Wednesday, March 2, 2011

Camera Tossing

Assalamualaikum... 


 
Bermain-main dengan kamera sungguh mengasyikkan. Membidik suatu objek, fokus, dan klik, hanya semudah itu. Cara klasik ini memang telah banyak digunakan oleh keseluruhan jurufoto, samada yang bergelar profesional mahupun yang “super” tidak ketinggalan juga yang amatur sekalipun.

Rupanya Ryan Gallagher, seorang jurufoto amatur dari Texas sudah mulai bosan dengan teknik lama tersebut. lalu dia telah membuat eksperimen dengan caranya sendiri. Bagaimana? Iaitu dengan MEMOTRET SAMBIL MELEMPARKAN KAMERANYA KE UDARA!!!!! ya... ke udara!!!

Apa yang dia dapat? sebuah fenomena teknik fotografi terbaru, yang disebut, Camera Tossing!
Apa itu Camera Tossing? Apa hasilnya? Bagaimana cara melakukannya?
Kita bahas perkembangan teknik penggunaan kamera digital yang paling asyik itu di sini!

Apa itu Camera Tossing ?

Camera Tossing adalah teknik fotografi kinetik, menggabungkan jumlah exposure yang disediakan oleh format kamera digital dengan prinsip Lomography, shoot-firts-ask-question-later, dengan cara melemparkan kamera ke udara dan membiarkan kamera tersebut mengambil gambar ketika berputar di udara. Menurut beliau, eksperimen-eksperimen yang dapat dilakukan tidak ada batasannya. Bergantung pada kreativiti si pemotret, mau dilempar sambil bediri, duduk, baring, kuda-kuda pencak silat atau apa saja teknik sekalipun terserah… yang penting jangan lupa tangkap balik kamera tu!!!…

Who’s the first doin’ it professionally?

Pada suatu malam, 20 Ogos 2005, seorang Theater Production dari Texas, Ryan Gallagher, saja ingin mencuba sesuatu kreativiti baru dengan kamera miliknya untuk memotret lampu-lampu jalanan kerana bosan dengan teknik yang sama saja. Akhirnya dia cuba dengan memotret sambil melemparkan kameranya di udara. Hasilnya? sebuah teknik fotografi yang sungguh luar biasa…

Caranya setting exposure kamera digital anda pada dedahan yang lebih lama. (senang cerita setting pada mod night...tak tau tengok manual book). Seterusnya tekan tombol shutter dan lempar kamera itu ke udara, kemudian tangkap balik kemera tuuuu…JANGAN TAK TANGKAP WEEHH! Sebelum tu praktis dulu kat rumah dalam bilik tidur, yang ada bantal, tilam dan sebagainya.  Kalau sudah mahir tangkap balik kamera tu baru pergi ke luar..cari objek lampu-lampu yang menarik, lebih bagus kalau objek itu berupa rope-lights. 

Beberapa tosser (sebutan buat para pengguna teknik ini) memakai tali yang diikat pada kameranya atau tali yo-yo untuk memudahkan mereka menangkap kameranya kembali. Jarak lemparan/balingan sampai ketinggian 3 kaki (Lebih kurang 90 cm) merupakan permulaan yang baik bagi tosser yang baru nak cuba teknik ini. Ada juga para tosser yang mahir melempar sampai ketinggian 20 kaki. 

Kalau ingin mencuba mulakan dengan kamera kompak digital. Kalau kamera DSLR yang mahal-mahal tu fikir dulu dua tiga kali...... kalau anda yakin teruskan, terbarai DSLR tu aku tak nak tanggung jawab..... wakakakaka!!!!!!!!

Apa kelebihan Camera Tossing?

Kelebihannya banyak. Anda mampu melatih kreativiti anda agar tidak terbatas! Bahkan karya-karya para tosser level tinggi kini dengan megahnya berada di pameran di Berlin dan Hamburg. Apa tunggu lagi jom mulai dari sekarang setting kamera digital anda dan lempar tinggi-tinggi ke udara!

