Monday, August 31, 2009

How To Fix Svhost

How Can I Fix Svchost?

NEW: Monday 31 August 2009

"This is a very common question believe it or not!"

Svchost errors are usually caused when your computers registry system contains errors or when certain system files are missing or broken; Svchost problems are a sign of a very unhealthy computer registry...

Most errors are caused by poor maintenance of your PC. But no-fear, repairing your Svchost problem can be just as simple as following these 4 easy steps below:

1. Download the Svchost Repair Tool
"This is a free download - You'll see a new window pop-up for confirmation."
2. Click "Save File" and follow the simple installation instructions.
3. Scan your computer with the RegCure application.

4. Click the "Fix Errors" button to repair Svchost.



Why Do Errors Happen?


There's actually a number of reasons why these annoying little errors happen, but the most common, is caused when new programs are installed over all old ones and the old ones are not completely uninstalled 100%, causing registry pile ups and of course, getting error messages. Another reason, is damage that's been done by malware/spyware/adware programs, attaching themselves to your PC and wrecking havoc, deleting crucial files from your PC.

99% of the time, a program called Regcure, designed just for this specific reason, so you don't have to pay some geek like us $90hr to fix your PC, can be used to repair all of your computer's missing or broken DLL files. Regcure looks over your computer's registry system and repairs the following: Internet Explorer errors, ActiveX errors, Javascript and scripting errors, C++ errors, EXE/ DLL/ OCX/ INF/ VXD errors and more. Not to mention, fine tune your PC for maximum performance...
"that's why we recommend it!"

Thursday, August 27, 2009

Pasar Ramadhan: Cucuq Udang VS Cucuq Badak

Setelah hampir seminggu berpuasa baru petang tadi aku berkunjung ke Pasar Ramadhan berdekatan rumah aku. Hari ini aku balik kerja lewat sikit bik mama akupun balik lewat juga rupanya. Jadi tak sempat nak masa, jalan terbaik beli sajalah kat Pasar Ramadhan bukan jauh pun dengan rumah aku.

Bila sampai kat Pasar Ramadhan aku tengok punyalah ramai orang nak jalan pun susah, jalan pun jem kereta motor banyaknye. Ditepi bahu jalan bersusun kereta parking, nasib baik aku datang naik motor kalau aku bawa kereta juga alamatnya mau berpeluh nak menapak tu.

Belek punya belek kuih muih dari satu gerai ke satu gerai ternampak ada satu gerai jual cucur udang. Macam best jer aku tengok apa taknye cucur udang panas baru naik dari kuali. Apa lagi aku minta la 2 henggit. Nak beli banyak2 takut tak habis membazir pulak. Kalau ikutkan nafsu mau hentak 5-6 henggit. Kakak jual cucur udang tupun bungkuslah cucur udang yang aku minta tadi. Tapi aku tengok cucur udang dia ni macam tak kena jer. Selepas dihulurkan bungkusan cucur udang tu kat aku, aku pun buka lah tengok rupa-rupanya nama jer cucur udang tapi udangnya tak ada pun cuma tepung dengan daun kucai jer. Ini macam meniaga pun ada juga ka?

Jadi aku tak puas hatilah, aku tanya kakak tu, "kak ni cucur udang ke?" kaka tu pun jawab "Ye la cucur udang le tu, kenapa ada tak kena ke?" Aku cakap kat dia "Kalau cucur udang mana udangnye? tak nampak udang pun". Kakak tu pun terdiam sekejap mata terkebil-kebil tengok muka aku. "alah biasa la tu dik, nak beli udang kat pasar udang mahal jadi kakak tak bubuh lah udangnya" Selamba jer, pastu dia kata "cuba adik tengok mak cik gerai sebelah tu, dia jual cucur badak kakak tengok tak de pun badak dia bubuh sekali". Adussss.... boleh loyar buruk pulak dia. Aku kenagkan bulan puasa jer, kalau tak gerenti kakak tu aku rendam dalam kuah cucur udang dia tu. Sabar...sabar...sabar... malas nak layan kakak tu aku pun cunggit balik la.

Membuat Gambar Diatas Skrin (Gambar Melayang)

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa.... Alhamdulillah Ramdhan kali ini rezekiku mencurah-curah, syukur pada Allah.

O.K.lah jom kita lihat tips kali ini. Tajuknya aku rasa pelik sikit dan mungkin anda semua pun tak berapa nak paham...huhuhu... Tak tahu nak bagi nama tajuk apa.
Tapi apa-apapun camni lah..... kali ni aku nak tunjuk cara nak buat gambar macam melayang atas skrin...ala macam widget yang ada kat adi widget tu. contohnya lihat dibbawah disebelah kanan blog ini. Nampak tak... haaa macam tu la. bila kita scroll gambarnya tetap di situ juga maca gambar tu kat atas skrin, kan macam melayang tu. Kalau anda ada nama tajuk yg lebih sesuai bolehlah kemukakan. nanti aku lanje aiskrim.

Aku tau apa yg korang pikirkan tu... "Kalau ambik jer widget dari adiwidget kan senang" betul tak? Memang lah betul ambik jer dari adiwidget tapi gambarnya korang tak boleh la nak design ikut citarasa sendiri. Melainkan korang tu member baik atau sedara adi tu.

Ha!! ni aku bagi satu trik untuk buat widget yg sama boleh ikut citarasa korang sendiri. Nak letak gambar apa pun boleh, macam gambar korang sendiri ke, kereta kesayangan korang, gambar bik mama korang ker, gambar skandel korangker atau apa-apa jer lah.

