Saturday, May 1, 2010

Tulis jawi pada blog ( توليس جاوي ڤد بلوݢ )

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog ini. Pada posting kali ini saya akan memenuhi hajat/permintaan saudara blogger Abufawwaz Albakri. Beliau ingin mengetahui bagaiman cara membuat tulisan jawi pada blogspot.

Sebenarnya ada banyak kaedah yang boleh kita gunakan seperti gunakan perisian/software, banyak terdapat perisian yang dapat membuat tulisan jawi atau yang boleh menterjemah terus tulisan rumi kepada jawi. Selain daripada itu terdapat juga beberapa laman web yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

Untuk tutorial ini saya menggunakan perkhidmatan dari laman web http://www.ejawi.net .

1. Buka laman  http://www.ejawi.net .


i)   Tuliskan perkataan/text anda dalam kotak "Teks yang perlu ditransliterasi".
ii)  Kemudian klik pada butang "Tukar!" .

2. Pada kotak "Keputusan hasil transliterasi" akan dipaparkan tulisan jawi yang sudah diterjemah dari tulisan rumi tadi.


i)  Untuk memasukkan tulisan jawi yang sudah diterjemahkan itu ke dalam posting, anda hanya perlu select pada tulisan jawi tersebut dan copy kemudian pastekan pada posting anda.

3.  Anda juga boleh menulis terus tulisan jawi dengan menggunakan "papan kekunci maya" yang telah disediakan.


 i)   Klik Sahaja pada link/perkataan "Papar Papan Kekunci Maya" yang terletak dia atas butang "Tukar!".

4. Kemudian  akan muncul "papan kekunci maya" yang tertera tulisan jawi tersebut.


 i)   Anda boleh terus menulis mengikut kehendak dan gaya bahasa anda sendiri.
ii)   Papan kekunci ini sesuai digunakan jika hendak menulis Hadith atau sesuatu Surah dalam Al-Quran. Jika kita menulis dalam ejaan rumi kemudian diterjemah kepada jawi sudah pastilah akan berlaku kesilapan dari segi ejaannya. Jadi lebih afdal sekiranya ditulis terus dengan huruf jawi yang terdapat pada papan kekunci ini.
iii)   Untuk memasukkan kedalam posting anda kaedahnya sama seperti  langkah yang ke 2 di atas.

*Mudahkan... Semoga ianya membantu.

سموݢ توتوريال اين داڤت ممبنتو اندا

1 comment:

  1. terima kasih kepada tuan atas respon saya tempoh hari... saya dah cuba di blog saya

    شكرا

    ReplyDelete