Wednesday, February 24, 2010

Photography: Alor Setar

Masjid Zahir, Alor Setar



Menara Alor Setar




Saturday, February 20, 2010

Char Koay Teow

Haaa... kalau anda ke Balai Baru, Perlis jangan lupa singgah pekena char koay teow brader Shahnun kat sana. Tempat jual char koay teow memang banyak kt Perlis ni. Kat Balai Baru ni adalah salah satunya daripadanya. Lokasinya di tapak pekan sehari atau nat Balai baru. Perncahnya asli dari BM (Bukit Mertajam). Memang ummmphhhh!!!!.... sekali kena pasti nak lagi.

Perencah Char Koay Teow asli dari BM.


Brader Shahnun tengah menyediakan char koay teow special.


Boleh tahan..... harga pun berpatutan. meh ler try... rugi kalau tak cuba. mmmmm meleleh ayaq lioq.


Tasik Melati

Tasik Melati, Perlis










Tempat jatuh lagi di kenang........

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni aku tak lepas peluang balik jenguk org tua kt kampung. Kebetulan adik bongsu aku bertunang pada 14 Feb, jadi tu yg balik juga.Letih juga perjalanan lebih 8 jam ikut highway PLUS. Start dari KL sampai Ipoh mak oiii!!!!... jalan sesak.

Dah balik tu sempat gak ronda2 sambil shoot foto-foto menarik kt negeri Indera Kayangan tempat kelahiran aku.Musim macam ni cuaca boleh tahan panas beb lebih-lebih lagi kawasan Felda Chuping.

Dulu masa zaman persekolahan setiap kali musim cuti sekolah kat Felda Chuping ni lah aku selalu ikut jiran aku jual ikan dari rumah ke rumah dgn van untuk tambah duit poket. Keadaannya tak banyak berubah masih macam dulu lagi cuma di kiri kanan jalan dari Batu Bertangkup dah tak ada pokok tebu lagi, sekarangi dah di ganti dgn pokok getah.

Bulatan kat bawah ni pun belum wujud lagi.

Kawasan terpanas di Malaysia. Rekod suhu tetinggi pada 1998 41.1° C. Nak tahu macam mana panasnye jemputlah datang sini.

Dulu kawasan sini dipenuhi tebu sekarang getah.


Keesokannya merayau ke Sungai Batu Pahat pun tak banyak perubahan. Tapi sayang sungai yg menjadi tempat mandi-manda masa aku kecik-kecik dulu tak terbela. keadaannya agak mengecewakan kotor dan berlumut... kenapa??.... aku tak tahu nak jawab.

Ingat nak terus ke Bukit Ayaq (Ayer) nak shoot air terjun ada satu tempat tu nun di atas bukit ada satu kolam dan kawasan air terjun yang boleh dikatakan cantik juga. Kalau naik atas sikit lagi kawasan dusun. Wang Tangga ke namanye tu kalau tak silap aku ler. Memandangkan musim kemarau macam ni mana nak ada ayaq..ha..ha..ha..

Lalu tersangkut kat tempat motor cross ni. Layan tengok bebudak dok main motor cross. Motor cub yg diubah suai utk acara sukan lasak begini.












Time balik singgah kejap tengok sawah padi mak aku waktu tu dah hampir senja. Tapi tak lama sebab dah masuk maghrib.





Wednesday, February 10, 2010

Komputer: Virus

Assalamualakum..........

Ini adalah mesej ralat yang dipaparkan di skrin salah satu PC yang terkena jangkitan virus, Apabila buka (boot) PC akan muncul error mesej CSRCS.exe di skrin.

csrsc.exe adalah proses yang berdaftar sebagai W32.Spybot.CF Virus. JANGAN mencampuradukkannya dengan csrss.exe yang merupakan fail penting yang digunakan oleh Windows. Para penyerang dari virus ini boleh mengakses komputer dan mendapatkan akses untuk beberapa data penting daripada jarak jauh.

Bahaya tu!!!!!!......