Sumber: http://www.eocommunity.com

Wednesday, February 23, 2011

Eira & Esyam


Sessi Outdoor Perkahwinan Eira & Esyam- Klang, Selangor

Tuesday, February 22, 2011

Renungan Hadis

Assalamualaikum...

Dari Abu "Abd al-Rahman Abdullah bin Mas'ud radhiALLAHu'anh, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah S.A.W dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi ALLAH yg tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu keatasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan dengan 'amal ahli neraka, maka masuklah ia kedalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia kedalamnya. 
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.  


 Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Wallahua'lam

Monday, January 31, 2011

Tips Komputer: StickeyKeys

Assalamualaikum...

Jika korang tekan button 'Shift' 5 kali berturut-turut pada keyboard korang, StickyKeys menu akan keluar/dipaparkan. Apa StickyKeys tu? Apa pula gunanya StickyKeys tu......... cubalah korang tekan tengok!

Monday, January 24, 2011

Awas Penyangak & Pencuri di mana-mana...

http://www.malaysiasensasi.net/2011/01/cara-mencuri-nombor-kad-atm-orang-lain.htmlAssalamualaikum...

Cara Mencuri Nombor Kad ATM Orang Lain

Sumber asal dari malaysiasensasi

Inilah cara-caranya bagi seorang Malaon untuk mencuri nombor kad ATM anda. Perhatikan kronologi gambar-gambar di bawah dan lihat bagaimana mereka melakukannya - malaysiasensasi.net

Penjahat memasang alat pada mesin ATM
Sungguh teliti kerja dia ni
Sorang lagi cover line kat luar
Ini pula mangsa pertama mereka..
Setelah selesai melakukan transaksi, anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan dari mesin itu. "Tertelan".

Penjahat ni datang kononnya nak beri bantuan

Penjenyah yang kononya 'baik hati' ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nombor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol "Cancel""Enter". Dia ingin tahu berapa nombor PIN si mangsa ini. Pada gambar ini boleh kita lihat ada tombol yang ditekan oleh si mangsa. 
Setelah berusaha berkali-kali si 'Penolong' akan meyakinkan mangsa yang kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.

Setelah situasi aman dan tidak disyaki, penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kadATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia  telah mendapatkan nombor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada mangsa .
Dari jam yang tertera di CCTV boleh  dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berjaya membawa keluar duit $4,000 .

Bagaimanakah caranya perangkap itu dipasang?








Thursday, January 20, 2011

Mencegah Kezaliman/ Keganasan

Assalamualaikum...

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

 
Riwayat at-Tabrani
Huraian:

i) Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Pemerasan, pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim. 

ii) Perbuatan zalim lazimnya dilakukan oleh orang yang mempunyai kelebihan dan kekuatan berbanding dengan orang yang dizalimi. Ini kerana, fenomena kezaliman tidak akan berlaku sekiranya orang yang hendak dizalimi mempunyai kelebihan atau kekuatan yang sama. Kelebihan atau kekuatan ini boleh diukur dari pelbagai aspek, seperti kekuatan fizikal, kekayaan, kebijaksanaan, kuasa ataupun pengaruh. 

iii) Realiti masyarakat hari ini mengamalkan gaya hidup individualistik sehingga sanggup membiarkan penganiayaan dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Sikap ‘tidak mengambil endah’ ini tidak wajar berlaku kerana selaku anggota sesebuah masyarakat setiap individu mestilah bersikap saling mengambil berat, sayang-menyayangi dan belas-kasihan di antara satu sama lain. 

iv) Doa orang yang dizalimi terhadap orang yang menzaliminya sangat mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan zalim sebenarnya merupakan perbuatan yang sangat merugikan kepada si pelakunya. Allah S.W.T boleh memberi hukuman ke atas si pelaku tersebut ketika di dunia lagi seperti nasib yang menimpa Firaun. Malah di akhirat kelak orang-orang yang berlaku zalim akan menerima nasib yang sangat malang kerana kebaikan yang dimilikinya akan berpindah kepada orang-orang dizaliminya. Sekiranya dia tidak mempunyai kebaikan, maka keburukan orang-orang yang teraniaya akan terlempar kepadanya dan akan ditanggung olehnya.  

