Thursday, December 18, 2008

Pulihkan Task manager, Folder Option & Register Edit dgn RRT

Sekarang anda boleh memulihkan Task manager, Folder Option & Register Edit dengan menggunakan software RRT. Memang berkesan..... try dulu baru tau......

Download Kat Sini

Wednesday, December 17, 2008

ISTERI: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
SUAMI : Kamu!!!
ISTERI: Menurut kamu, saya ini siapa?
SUAMI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Diciptakan Hawa dari rusuk si Adam. Bukan dari atas untuk dijulang dan diagungkan,
bukan dari bawah untuk dihina dan diijak-ijak, tapi dari tepi untuk bersama,
dekat dihati untuk dicinta. Kebiasaan ayat yang kita dengar bila usik tentang
cinta. Cinta yang bagaimana? Cinta yang lahir dari sebuah Baitul Muslim.
Yang dibina atas dasar kefahaman dan kepentingan Islam. Mudah-mudahan
ia benar-benar disatukan matlamatnya ke arah keredhaanNya dan Daulah Islam.

Kenangan Dulu-Dulu : Tercekik Tulang

Aku datang dari keluarga yg tak berapa besar... 6 beradik jer, tapi bila campur dengan ipar duai campur dengan anak-anak masing2 sekali kira lebih kurang 18 orang ler, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz)

lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"


Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan, sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!


Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!

Ha ni satu lagi....
Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barakatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
itu pun ada juga suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "aku jawab balik: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan makan taik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!" tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh" kataku...

Banyak songel pulak diorang macam-macam komplen cara aku makan.... err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya:
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!! ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "


Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan...(bayangkan seorang ibu yang agak lanjut usianya sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh!!!....murai, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)


Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang mak aku yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA.... HA..... HA.... (semua org ketawa) nasi bersembur-sembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...

selamat mencuba, ni bukan hadith, just pengalaman.


**Peringatan: sekiranya rakan korang atau adik beradik korang atau sapa-sapa yang sewaktu dengannya menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab!!!

Tengkorak Hang

Di sebuah muzium di Kaherah.

Pelancong : Ini tengkorak siapa ? ( sambil menunjukkan kearah sebuah kotak berkaca.)

Pemandu pelancong : Ini tengkorak Queen Cleopatra II

Pelancong : Tapi guard di luar kata, tengkorak kecil di pintu masuk tu tengkorak Queen Cleopatra II.

Pemandu pelancong : Oo... itu tengkorak semasa dia budak..( DGN KONFIDEN )

Pelancong : @*(%$#@!!!!!!...... GRRRR TENGKORAK HANG!!!!!!!!!...........

Moral: Nak menipu pun ingat-ingatlah......

Cerita 50KG

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut.

Cuba teka kenapa????........

Jeng... jeng... jeng....

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
"Berat Bersih: 50kg"

Peristiwa Twin Tower KLCC

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.

kenangan dulu-dulu: Hukum Akai vs Hukum Agama

Pagi-pagi ni kalau dapat pekena kopi "o" secawan best ni. kat opis x de kerja nak buat teringat aku masa zaman remaja aku dulu. satu petang tu sedang aku dengan kawan-kawan aku tengah dok lepak dan borak-borak sambil tengok org main dam haji dekat kilang beras Cik Ali di Kg Darat (dekat negeri mana hangpa cari sendiri la). Datang la sorang member, dia ni dalam lingkungan umur awal 30an, dia ni dh kawin dah, lalu duduk lepak sama tapi dia diam saja hari ni.

kami tengok dia ni lain macam jer hari ni. lalu salah sorang dari kawan aku tanyala dia (org kg panggil dia bodek) pasai apa semacam ja. jawab si Bodek ni "haru aku, aku x tau nk buat apa dah ni... lapaih ni mati aku..." sambil memegang kepala dia. kawan aku ni cuba nak tau apa dh jadi dengan dia. "Hang gaduh dengan bini hang lagi ka ?" Tanya kawan aku tu lagi.

"Apa lagi.... kalau sehari x bercekau x sah..." kata Bodek. "Tapi kali ni lagi teruk..." sambung Bodek lagi. "Teruk macam mana pula?" sampuk Abang Din yang dok tengah tolak buah dam(pakai tudung botol jer), aku cuma dengar ja x mau nk sampuk hal org kawin ni sebab aku bujang lagi masa tu. "hangpa bayangkan, bini aku tu sanggup letak parang ataih tengkuk aku, pastu dia minta cerai hari ni juga" Bodek mula buka cerita. "aikk!!! dah buang tabiat ka apa bini hang tu.... nak mampuih apa buat lagu tu..." Kata abg Din.

