Thursday, April 30, 2009

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi dan ketaatan.

Kepada pasangan - Cinta dan kesetiaan

Kepada manusia - Kebebasan





Letak ajer kat belakang tu!!!!



........KLIK UTK BESARKAN GAMBAR.........


Wednesday, April 29, 2009

Membuat Text Blink

Salam semua kawan2... Posting sebelum ni saya ada menerangkan cara membuat effect stabilo(highlight). Hari ni pula saya nk kongsi cmner nak buat Text Blink(berkelip2). Macam ni la dia berkelip tu. Tujuanya utk memberi penegasan kepada sesuatu perkataan atau ayat tertentu dalam posting anda.

Soalan: Adakah ini yg dimaksudkan oleh exSAB83

Caranya cukup mudah sekali senang nak ingat dan senang nak buat. Boleh cuba kalau xcaya... kalau x jadi salah kod la tu...hehehehe.....

Anda hanya perlu masukkan kod ni saja:

<blink>masukkan tulisan anda disini</blink>

Utk pengetahuan anda kod <blink> adalaha tag pembuka utk arahan blink dan kod </blink> adalah tag penutup bagi arahan blink. Ingat kalau ada pembuka mesti ada penutup. Jangan buat pasal plak dah buka x tutup balik...bahaya wooo...nanti masuk angin.....hahahahaha.... OK itu saja. jumpa lagi....


Anugerah Sayap Kehormat Blogger Network Malaysia



Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini aku dgn senang hati ingin menganugerahkan Sayap Kehormat Blogger Network Malaysia kepada semua Blogger Network Malysia terutama dari team Blogger Network@Perak. Terutama Wak Raden Banjar(ABO), MSK, Mountdweller, Ummi, Pak Karamu, Prisik Rakyat, Pak Syeikh Telok Intan, cyberboron dan lain2... maaf tak dapat aku nak sebut semuanya.

Sudilah kiranya menerima anugerah yang tak seberapa ini.

Sila copy link di bawah ini dan sematkan di dada Blog anda:

http://img141.imageshack.us/img141/3185/myaward.gif

aku amat kagum dengan semangat juang dari blogger-blogger ini. Mereka tidak tahu erti penat, letih dan jemu demi menyampaikan maklumat sebenar berkaitan senario politik tanahair walau di mana dan dalam apa jua situasi sekalipun. Sanggup berkorban masa, wang ringgit serta segalanya, biarpun siang atau malam menyengkang mata mengadap laptop membuat posting dan update terkini, bukan untuk diri sendiri tapi untuk tatapan semua warga tanahair tercinta. Aku cukup respek kat korang.

Sesungguhnya pengorbanan kalian semua tidak akan dilupakan dan akan terpahat dalam lipatan sejarah tanahair kita. Ketahuilah kalian semua bahawa ini lah pengorbanan yang suci dan murni, inilah pengorbanan yang luhur dan inilah pengorbanan yang sebanar. Kesucian dan kemurnian hati kalian semua pasti mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak. InsyaAllah.

Friday, April 24, 2009

Kod Iklan - 18SX

Kisah kali ini berkisar mengenai kod juga tapi bukan kod HTML macam posting yg lepas2... kali ini kita pakai kod iklan.... aku agak tuan Al-Banjari terer pasal kod ni...

Nak tau cerita seterusnya.... jom.... mula2 Login ke Blogger..Oooppsss... x payah login baca jer.....

Mak Minah dan pak Mat ada 4 org anak pompuan yg sgt disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Pada suatau hari kedua mereka berpakat utk kawinkan anak mereka ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke empat2 anak tu pun bercadang utk pergi honeymoon. Siti pegi ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sblm pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aje dah cukup (ringkas padat dan cepat)." Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.


Maka berangkatlah ke empat2 anak Mak Minah dan Pak Mat bersama suami masing2 ke lokasi honeymoon sepertimana yg telah dirancangkan. Seminggu lepas tu Mak Minah dan Pak Mat terima surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari2lah kedua merak iklan 'Standard Chartered' dan bila terjumpa tersenyum ke duanya membaca iklan yg bertulis "Besar, Teguh, Peramah." Bahagialah Siti rupanya.

esoknya terima pula surat dari Suri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan 'Nescafe' dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yg bertulis "Nikmat hingga ke titisan yang terakhir..." Bahagilah Si Seri rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat dari Murni bertulis 'KFC'. Yang ni Pak Mat dan Mak Minah tak payah cari meraka memang tahu benar sbb selalu beli KFC iklannya bertulis "Hingga menjilat jari..." Senyum lagi meraka. Berbahagialah Si Murni.

