaja yang telah ulama dahulu tulis kita terima sahaja. Katanya, ‘tidak perlulah kita ‘memandai-mandai’ untuk memberikan pendapat yang berbeza dengan orang yang lebih alim daripada kita’.

Taklid yang seperti inilah yang menyebabkan ilmu umat Islam tidak berkembang. Pandangan tokoh akhirnya dianggap setaraf dengan nas al-Quran dan Sunnah. Bahkan lebih daripada itu, apabila mereka memberi pandangan yang agak ‘berlebihan’ tetap dipaksa umat menelannya. Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan.

Biasanya, golongan agama yang cuba mengujudkan mentaliti ‘ustaz atau tok guru tak boleh dipersoalkan’ hanyalah untuk menjaga status keselesaan mereka. Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka.

Memberikan pandangan dan mempersoalkan sesuatu kenyataan dengan sopan dan bertujuan mencari kebenaran adalah keperluan dunia ilmu dan sesuatu yang dituntut dalam agama. Hal ini penting untuk difahami. Bukan semua pendapat tokoh agama itu mewakili kehendak Allah dan rasulNya.

Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasulNya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan kemunasabah untuk umat.

Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan rasulNya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.

Mengganti Imej URL

Salam semua dan selamat berpuasa. Bulan pose ni malas nak celoteh panjang lebar. Jadi kita terus kepada tujuan sebenarnya...

Imej URL ini dinamakan favicon. Kalau masih kelabu asap apa benda nya ni lihat pada gambar di bawah ni...

1. Cari satu imej yg sesuai utk dijadikan favicon anda. Saiz imej hendaklah berukuran 16px X 16px hinga 30px X 30px. Seeloknya 16px X 16px la kalau besar lagi aku tak jamin, mungkin akan menyebabkan loading ke blog anda menjadi lembab/perlahan a.k.a. slow.

2. Kemudian simpan imej favicon tsb pada mana2 hosting, byk hosting free spt imageshacks, photobucket dan sebagainya. setelah disimpan copy direct URLnya.

3. sign in ke Blogger, klik Layout -->> Edit HTML.

4. Cari kod </head> . Copy kod di bawah ini dan pastekan di atas kod </head>.

<link href="http://img190.imageshack.us/img190/2809/muraisenja.png" rel="shortcut icon" type="image/vnd.microsoft.icon">

<link href="http://img190.imageshack.us/img190/2809/muraisenja.png" rel="icon">


5. Gantikan http://img190.imageshack.us/img190/2809/muraisenja.png dengan direct URL yang anda copy dari hosting gambar tadi.

6. Akhir sekali simpan dan lihatlah hasilnya.

Sapa Punye Keje...

Facebook Nizar ? Kerja siapa ?


Thursday, September 10, 2009

Peristiwa Di Bulan Ramadhan

Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.


Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:



17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.


Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.


20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.


Ramadhan 9H

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.


Ramadhan 10H

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.


Ramadhan 53H

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.


Ramadhan 92H

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.


Ramadhan 129H

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.


Ramadhan 584H

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.


Ramadhan 658H

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Sunday, September 6, 2009

Doa Dari Aduka Taruna

Wahai Allah yang Maha Ego...

Entah apa la motif Lu untuk takdirkan kita semua melalui PRK di Bagan Pinang,

Satu kawasan yang ada 5000 undi pos,

Satu pembolehubah yang memang kompom tak boleh menang bagi kitorang nih,

Kalau motif Lu nak tunjukkan undi pos boleh ditewaskan, terima kasih la banyak2,

Gua janji gua akan tempeleng sapa2 yang riak dan bongkak selepas kemenangan itu,

Kalau motif Lu nak tunjukkan cara-cara tewaskan undi pos, mudahkanlah kepala2 otak kitorang ni untuk faham,

Kalau motif Lu nak tunjukkan sifat perkauman, sifat pelampau musuh2 Lu, Lu lindungilah kitorang ni akan segala kejahatan dan akibat dari tindakan mereka.

Amin....


Thursday, September 3, 2009

Pasar Ramadhan : Air Tebu Bakar

Petang tadi aku berkunjung lagi di Pasar Ramadhan buat kali yang ke empat semenjak kali pertama membeli cucur udang hari tu. Kali ini aku pergi bukan hendak membeli kuih muih atau sebarang juadah utk berbuka jauh sekali untuk memcuci mata....huhuhu...puasa hooo jgn buat pasal. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah jadi aku singgah le kebetulan memang satu jalan hendak ke rumah aku. Tujuan aku ke sana hanya nak kepastian tentang air tebu bakar yang aku beli petang sebelumnya.

Petang tu aku memang nak beli juadah berbuka, masa membelek-belek segala jenis kuih muih dan lauk pauk yang beraneka jenis tu tiba-tiba mata aku terpandang ke arah satu gerai menjual air tebu yang tertera sign "AIR TEBU BAKAR". mau tak kecur air liur.... selama ni aku hanya kenal air kelapa bakar jer, ni air tebu bakar pun ada juga. Dalam hati "aku mesti try ni", jadi aku pun beli le sebungkus, RM 2 jer nampak memang menarik. Bila masuk waktu berbuka selepas menjamah sebijik kurma aku pun apa lagi ...tala air tebu bakar la dulu. Tapi yg aku musykil tu air tebu ni rasa macam air tebu biasa jer, tak der bau asap pun macam air kelapa bakar yang pernah aku minum. Tak kisah lah ada bau asap ker tak ada ker aku telan jer la.

kebetulan hari ni aku lalu, jadi singgahle kejap. kali ni aku tak belek-belek apa lagi terus jer ke gerai air tebu bakar tu. aku tanya pak cik yang jual tu, "kenapa air tebu ni saya beli semalam tak ada rasa macam dibakar pun, bau asap pun tak ada". Pak cik tu tersengih kat aku sambil berkata "mana pernah org bakar air tebu nak oii!!!...". "Habis tu tulis air tebu bakar tu...". lalu pakcik tu pun tergelak berdekah-dekah, "memang le pakcik tulis air tebu bakar... bakar tu nama pak cik". "Alamak ye kerr!!!!...." Jadi air tebu kar tu air tebu pakcik tu ler bukanya air tebu tu di bakar...huhuhuhu..... Aku pun tersenyum ler sorang-sorang....

Wednesday, September 2, 2009

Wasiat Untuk Isteri

Sebagai pengajaran yg berguna untuk masa hadapan kita

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarha m adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah..Kira- kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu...Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham- sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan.. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam