Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Camera Tossing

Assalamualaikum... 


 
Bermain-main dengan kamera sungguh mengasyikkan. Membidik suatu objek, fokus, dan klik, hanya semudah itu. Cara klasik ini memang telah banyak digunakan oleh keseluruhan jurufoto, samada yang bergelar profesional mahupun yang “super” tidak ketinggalan juga yang amatur sekalipun.

Rupanya Ryan Gallagher, seorang jurufoto amatur dari Texas sudah mulai bosan dengan teknik lama tersebut. lalu dia telah membuat eksperimen dengan caranya sendiri. Bagaimana? Iaitu dengan MEMOTRET SAMBIL MELEMPARKAN KAMERANYA KE UDARA!!!!! ya... ke udara!!!

Apa yang dia dapat? sebuah fenomena teknik fotografi terbaru, yang disebut, Camera Tossing!
Apa itu Camera Tossing? Apa hasilnya? Bagaimana cara melakukannya?
Kita bahas perkembangan teknik penggunaan kamera digital yang paling asyik itu di sini!

Apa itu Camera Tossing ?

Camera Tossing adalah teknik fotografi kinetik, menggabungkan jumlah exposure yang disediakan oleh format kamera digital dengan prinsip Lomography, shoot-firts-ask-question-later, dengan cara melemparkan kamera ke udara dan membiarkan kamera tersebut mengambil gambar ketika berputar di udara. Menurut beliau, eksperimen-eksperimen yang dapat dilakukan tidak ada batasannya. Bergantung pada kreativiti si pemotret, mau dilempar sambil bediri, duduk, baring, kuda-kuda pencak silat atau apa saja teknik sekalipun terserah… yang penting jangan lupa tangkap balik kamera tu!!!…

Who’s the first doin’ it professionally?

Pada suatu malam, 20 Ogos 2005, seorang Theater Production dari Texas, Ryan Gallagher, saja ingin mencuba sesuatu kreativiti baru dengan kamera miliknya untuk memotret lampu-lampu jalanan kerana bosan dengan teknik yang sama saja. Akhirnya dia cuba dengan memotret sambil melemparkan kameranya di udara. Hasilnya? sebuah teknik fotografi yang sungguh luar biasa…

Caranya setting exposure kamera digital anda pada dedahan yang lebih lama. (senang cerita setting pada mod night...tak tau tengok manual book). Seterusnya tekan tombol shutter dan lempar kamera itu ke udara, kemudian tangkap balik kemera tuuuu…JANGAN TAK TANGKAP WEEHH! Sebelum tu praktis dulu kat rumah dalam bilik tidur, yang ada bantal, tilam dan sebagainya.  Kalau sudah mahir tangkap balik kamera tu baru pergi ke luar..cari objek lampu-lampu yang menarik, lebih bagus kalau objek itu berupa rope-lights. 

Beberapa tosser (sebutan buat para pengguna teknik ini) memakai tali yang diikat pada kameranya atau tali yo-yo untuk memudahkan mereka menangkap kameranya kembali. Jarak lemparan/balingan sampai ketinggian 3 kaki (Lebih kurang 90 cm) merupakan permulaan yang baik bagi tosser yang baru nak cuba teknik ini. Ada juga para tosser yang mahir melempar sampai ketinggian 20 kaki. 

Kalau ingin mencuba mulakan dengan kamera kompak digital. Kalau kamera DSLR yang mahal-mahal tu fikir dulu dua tiga kali...... kalau anda yakin teruskan, terbarai DSLR tu aku tak nak tanggung jawab..... wakakakaka!!!!!!!!

Apa kelebihan Camera Tossing?

Kelebihannya banyak. Anda mampu melatih kreativiti anda agar tidak terbatas! Bahkan karya-karya para tosser level tinggi kini dengan megahnya berada di pameran di Berlin dan Hamburg. Apa tunggu lagi jom mulai dari sekarang setting kamera digital anda dan lempar tinggi-tinggi ke udara!

Sumber: http://www.eocommunity.com

Tuesday, January 18, 2011

Asas Fotografi : Pengenalan

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak update bolg ni... terlalu byk sgt kerja yg disibukkan wakakakaka...
kali ini aku nak kongsi sedikit ilmu tentang fotografi......

1. DIGITAL FOTOGRAFI
Satu pendekatan menghasilkan Gambar secara Mudah, Murah & Menarik

Difinasi Fotografi Digital
Satu pendekatan merakamkan gambar menggunakan sejenis kameran yang dapat menukarkan gambar kepada isyarat digital iaitu 0 dan 1.