Seminggu berlalu tiada surat dari Suri. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. apa yang terjadi pada Suri? Tak apa merak cuba bersabar lepas dua minggu... masih belum sampai surat dari Suri. Taka apa tunggu lagi...sabor...sabor... kata Pak Mat pada Mak Minah. Masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA'. Bergegaslah Mak Minah dgn Pak Mat mencari iklan penerbangan tu sebab tak sabar nak tau apa jadi pada anak bongsunya.

Bila jumpa ajer iklan tu... terkulat2 kedua2nya tak terkata apa, tak tau nak senyum ka nak nangis.....

Motto iklan 'AIR ASIA'...........

"7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI... NON-STOP!!"


Registry Windows - Siri 4

31.Menghapus Daftar Program Dalam Menu Run.

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/RunMRU

Di jendela sebelah kanan, akan terlihat deretan software-software (ditandai secara alphabet a, b, c, d, dan seterusnya). Untuk menghapusnya, cukup dengan memilih salah satu (atau semua) nama program yang ada dan tekan butang Del. Jika muncul jendela confirmation untuk penghapusan data, tekan Yes.


32.Membersihkan Recent Documents.

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/Explorer

Buat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoRecentDocsHistory. Double Klik pada NoRecentDocsHistory dan masukkan angka 1 pada bahagian Value Data.


33.Menghilangkan Info Tip Pada Ikon Folders Di Desktop.

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/Advanced

Double Klik pada FolderContentsInfoTip gantikan dengan angka 0.


34.Mengunci Taskbar.

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Explorer/Advanced

Double Klik pada TaskBarSizeMove dan masukkan angka 0 pada Value Data.


35.Menghapus Past Items Icons Pada Taskbar.

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\TrayNotify

Hapus IconStreams dan PastIconsStream, kemudian buka Task Manager, pada Tab
Processes klik kanan pada explorer.exe dan pilih End Process. Klik menu File > New Task (Run) dan ketikkan kembali explorer dan tekan OK.


36.Menyembunyikan System Tray.

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer

Jika key Explorer belum ada buatlah sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoTrayItemsDisplay. Double Klik NoTrayItemsDisplay dan masukkan angka 1 pada Value Data. Untuk mengembalikan System Tray masukkan angka 0 pada Value Data.


37.Unactive-kan(disable) Klik-kanan Pada Desktop.

HKEY_CURRENT_USER/Software/Microsoft/Windows/CurrentVersion/Policies/Explorer

Buat sebuah DWORD Value baru dan beri nama NoViewContextMenu. Double Klik pada NoViewContextMenu dan masukkan angka 1 pada Value Data.


38.Mengubah Waktu Delay Ketika Membuka Menu.

HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop

Double Klik pada MenuShowDelay dan ubah angka milliseconds yang asal 400 menjadi
angka lain. Semakin kecil semakin cepat.


39.Mengatur Ukuran Ikon Di Desktop Dan Start Menu.

HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Desktop/WindowMetrics

Double Klik pada Shell Icon Size dan ubah angka 32 menjadi angka lainnya, misalnya 10.


40.Mengganti Warna Windows.

HKEY_CURRENT_USER/Control Panel/Colors

Double Klik Window dan masukkan kombinasi warna RGB (gunakan Adobe PhotoShop
untuk memperolehi kombinasi warna yang sesuai).



Wednesday, April 22, 2009

FAMILY

**Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

***********FAMILY*************

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = FATHER AND MOTHER I L OVE YOU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "


Tuesday, April 21, 2009

Istilah warna

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena : "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena : "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon... bodoh!



**hahahaha.... kertas karbon la bodooooo.... bodo punya lombu.....



Tuesday, April 7, 2009

Roaming Window

Baru sebentar tadi saya postkan cara buat window shake, ini pula saya tunjukkan cara buat roaming window. Looohh macam mana pulak? macam ni la Nak cuba?

Login ke Blogger

Pilih Layout --> Add Gadget --> HTML/Javascript

Masukkan kod berikut dalam kotak content dan save:

<script language="JavaScript1.2" src="http://www.geocities.com/yono_pati/roamingwindow.js">
</script>

Itu saja ler... selamat malam.... ako dh ngantuk.

