Pagi-pagi ni kalau dapat pekena kopi "o" secawan best ni. kat opis x de kerja nak buat teringat aku masa zaman remaja aku dulu. satu petang tu sedang aku dengan kawan-kawan aku tengah dok lepak dan borak-borak sambil tengok org main dam haji dekat kilang beras Cik Ali di Kg Darat (dekat negeri mana hangpa cari sendiri la). Datang la sorang member, dia ni dalam lingkungan umur awal 30an, dia ni dh kawin dah, lalu duduk lepak sama tapi dia diam saja hari ni.
kami tengok dia ni lain macam jer hari ni. lalu salah sorang dari kawan aku tanyala dia (org kg panggil dia bodek) pasai apa semacam ja. jawab si Bodek ni "haru aku, aku x tau nk buat apa dah ni... lapaih ni mati aku..." sambil memegang kepala dia. kawan aku ni cuba nak tau apa dh jadi dengan dia. "Hang gaduh dengan bini hang lagi ka ?" Tanya kawan aku tu lagi.
"Apa lagi.... kalau sehari x bercekau x sah..." kata Bodek. "Tapi kali ni lagi teruk..." sambung Bodek lagi. "Teruk macam mana pula?" sampuk Abang Din yang dok tengah tolak buah dam(pakai tudung botol jer), aku cuma dengar ja x mau nk sampuk hal org kawin ni sebab aku bujang lagi masa tu. "hangpa bayangkan, bini aku tu sanggup letak parang ataih tengkuk aku, pastu dia minta cerai hari ni juga" Bodek mula buka cerita. "aikk!!! dah buang tabiat ka apa bini hang tu.... nak mampuih apa buat lagu tu..." Kata abg Din.
Lalu Pak Lah pula menyampuk, "hang buat apa sampai dia buat lagu tu dekat hang ..Bodek, Awat yang teruk sangat kali ni". "Abis tu macam mana pula hang buleh telepaih maih sini??.. bini hang tak perambat ka dengan parang tu" Sambung Pak Lah. "Dak ah, aku suruh dia sabaq mengucap dulu, ingat tuhan.... ingat anak-anak, kalau akau mati sapa nk jaga anak-anak, sapa ak jaga dia.... lalu dia pun letak parang dan teriak semau-mau tidak." "Bila aku tengok line clear, aku pun cunggit mai sini la, nak tunggu lagi di buatnya sasau dia tu mai lagi tak naya aku kena kerat leher" Bodek meneruskan cerita dia. aku cuma tersengih ja. dalam ahati aku lagu ni ka kalau dah kawin....
"Pasai apa yang dia buleh buat kerja gila lagu tu, hang buat apa kat dia?.." Tanya Abg Din ingin tahu. Bodek pun tergaru-garu kepala dia yang tak gatal tu sambil terkial-kial. Pak Laha pula terus desak dia suruh cerita pasai apa yang jadi lagu tu. Mau tak mau Bodek pun terpaksa la cerita juga, "lagu ni Bang din, Paklah.... tadi ni aku tengah tidoq, letih baru balik dari bendang (sawah padi), mau ka tidak sekerat hari dok manajak rumput. Yang bini aku ni pula tak abi-abis dok berletiaq dari pagi tadi lagi .... sampai aku bali dok berletiaq lagi, aku nak tidoq pun tak senang." "huuhhh... dah pesen dia lagu tu nak buat lagu mana" Kata pak lah. "Ya la.... dia nak berletiaq sampai subuh esok pun aku apa peduli.... ni... yang aku hangat sangat ni dia buleh baling botoi susu anak kena muka aku ni" Kata Bodek sambil mengarahkan jari telunjuknya ke muka machonya.
Bodek sambung ceritanya lagi "Apa lagi aku pun celapak bangkit.... huluq tangan nak tampaq sedas.... tapi aku teringat malam jumaat lepas ada ustaz bagi tau kita tak buleh dok tampaq bini. jadi ku paham la pasai hukum yg ustaz tu habaq..... aku pun tarik balik tangan tak jadi la tampaq... tapi aku bagi peluku sebijik atas kepala dia.... haaaa ambik sedas....." Bila dengaq tang ayat pengabih tu kami semua gelak, tergolek-golek... sakit perut aku.... (Kalau hangpa nak tau luku tu apa dia ,semak kamus la. Boleh juga tanya kt ABO ka Mat Commot ka MSK ka......)
Ada akai ka tak buleh tampaq dia pi luku kepala.... bengong betui.... org macam ni pun ada ka? Patut la bini dia bubuh parang atas tengkuk ...... dah la dia ni pakai cincin apa tah penuh 4 jari tu. batu cincin pula tu ada kot sama besar ibu jari setiap satu.... hangpa buleh bayangkan la kalau dah bagi peluku sebijik atas kepala tu ...... mau benjol besaq siput kelemboi....ikut suka hati dia ja, kesian bini dia....
tu la hampa..masa buat bini x beringat.cuba cari punca pa bini dia berletiaq
ReplyDelete