Tanpa melengahkan masa mari kita cuba trik ini:

1. Login ke blogger dan klik Layout -->> Edit HTML

2. Cari kod ini ]]></b:skin> copy kod CSS di bawah dan pastekan kod CSS tadi di atasnya.

#gambar_atas {
position:fixed;
_position:absolute;bottom:0px; right:0px;
clip:inherit;
_top:expression(document.documentElement.scrollTop+
document.documentElement.clientHeight-this.clientHeight); _left:expression(document.documentElement.scrollLeft+ document.documentElement.clientWidth - offsetWidth); }


3. Text/tulisan yang berkedip adalah posisinya, jika ingin ganti posisinya disebelah kiri text/tulisan "right" diganti dengan "left". Begitu juga text/tulisan "bottom", diganti dengan "top" jika ingin meletakkan posisinya di atas.

4. Langkah seterusnya cari kod</body> dan lakukan seperti tadi, copy dan pastekan kod HTML di bawah di atasnya/sebelumnya

<div id="gambar_atas">
<a href="http://muraisenja.blogspot.com">
<img src="http://img387.imageshack.us/img387/953/jihad2009.png" border="0" /></a>
</div>


5. Gantikan link "http://muraisenja.blogspot.com" dengan link anda sendiri dan gantikan juga lokasi gambar "http://img387.imageshack.us/img387/953/jihad2009.png" dengan lokasi gambar anda (kalau nak guna lokasi gambar saya ni pun boleh gak).

6. Jika ingin objek lain selain gambar seperti jam, kalendar, hit counter atau widget-widget yg lain, cuma ganti text link dan lokasi dengan script widget-widget tersebut ajer.

7. Akhir sekali simpan dan lihat hasilnya.

Terkejut Beruk Aku.....

Nik Aziz Meninggal

KUANTAN - Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub dekat Lurah Bilut semalam.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada pukul 2.20 pagi.

Dua mangsa yang cedera ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz iaitu Nik Nab Nik Mat, 45, dan anak Nik Nab, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman berkata, semasa kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

LovePerak : urgh..nak sakit jantung aku baca tajuk tu tadi... nasiblah nik aziz lain...mohon tg nik aziz dipanjangkan umur untuk terus berjuang....
-------------------------------------------------------------------------------------------


Terkejut Beruk baca tajuk posting dr sahabat kita ni......
Semoga TGNA sentiasa sihat Walafiat hendaknya dan dipanjangkan umur InsyaAllah

Wednesday, August 26, 2009

Tonggeng Terbalik

Salah 1 Punca Kekalahan UMNO...








Posted by
Topeng Perak® Unmasked

Kalau pegang bendera PAS kan bagus... pusing ajer arah mana sekalipun tetap sama tetap bergaya... simple, cool, penuh makna dan pengertian, tak berserabut.... sekian dimaklumkan..hahahaha.....

Monday, August 24, 2009

Pemecah Mitos

Artikel ini aku ambil dari Blog brader Tukar Tiub (Bro Isham)..... TQ Bro....

Isnin, 2009 Ogos 24
MITOS DAN PENIPUAN

TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:
Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.

BugMeNot - Layari Website dgn Username & Password Percuma



Perkhidmatan dari BugMeNot menyediakan username dan password percuma bagi hampir 14,000 buah laman web. Anda hanya perlu memasukkan nama laman web yang ingin anda layari dan BugMeNot akan memberi user name dan password yang boleh digunakan.

Bagi mereka yang malas nak mendaftar dan rasa leceh utk daftar atau tidak mahu mendaftar kerana takut email anda akan terdedah dgn spam, anda bolehlah menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh BugMeNot ini. Cubalah...

Perisian Mudah Alih - PortableApps.com

PortableApps.com merupakan perisian mudah alih yang boleh dimuatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows. Ia menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Kelebihan perisian mudah alih ini ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer tak perlu lagi nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Sangat memudahkan dan banyak kelebihannya terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain spt dekat Cyber Cafe misalnya.

Selain itu anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian, contohnya seperti menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:



* Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.

* Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.

* Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Sunday, August 23, 2009

Nak Lajukan Firefox 2

Assalamuakaikum dan selamat berpuasa semua pelayarblog muraisenja.

Dulu pernah saya tunjukkan bagaimana nak lajukan Browser Firefox di sini.

Tutorial yang lepas saya tunjukkan setting cara manual. Pada hari ini saya akan tunjukkan cara meningkatkan kelajuan Browser Firefox anda kepada dua kali ganda dari biasa.

Anda hanya perlu muat turun pluginnya di sini. Kemudian Install plugin tadi dan restart browser anda utk mengaktifkannya.

Selepas itu pergi ke Menu Klik Tools --> Tweak Network Setting dan setkan sepeti dalam rajah di bawah setelah selesai klik OK.

Saturday, August 22, 2009

Ucapan TGNA: Dengar sendiri..... Baru tau UBN tu putar belit







Inikah Ucapan sebenar Tuan Guru?


"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa UMNO ini (adalah) Islam kacukan, Islam plastik, macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu, Islam palsu (iaitu) Islam palsu yang dibawa oleh UMNO. Islam (jenis) ini memang tidak boleh dibawa ke akhirat, tidak boleh dibawa ke Syurga hanya boleh dibawa sehingga ke pintu kubur. Bertengkar atas muka (bumi) tak habis-habis. Dengan Melayu sendiri (pun) dia bertengkar."



Jika petikan di atas ni adalah ucapan sebenar yang keluar dari mulut Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat maka laknatullah lah pihak yg memutarbelitkan isu ini. 

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Kian jauh tirai Syaaban

Kian dekat lambaian Ramadhan

Luhur iman ikhlas amalan

Luhur ibadat diberkati Tuhan

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak....dari muraisenja untuk semua muslimin dan muslimat di seluruh nusantara