Isyarat ini selari dengan isyarat dalam komputer. Oleh yang demikian gambar boleh dimanipulasi / disunting dan dicetak menggunakan komputer


2. FAEDAH DIGITAL


*  Tidak menggunakan filem.
*  Menggunakan kad memori yang boleh digunakan berulang kali.
*  Gambar boleh di proses sendiri.
*  Gambar boleh dilihat dengan segera.
*  Gambar boleh dikongsi dengan kualiti asal.
*  Gambar boleh disimpan dalam komputer.
*  Gambar boleh disunting melalui komputer.
*  Gambar boleh dihantar melalui E-mail dengan mudah.
*  Menjimatkan wang.
*  Menjimatkan masa.
*  Gambar boleh digunakan untuk (dalam) perisian lain dengan mudah.
*  Kamera yang lebih kecil.
*  Kamera yang lebih murah.
*  Kemudahan teknikal yang lebih menarik.


Perbezaan Kualiti filem dan digital

Filem  

a) Ruang gambar besar
b) Max. 12 Mega Pixel.
c) Harga cetak murah.
d) Bahan filem mengalami perubahan.
e) Sukar meningkatkan mutu warna.


Digital

a) Ruang gambar kecil.
b) Max. 12 Mega Pixel.
c) Harga cetak mahal.
d) Gambar tidak berubah.
e) Mengubah mutu gambar dgn mudah.


Mengenal peralatan kamera Digital

Jenis-Jenis kamera

~  Kompek
~  Kompek + LCD panel
~  Digital Video + digital still
~  Digital Pro SLR


3. FAKTOR PEMILIHAN KAMERA

a) TUJUAN DAN MATLAMAT
b) HARGA
c) KANTA
d) ZOOM
e) FORMAT


Bagaimana menggunakan Kamera Digital

* Baca dan lihat buku manual sebelum menggunakan kamera
* Ikut arahan dan panduan yang diberikan
* Simpan manual untuk rujukan akan datang

 
White Balance

#  Auto
#  Tungsten
#  Flourescent
#  Daylight
#  Fine
#  Cloudy


Set kamera kepada Suhu warna/White balance yang betul

> Kenalpasti subjek anda diterangi dengan punca cahaya dari mana?
> Letakkan setting pada panduan yang telah diberikan dalam kamera
> Setiap kali anda berada dalam punca cahaya yang berbeza, anda perlu tukar setting White Balance.
> Meletakkan setting yang salah akan menghasilkan kesan gambar yang tidak menentu.


Pemilihan Kamera

a) Berapa Mega Pixel
b) Berapa Recycle time, fps
c) Kemampuan mix ISO
d) Auto / Manual
f) Kemampuan Optikal Zoom
g) Saiz lensa


Mix Speed

#  Kepantasan merakam gambar boleh diubah-ubah
#  Setting ISO boleh diubah-ubah untuk meningkatkan kepekaan kamera


Mix ISO

#  ISO boleh diubah mengikut keperluan anda
#  Menentukan tempoh kemasukkan cahaya melalui lensa
#  Lebih tinggi ISO, lebih peka kamera bertindak pada cahaya – lebih mudah merakam gambar dalam keadaan cahaya yang malap.


Auto / Manual

#  Menggunakan set Auto lebih mudah (Shutter, Aperture dan Fokus  ditentukan oleh kamera).
#  Set Manual biasanya digunakan bagi mendapatkan efek-efek yang tertentu.


Flash Setting

#  Auto
#  Tidak Menggunakan Flash
#  Gunakan Flash
#  Red Eye Reduction
#  Extra Power (H)


Jenis Fokus

#   Manual
#   Auto focus – Follow
#   Auto Focus – Single shot


Keupayaan ZOOM

#   Kemampuan lensa membesar Subjek.
#   Optikal ZOOM.
#   Digital Zoom.


Perbezaan Zoom

Optical zoom

* Mutu gambar tetap baik apabila zoom
* Membersarkan gambar melalui kanta
* Memerlukan kanta yang baik untuk menambahkan zoom.
* Pendekatan yang mahal untuk kesan zoom.
* Biasanya kesan zoom terhad ( x3 – x5)


Digital Zoom

* Gambar pecah apabila zoom
*  Membesarkan gambar dlm. CCD
*  Tidak digalakan dlm. Kerja profesional
*  Pendekatan yang murah untuk kesan zoom
*  Biasanya kesan zoom besar (x10 – x20)


4. DATE Setting

•Merekodkan tarikh dan masa gambar dirakam
•Penting bagi tujuan rekod dan sejarah
•Tarikh yang salah menyukarkan keadaan


Jenis-jenis memory card (pengganti filem)

#   SD card
#   Flash card
#   Smart media
#   Multimedia
#   Memory stick


Kapasiti kad, 8, 16, 32, 64, 128, 320, 512Mb – 1G, 2G, 4G, 8G
Mutu gambar dinilai dengan bilangan Pixels.