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, January 18, 2011

Asas Fotografi : Pengenalan

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak update bolg ni... terlalu byk sgt kerja yg disibukkan wakakakaka...
kali ini aku nak kongsi sedikit ilmu tentang fotografi......

1. DIGITAL FOTOGRAFI
Satu pendekatan menghasilkan Gambar secara Mudah, Murah & Menarik

Difinasi Fotografi Digital
Satu pendekatan merakamkan gambar menggunakan sejenis kameran yang dapat menukarkan gambar kepada isyarat digital iaitu 0 dan 1.

Isyarat ini selari dengan isyarat dalam komputer. Oleh yang demikian gambar boleh dimanipulasi / disunting dan dicetak menggunakan komputer


2. FAEDAH DIGITAL


*  Tidak menggunakan filem.
*  Menggunakan kad memori yang boleh digunakan berulang kali.
*  Gambar boleh di proses sendiri.
*  Gambar boleh dilihat dengan segera.
*  Gambar boleh dikongsi dengan kualiti asal.
*  Gambar boleh disimpan dalam komputer.
*  Gambar boleh disunting melalui komputer.
*  Gambar boleh dihantar melalui E-mail dengan mudah.
*  Menjimatkan wang.
*  Menjimatkan masa.
*  Gambar boleh digunakan untuk (dalam) perisian lain dengan mudah.
*  Kamera yang lebih kecil.
*  Kamera yang lebih murah.
*  Kemudahan teknikal yang lebih menarik.


Perbezaan Kualiti filem dan digital

Filem  

a) Ruang gambar besar
b) Max. 12 Mega Pixel.
c) Harga cetak murah.
d) Bahan filem mengalami perubahan.
e) Sukar meningkatkan mutu warna.


Digital

a) Ruang gambar kecil.
b) Max. 12 Mega Pixel.
c) Harga cetak mahal.
d) Gambar tidak berubah.
e) Mengubah mutu gambar dgn mudah.


Mengenal peralatan kamera Digital

Jenis-Jenis kamera

~  Kompek
~  Kompek + LCD panel
~  Digital Video + digital still
~  Digital Pro SLR


3. FAKTOR PEMILIHAN KAMERA

a) TUJUAN DAN MATLAMAT
b) HARGA
c) KANTA
d) ZOOM
e) FORMAT


Bagaimana menggunakan Kamera Digital

* Baca dan lihat buku manual sebelum menggunakan kamera
* Ikut arahan dan panduan yang diberikan
* Simpan manual untuk rujukan akan datang

 
White Balance

#  Auto
#  Tungsten
#  Flourescent
#  Daylight
#  Fine
#  Cloudy


Set kamera kepada Suhu warna/White balance yang betul

> Kenalpasti subjek anda diterangi dengan punca cahaya dari mana?
> Letakkan setting pada panduan yang telah diberikan dalam kamera
> Setiap kali anda berada dalam punca cahaya yang berbeza, anda perlu tukar setting White Balance.
> Meletakkan setting yang salah akan menghasilkan kesan gambar yang tidak menentu.


Pemilihan Kamera

a) Berapa Mega Pixel
b) Berapa Recycle time, fps
c) Kemampuan mix ISO
d) Auto / Manual
f) Kemampuan Optikal Zoom
g) Saiz lensa


Mix Speed

#  Kepantasan merakam gambar boleh diubah-ubah
#  Setting ISO boleh diubah-ubah untuk meningkatkan kepekaan kamera


Mix ISO

#  ISO boleh diubah mengikut keperluan anda
#  Menentukan tempoh kemasukkan cahaya melalui lensa
#  Lebih tinggi ISO, lebih peka kamera bertindak pada cahaya – lebih mudah merakam gambar dalam keadaan cahaya yang malap.