Lalu Pak Lah pula menyampuk, "hang buat apa sampai dia buat lagu tu dekat hang ..Bodek, Awat yang teruk sangat kali ni". "Abis tu macam mana pula hang buleh telepaih maih sini??.. bini hang tak perambat ka dengan parang tu" Sambung Pak Lah. "Dak ah, aku suruh dia sabaq mengucap dulu, ingat tuhan.... ingat anak-anak, kalau akau mati sapa nk jaga anak-anak, sapa ak jaga dia.... lalu dia pun letak parang dan teriak semau-mau tidak." "Bila aku tengok line clear, aku pun cunggit mai sini la, nak tunggu lagi di buatnya sasau dia tu mai lagi tak naya aku kena kerat leher" Bodek meneruskan cerita dia. aku cuma tersengih ja. dalam ahati aku lagu ni ka kalau dah kawin....

"Pasai apa yang dia buleh buat kerja gila lagu tu, hang buat apa kat dia?.." Tanya Abg Din ingin tahu. Bodek pun tergaru-garu kepala dia yang tak gatal tu sambil terkial-kial. Pak Laha pula terus desak dia suruh cerita pasai apa yang jadi lagu tu. Mau tak mau Bodek pun terpaksa la cerita juga, "lagu ni Bang din, Paklah.... tadi ni aku tengah tidoq, letih baru balik dari bendang (sawah padi), mau ka tidak sekerat hari dok manajak rumput. Yang bini aku ni pula tak abi-abis dok berletiaq dari pagi tadi lagi .... sampai aku bali dok berletiaq lagi, aku nak tidoq pun tak senang." "huuhhh... dah pesen dia lagu tu nak buat lagu mana" Kata pak lah. "Ya la.... dia nak berletiaq sampai subuh esok pun aku apa peduli.... ni... yang aku hangat sangat ni dia buleh baling botoi susu anak kena muka aku ni" Kata Bodek sambil mengarahkan jari telunjuknya ke muka machonya.

Bodek sambung ceritanya lagi "Apa lagi aku pun celapak bangkit.... huluq tangan nak tampaq sedas.... tapi aku teringat malam jumaat lepas ada ustaz bagi tau kita tak buleh dok tampaq bini. jadi ku paham la pasai hukum yg ustaz tu habaq..... aku pun tarik balik tangan tak jadi la tampaq... tapi aku bagi peluku sebijik atas kepala dia.... haaaa ambik sedas....." Bila dengaq tang ayat pengabih tu kami semua gelak, tergolek-golek... sakit perut aku.... (Kalau hangpa nak tau luku tu apa dia ,semak kamus la. Boleh juga tanya kt ABO ka Mat Commot ka MSK ka......)

Ada akai ka tak buleh tampaq dia pi luku kepala.... bengong betui.... org macam ni pun ada ka? Patut la bini dia bubuh parang atas tengkuk ...... dah la dia ni pakai cincin apa tah penuh 4 jari tu. batu cincin pula tu ada kot sama besar ibu jari setiap satu.... hangpa buleh bayangkan la kalau dah bagi peluku sebijik atas kepala tu ...... mau benjol besaq siput kelemboi....ikut suka hati dia ja, kesian bini dia....

Tuesday, December 16, 2008

Konsert

Ada 4 ekor binatang buat konsert. Kucing nyanyi lagu ISABELLA, penonton tepuk tangan. Anjing nyanyi lagu ENJIT2 SEMUT, penonton ikut terhenjit-henjit, happy dan tepuk tangan. Katak nyanyi lagu LOMPAT SI KATAK LOMPAT, penonton pun melompat-lompat sama, happy dan tepuk tangan juga. Tiba giliran si babi nyanyi...penonton marah-marah dan baling kerusi kat die...nape yek????????? ?

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

Pasal dia nyanyi lagu "KITA SERUPA"..... ..."KITA SERUPA"..... ...

Monday, December 15, 2008

Molekul Air Zam Zam

mari kita kongsi maklumat yg aku dapat dari e-mail yg member aku hantar....

Kata-kata yg baik... juga insya-Allah membentuk peribadi yang baik.. Semoga makanan dan minuman yg disediakan oleh isteri-isteri solehah dapat disediakan bersulaman dengan zikir dan selawat serta kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan.


Now I know why most ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air & dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita minum...


Assalamualaikum
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn eizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau. Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM)..

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau. ... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah. .... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Wassalam

Wednesday, December 3, 2008

My Boss And I

When I Take a long time, I am slow,
When my boss takes a long time, he is thorough,

When I don't do it, I am lazy,
When my boss does not do it, he is busy,

When I do something without being told, I am trying to be smart,
When my boss does the same, he takes the initiative,

When I please my boss, I am apple polishing,
When my boss pleases his boss, he is cooperating,

When I make a mistake, you're an idiot.
When my boss makes a mistake, he's only human.

When I take a stand, I am being bull-headed.
When my boss does it, he's being firm.

When I overlooked a rule of ettiquette, I am being rude.
When my boss skips a few rules, he's being original.

When I am out of the office, I am wandering around.
When my boss is out of the office, he's on business.

When I have one too many drinks at a social, I am a drunken bum.
When my boss does the same, he appreciated women.

When I am on a day off sick, I am always sick.
When my boss is a day off sick, he must be very ill.

When I apply for leave, I must be going for an interview.
When my boss applies for leave, it's because he's overworked

When I do good, my boss never remembers,
When I do wrong, he never forgets.