Windows Shake

Mai kita cuba buat gempaq sikit dengan window shake (goyang gerudi) contohnya KLIK SINI... kasi gegar sikit beb setelah berhempas pulas di 2 bukit 1 batang. Tahniah dari muraisenja kpd yg Menang.

Mula2 login di blogger.

Lepas tu cari kod ini <head>

Kemudian copy & paste kod ini di bawahnya....

<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
function Shw(n) {if (self.moveBy) {for (i = 35; i > 0; i--) {for (j = n; j > 0; j--) {self.moveBy(1,i);self.moveBy(i,0);self.moveBy(0,-i);self.moveBy(-i,0); } } }} Shw(14)
//]]>
</script>

Lepastu jangan lupa save. O.K....

goyang lagi...geger lagi...yooohooooo....

Membuat Effect Stabilo (Highlight)

Kali ini kita tengok pula cara membuat effect stabilo (highlight) pada sesuatu perkataan atau ayat dalam postingan kita. Oleh kerana di blogspot tidak menyediakan kemudahan short key (cara cepat) seperti effect bold dan italic jadi kita kena la buat secara manual.

Caranya mudah sajer. Anda hanya perlu tulis kod ini -
<span style="background-color: #FFFF00">masukkan tulisan anda di sini </span>

Anda boleh menukar kod warna mengikut kesukaan dan kesesuaian anda.

OK macam mana. senang tak?

Tambah sikit lagi kalau nak buat cross anda hanya masukkan kod ini - <s>masukkan tulisan di sini</s>

Abishhhh.... bye....


Thursday, April 2, 2009

Tukar Background

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Pada posting yang ke berapa ni pun tak tahu lah... tapi yg pentingnya saya akan berkongsi dgn teman blogger semua bagaimana nak tukarkan background (latar belakang)pada blog anda. mungkin ramai antara blogger yang telah lama berkecimpung di dunia blogger ini yang dah tahu tips dan cara menukar background ini.

Namun bagi blogger yg baru masuk ke dunia blog boleh lah jadikan posting kali ini sebagai rujukan dan panduan. Blog ini bolehlah diibaratkan seperti sbg rumah kita di alam maya ini. Setiap pemilik rumah pasti inginkan sebuah rumah yg cantik dan indah dengan di hiasi dgn beberapa perhiasan yg menarik, agar rumah mereka kelihatan ceria dan anggun. Betul tak?...

Bagi menghiasi rumah anda itu tak perlulah anda menukar templatenya. Cukup hanya dengan sedikit sentuhan yg kreatif dari pemilik rumah tersebut akan mendapati rumahnya cukup menarik dan setiap tetamu yang bertandang pasti tertawan.


Apa yg diperlukan untuk kerja2 pengubahsuaian blog(rumah)?.....

1. Pengetahuan.

2. Kreativiti.

3. masa.

4. Minat.

5. Kesabaran.

Jika sudah ada semua dia atas mari kita mulakan:


Mengubahsuai dan menyimpan imej pada hosting.

1. Dapatkan satu gambar/imej yg menarik untuk dijadikan sbg background pada blog anda. Seeloknya saiz imej mesti berukuran 1024 X 768.

2. Jika perlu ubahsuai sikit imej agar lebih menarik.
- Menambah objek lain pada imej.
- manambah perkataan(Text).
- Mancantum 2 atau lebih imej.
- Teknik pencahayaan.
- Pengubahsuaian warna(RGB)
- Dsb.

3. Tutorial mengubahsuai imej boleh rujuk DISINI atau mana2 tuturial yg berkaitan.

4. Setelah selesai proses ubahsuai imej anda, hostkan imej tsb di mana2 hosting, byk hosting yg percuma.

5. Contohnya hosting percuma sptImageShack , Photobucket , Servimg dan byk lgler...

6. Jika belum mendaftar sila daftar(percuma). Setelah mendaftar uploadkan imej anda tadi ke hosting pilihan anda.

7. Setelah selesai proses upload anda akan di beri satu beberapa link berkaitan imej yg baru diuploadkan. Plih Direct URL, copy url tersebut dan simpan.


Memasukkan imej sebagai background ke dalam blog.