Auto / Manual

#  Menggunakan set Auto lebih mudah (Shutter, Aperture dan Fokus  ditentukan oleh kamera).
#  Set Manual biasanya digunakan bagi mendapatkan efek-efek yang tertentu.


Flash Setting

#  Auto
#  Tidak Menggunakan Flash
#  Gunakan Flash
#  Red Eye Reduction
#  Extra Power (H)


Jenis Fokus

#   Manual
#   Auto focus – Follow
#   Auto Focus – Single shot


Keupayaan ZOOM

#   Kemampuan lensa membesar Subjek.
#   Optikal ZOOM.
#   Digital Zoom.


Perbezaan Zoom

Optical zoom

* Mutu gambar tetap baik apabila zoom
* Membersarkan gambar melalui kanta
* Memerlukan kanta yang baik untuk menambahkan zoom.
* Pendekatan yang mahal untuk kesan zoom.
* Biasanya kesan zoom terhad ( x3 – x5)


Digital Zoom

* Gambar pecah apabila zoom
*  Membesarkan gambar dlm. CCD
*  Tidak digalakan dlm. Kerja profesional
*  Pendekatan yang murah untuk kesan zoom
*  Biasanya kesan zoom besar (x10 – x20)


4. DATE Setting

•Merekodkan tarikh dan masa gambar dirakam
•Penting bagi tujuan rekod dan sejarah
•Tarikh yang salah menyukarkan keadaan


Jenis-jenis memory card (pengganti filem)

#   SD card
#   Flash card
#   Smart media
#   Multimedia
#   Memory stick


Kapasiti kad, 8, 16, 32, 64, 128, 320, 512Mb – 1G, 2G, 4G, 8G
Mutu gambar dinilai dengan bilangan Pixels.


#   Kemampuan miximum saiz gambar yang boleh dirakam oleh kamera digital
#   Pixel adalah titik-titik halus yang membentuk gambar


8 bit            =  1 bye
1,024 bye   =  1 kb
1,024 kb     =  1Mb    
1,024 Mb    =  1Gb

#   Lebih tinggi pixer lebih besar saiz gambar yang dirakam – lebih berkualiti Format simpanan
#   TIFF   - Tag Image File Format
#   GIF     - Graphic Interchange Format
#   JPEG  - Joint Picture Expert Group


Perbezaan : JPG  (2.75 Mb) ,   TIFF (6.87Mb)

Sistem Paparan & Resolution


Pixer          Resolution          Keperluan

0.3 mp         640 x 480           e-mail

0.5 mp         800 x 600           15” screen wall paper

2.0 mp         1600 x 1200         A6(4R size)


Compression :     Superfine, Fine, Normal

Large                 3072 x 2304 pixels

Medium 1          2592 x 1944 pixels

Medium 2          2048 x 1536 pixels

Medium3           1600 x 1200 pixels

Small                   640 x 480   pixels

                           320 x 240   pixels

                          160 x 120   pixels

     
Langkah utama sebelum merakam gambar

#   Pastikan bateri Full Charge
#   Pasangkan CF Card dengan betul
#   Pastikan semua setting betul mengikut keperluan penggambaran.


Faktor yang merosakkan kamera   

#  Meletakkan kamera di tempat yang panas, lembab, berabuk.
#  Menyentuh bahagian yang sensitif
#  Simpan bukan pada tempatnya
#  Lensa kamera yang berkulat
#  Menggunakan bateri lama
#  Kamera dimasuki semut
#  Mengambil gambar dalam hujan
#  Meminjamkan kapada kawan
#  Terhentak, gegaran, terjatuh