#   Kemampuan miximum saiz gambar yang boleh dirakam oleh kamera digital
#   Pixel adalah titik-titik halus yang membentuk gambar


8 bit            =  1 bye
1,024 bye   =  1 kb
1,024 kb     =  1Mb    
1,024 Mb    =  1Gb

#   Lebih tinggi pixer lebih besar saiz gambar yang dirakam – lebih berkualiti Format simpanan
#   TIFF   - Tag Image File Format
#   GIF     - Graphic Interchange Format
#   JPEG  - Joint Picture Expert Group


Perbezaan : JPG  (2.75 Mb) ,   TIFF (6.87Mb)

Sistem Paparan & Resolution


Pixer          Resolution          Keperluan

0.3 mp         640 x 480           e-mail

0.5 mp         800 x 600           15” screen wall paper

2.0 mp         1600 x 1200         A6(4R size)


Compression :     Superfine, Fine, Normal

Large                 3072 x 2304 pixels

Medium 1          2592 x 1944 pixels

Medium 2          2048 x 1536 pixels

Medium3           1600 x 1200 pixels

Small                   640 x 480   pixels

                           320 x 240   pixels

                          160 x 120   pixels

     
Langkah utama sebelum merakam gambar

#   Pastikan bateri Full Charge
#   Pasangkan CF Card dengan betul
#   Pastikan semua setting betul mengikut keperluan penggambaran.


Faktor yang merosakkan kamera   

#  Meletakkan kamera di tempat yang panas, lembab, berabuk.
#  Menyentuh bahagian yang sensitif
#  Simpan bukan pada tempatnya
#  Lensa kamera yang berkulat
#  Menggunakan bateri lama
#  Kamera dimasuki semut
#  Mengambil gambar dalam hujan
#  Meminjamkan kapada kawan
#  Terhentak, gegaran, terjatuh


Monday, March 1, 2010

Photography: Outdoor

Salam.........

Hari Sabtu baru ni wa join TomDeSauza shoot outdoor sempena perkahwinan Ajun & Shasha. Lokasi kami untuk sessi outdoor kali ini ialah kawasan sawah padi di Pulau Gadong, Melaka.


Setiba di lokasi penggambaran Tom terus memasang peralatan lighting.

Sempat lagi berposing bersama pasangan raja sehari.

Hari yang indah bagi pasangan Raja Sehari Ajun & Shasha ketika di lokasi penggambaran.
Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan ke anak cucu.

Untuk gambar seterusnya tunggu update dari TomDeSauza.  Sila ke alamat  http://tnl1006.blogspot.com/
OK Jumpa lagi...adios....

Wednesday, February 24, 2010

Photography: Alor Setar

Masjid Zahir, Alor Setar



Menara Alor Setar




Saturday, February 20, 2010

Sunday, January 31, 2010

Photography: Hasil Karya Kanak-Kanak

Kadang-kadang gambar yg dirakam oleh kanak-kanak mampu menarik perhatian kita. seperti gambar-gambar di bawah ianya dirakamkan oleh anak-anak saya yang berusia 9 tahun dan kakaknya 10 tahun. Jika diberi tunjuk ajar dan latihan yang sempurna mereka saya percaya mampu menghasilkan gambar yang menarik dan kreatif.

Gambar ini di rakam oleh anak lelaki saya semasa di rumah. Ini ikan kelisa kesayangan saya dah besar pun, sudah 2 tahun lebih bela sejak dari kecil sebesar satu jari.

Gambar ini pun dirakam oleh anak lelaki saya semasa bersiar-siar di medan selera di tepi sungai kesang (Sempana Melaka-Muar)

Gambar ini dirakam oleh anak perempuan saya dari dalam kereta semasa berhenti di lampu isyarat Jalan Muar semasa menuju ke bandar Muar.

Yang ini bila diaorang ambil pun tak tahu.