1. Loggin ke blogger

2. Pilih Layout > Edit HTML.

3. Cari kod body{ . Dah jumpa cu lihat kod di bawahnya lebih kurang ada kaitan dengan background.

4. Cuba gantikan kod tsb dgn kod seperti di bawah:

margin:0px auto 0px; padding:0px; font-family:Tahoma; font-size:13px;

color:#000000;

background:#000000;

background-image: url(http://xxxxxx.xx/xx.jpg)

background-attachment: fixed;

background-position: center;

background-repeat: no-repeat;

margin:0;}

a{color:$linkcolor}

img{border:0}


5. Gantikan text yg berkelip dengan Direct URL(dimana tersimpan imej) yg anda simpan tadi.

- Jika imej kecil atau ingin ulang imej gantikan kod background-repeat: no-repeat kepada background-repeat: repeat

- Jika ingin imej bergerak semasa scroll up dan scroll down buang kod ini background-attachment: fixed

OK selamat mencuba.

Wednesday, April 1, 2009

Membuat Vertical Menu

Salam semua.... sbg menunaikan janji saya pada pengunjung yg bergelar Pas Sabah di sini saya telah memuatkan satu tutorial berkaitan dengan cara membuat Vertical Menu.

Ikuti langkah ini:

1. Login ke Blogger.

2. klik Layout kemudian Edit HTML.

3. Copy kod CSS dibawah dan pastekan di bawah kod <b:skin><![CDATA[ kemudian terus save.

4. Seterusnya tambahkan HTML/Java Script- Klik Page Elements > Add a Gadget > HTML/Java Script. Copy code HTML dibawah dan paste ke dalam kotak content kemudian klik save.



Imej Vertical Menu

















KOD CSS


/* =-=-=-=-=-=-=-[verticalmenu]-=-=-=-=-=-=-=- */

ul {
list-style: none;
margin: 0;
padding: 0;
}
#verticalmenu {
width: 223px;
margin: 10px;
font-family: Verdana, Arial, Helvetica, sans-serif;
margin: 0;
font-size: 80%;
font-weight: bold;
}

#verticalmenu li a {
height: 32px;
voice-family: "\"}\"";
voice-family: inherit;
height: 24px;
text-decoration: none;
}

#verticalmenu li a:link, #verticalmenu li a:visited {
color: #FFFFFF;
display: block;
background: url(http://img58.imageshack.us/img58/929/menu88.gif);
padding: 8px 0 0 10px;
}

#verticalmenu li a:hover, #verticalmenu li a:active {
color: #6C7250;
background: url(http://img58.imageshack.us/img58/929/menu88.gif) 0 -32px;
padding: 8px 0 0 10px;
}

/* =-=-=-=-=-=-=-[End vertical]-=-=-=-=-=-=-=- */



KOD HTML


<div id="verticalmenu">

<ul>

<li><a href="#" title="Home">Home</a></li>

<li><a href="#" title="About">About</a></li>

<li><a href="#" title="Services">Services</a></li>

<li><a href="#" title="Portfolio">Portfolio</a></li>

<li><a href="#" title="Store">Store</a></li>

<li><a href="#" title="Download">Download</a></li>

</ul>

</div>



CARA MENUKARKAN WARNA

Sebenarnya banyak style lagi yg boleh di buat, tapi untuk tutorial ini Hannya Style seperti diatas shaja yg saya tunjukkan(nk style lain nanti bila ada masa lapang akan di muat kan... tp ini bukan janji tau..hehehe).

-Bagi menukarkan warnanya anda pergi ke web ini dan savekan imej Vertical Menu di komputer anda.

-Selepas itu gunakan kreativiti anda sendiri utk menukarkan warnanya...tapi awas jgn sampai saiznya berubah(mungkin akan mencacatkan vertical Menu anda).

-Cara paling senang nak tukarkan warnanya anda bolehlah rujuk pada tutorial Tukar Warna Objek yg terdapat dalam blog kedua saya Photoshop Tutorial yang telah saya sediakan.

- Kemudian simpan di mana2 hosting, contohnya di imageshack, photobucket dan sebagainya.

- copy Direct Link nya dan tukarkan/gantikan dgn link yg baru.

- gantikan pada kod seperti ini (pada bahagian/text yg berkelip)- background: url(http://img58.imageshack.us/img58/929/menu88.gif)

Sekian selamt mencuba