Jika korang tekan button 'Shift' 5 kali berturut-turut pada keyboard korang, StickyKeys menu akan keluar/dipaparkan. Apa StickyKeys tu? Apa pula gunanya StickyKeys tu......... cubalah korang tekan tengok!
Ini adalah mesej ralat yang dipaparkan di skrin salah satu PC yang terkena jangkitan virus, Apabila buka (boot) PC akan muncul error mesej CSRCS.exe di skrin.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebagai pengguna/pemilik komputer kita acapkali menghadapi masalah akibat dari serangan virus dari pelbagai jenis. Akibat dari serangan virus ini menyebabkan banyak kerja-kerja kita tertangguh, terbengkalai dan ada juga yang mengalami kerugian dan sebagainya. Kini anda boleh menarik nafas lega dengan adanya Penawar Brontok VarX yang dihasilkan oleh anak tempatan. Ia mampu membuang, membersih serta memulihkan sistem komputer anda seperti normal. Cara penggunaannya pun amat mudah . Saya telah mencubanya dan amat berkesan free lagi tu. Anda boleh memuat turun program tesebut
Sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Syed Muhammad Syed Hussin dari Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana memprogramkan Penawar Brontok untuk kegunaan kita bersama.
Apakah Penawar Brontok VarX
Penawar Brontok VarX boleh juga dikenali sebagai "Penawar Brontok". Ia merupakan satu perisian khas Remover Tool atau Removal Tool untuk membersihkan segala variant virus brontok, Bro_Act, Bro-Act, MySexy, MyHeart yang dikenal pasti mahupun yang tidak dapat dikenal pasti oleh mana-mana antivirus atau anti brontox / anti-brontok yang lain.
Ia dapat membantu ada menyelesaikan masalah yang berjam-jam untuk membetulkan komputer yang dijangkiti virus brontok dengan masa yang minimum. Ia direka untuk sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan virus brontok kerana ia amat mudah digunakan TANPA perlu menyuruh orang lain membantu anda menyelesaikan masalah virus brontok ini dengan memformat pc anda.
Jadi, tidak timbul lagi perkara FORMAT di dalam isu virus brontok ini. Senang digunakan, cepat, dan berguna untuk semua lapisan masyarakat.
Kalau nak disable USB Drive anda senang jer.... caranya lebih kurang macam posting lepas Kunci USB Drive . Tujuannya juga lebih kurang sama lah, jika posting lalu kunci USB dari kebenaran menulis, disable USB Drive ni memang tak akan detect langsung mana2 pendrive/USB drive. Tujuannya bagi mengelakkan sebarang USB drive/media dari luar dari mengancam komputer kita kerana virus dari media tsb.
Caranya:
1) Klik Start -> Run
2) Taipkan regedit
3) Kembangkan ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\USBSTOR
4) Double Klik pada Value Start.
5) Tukarkan nilanya kepada 4 untuk disabledkan USB drive.
6) Tukarkan kembali kepada 3 untuk enablekan USB drive.
..........Dah habis.........