Monday, September 14, 2009

Sumber dari pahangdaily.blogspot.com/

Isu Kontroversi: Adengan Berahi Tarian Bikini Di Bulan Ramadan, Mana Perginya Menteri Agama Dan Para Ulamak UMNO Kerajaan Islam Hadhari



Sungguh mengejutkan pabila membaca artikel panas di muka hadapan akhbar arus perdana Metro Ahad yang bertajuk "Umpan, Goyang Bikini" semalam. Ia berkaitan dengan kisah pesta bikini yang dikatakan berlaku di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Biarpun amat terkejut dengan pendedahan ini, namun kami tidak hairan melihat senario yang berlaku. Ini kerana kami amat yakin, inilah yang dimahukan sangat oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Islam Hadhari yang mereka canangkan sebelum ini ternyata gagal menyekat hatta membendung masalah gejala sosial yang kian parah sekarang ini. Amatlah memalukan, kerana adengan seperti ini disajikan kepada kita di saat sepuluh hari menjelang berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Soalnya sekarang, siapakah yang harus dipersalahkan?. Anak muda terbabit atau kerajaan yang meluluskan lesen premis berkenaan. Selama ini memang telah banyak kes seperti ini berlaku, namun ia seolah-olah tidak memberi keinsafan langsung kepada pihak terbabit. Malahan terdapat juga maklumat bahawa, agensi yang dipertanggungjawab untuk membendung gejala seperti ini juga akhirnya termakan dengan duit "under table" bagi menutup mulut. Mereka terkadang merampas harta benda premis berkenaan, namun akhirnya selang beberapa hari ia dipulangkan semula. Inilah yang sering berlaku didepan mata kita. Lantaran itulah kita tidak hairan wujudnya begitu banyak pusat hiburan haram yang menyajikan arak, seks dan berbagai lagi unsur negatif yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah negara yang diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Soalnya sekarang, mana perginya Menteri Agama dan juga para ulamak UMNO yang kononnya menjaga agama di negara Islam Hadhari ini?. Apakah mereka masih berdiam diri tanpa melakukan sesuatu tindakan drastik atas kejadian ini?

Senario yang berlaku ini memang tidak asing bagi warga kota. Istilah "clubbing" adalah menjadi mainan di mulut anak-anak muda seperti ini. Disamping berparti liar, mereka juga bebas bercampur lelaki perempuan dan meneguk air minuman keras. Inilah yang dilaporkan oleh wartawan Metro yang meninjau keadaan ini. Sesungguhnya, amat malang bagi mereka yang sudah menerima perkabaran untuk kebaikan, tiba-tiba melakukan keburukan pula. Ini menunjukkan mereka sedikit pun tidak merasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Malah, kes yang berlaku kepada pragawati sambilan Kartika Seri Dewi langsung tidak menakutkan mereka. Malah mereka pula yang lebih berselera meneguk minuman keras yang disajikan. Kes seperti ini bukan berlaku di ibu kota sahaja, sebaliknya berlaku dimana-mana sahaja. Kenapa kerajaan kita tidak meniru apa yang berlaku di Palembang Indonesia terutamanya di kawasan Acheh?. Kerajaan terbabit mengarahkan semua pusat-pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadan. Ia bagi menghormati kesucian bulan tersebut. Kenapa ini tidak berlaku di negara kita? Apakah terlalu sukar untuk yang berkuasa memberi arahan supaya aktiviti seperti ini dihentikan?. Sepatutnya pusat-pusat hiburan yang menyajikan seks dan arak seperti ini dibenteras sehabis-habisnya. Kerana majoriti pengunjung yang hadir adlaah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam itu sendiri sebenarnya.

[Satu langkah drastik perlulah diambil demi menjaga kesucian dan keharmonian agama Islam itu sendiri. Langkah membiarkan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan, jelas sekali melanggar undang-undang itu sendiri. Pusat hiburan yang jelas membawa ke arah kemaksiatan tidak wajar diberikan lesen. Ia jelas telah merosakkan akhlak dan akidah umat Isdlam terutamanya anak-anak orang UMNO sendiri. Apakah ini yanh mereka mahukan. Generasi yang rosak akhlak?. Supaya bila mereka boleh mengundi nanti mereka sudah pasti akan menolak kebenaran dan menggangkat orang yang tidak layak sebagai pemimpin].







No comments:

Post a Comment