Langkah-langkah untuk menghapuskan virus ini:

1. Scan sistem dengan baik dan updated Anti Virus.

2. Buka Task Manager, cari exe ini (csrcs.exe atau csrsc.exe tetapi bukan csrss.exe), seterusnya hapuskan/delete.

3. Langkah seterusnya Sekali lagi klik Start-->Run dan taipkan "msconfig" dan klik "OK",kemudian pergi ke tab "startup".

4. Cari file "csrcs.exe" ini, jika ada terus hapuskannya.

5. Sekarang cari fail di C: drive.

6. Secara kekal hapuskan fail (csrcs.exe atau hanya csrsc.exe) dari komputer anda.

7. Reboot PC.


Setelah melakukan langkah-langkah di atas, anda perlu membersihkan juga registry juga.

1. Klik Start --> Run dan taipkan "regedit" dan Klik "OK".

2. Tekan "Ctrl + F" . Pada kotak carian taipkan "csrcs" dan tekan butang next. Langkag seterusnya hapuskan dgn men"delete"nya.

3. Seterusnya cari pula "Winlogon" atau terus ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\WindowsNT\CurrentVersion\Winlogon\

2. Lihat di sisi kanan, ada keyword bernama "Shell", Di sini mungkin akan mempunyai nilai "csrcs.exe explorer.exe". Ubah nilai keywordnya dengan menghapuskan/delete csrcs.exe daripadanya. (ingat hanya csrcs.exe shaja bukan explorer.exe).

3. Restart komputer. InsyaAllah virusnya akan hilang.


Tak Boleh Buka Windows


Rizal(bukan nama sebenar) seorang anak muda yang berkelulusan dalam bidang sains komputer baru mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Pada hari pertama bekerja Rizal cuba memahami segala peraturan yang ditetapkan di pejabatnya. Sebagai seorang staf baru dalam syarikat di tempat kerjanya, beliau sedaya upaya akan mendisiplinkan dirinya dan mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah di tetapkan dari masa ke semasa. Walaupun masih baru namun dia amat di senangi oleh semua staf terutama bosnya.

pada hari ke dua dia bekerja Rizal diarahkan oleh bosnya membuat satu jadual dalam "Microsoft Excel" sebagai tugasan pertamanya. Dengan senang hati dia menerima tugas pertamanya dan kembali ke mejanya. hampir setengah jam dia termenung di hadapan komputer tetapi masih tidak menghidupkan komputernya. Setelah sekian lama berfikir lalu diapun menghidupkan komputernya dan terus masuk ke "DOS".

Setelah lama menunggu bosnya datang ke meja Rizal dan mendapati Rizal sedang buka "DOS" lantas beliau bertanya "Apa yang kamu buat? Bukankah saya suruh kamu buat jadual dalam "Microsoft Excel" tapi kenapa kamu buka "DOS" pula?" Rizal memandang bosnya dan memberitahu yang dia cuma mengikut arahan sahaja.

Bosnya bertambah bingung, dia hanya mengarahkan Rizal buat kerja dalam "Microsoft Excel" tapi si Rizal ni buka "DOS" pula, arahan dari mana pula ni???... ohhh... "bingung.... bingung..." lalu Rizal menunjukkan bosnya ke arah notis arahan yang dilekatkan di tepi tingkap berhampiran mejanya yang bertulis:

“This room is equipped with air conditioner,
please do not open windows!!!"

Kalau dah tak boleh buka "windows" macam mana nak masuk ke "Microsoft Excel"...... Hanya "DOS" shaja yang boleh masuk tanpa membuka Windows".

Komputer: Format Windows Dengan Pen Drive

Hari minggu lepas ada sorang member hantar laptop utk reformat. Aku pun terima
malam tu aku pun mulalah nak buat kerja aku tapi betapa hampanya sbb CDROM dia tak boleh pakai CDROM pun dah rosak. alamak !!!!!.... jadi aku teringat pasal format guna pen drive. Arakian maka aku pun mencapai laptop dan terus mengadap ke bawah duli Pak Cik Google. Hanya dialah tempat aku mengadu di saat begini. Maka terjumpalah Laman ini.

Caranya cukup mudah buka laman web WinToFlash.com dan download bahannya kat situ. lepas habis download unzipkan failnya. Kemudian masukkan CD Windows (XP/Vista) dan cucuk pendrive kat USB port dan seterusnya buka folder "Novicorp WinToFlash 0.5.0023 beta" yang tersedia dan double klik pada fail "WinToFlash.exe".


lepas tu ikut arahan dan WinToFlash akan melakukan tugasnya... korang just tunggu jer sampai habis. Ada la sikit setting kalau korang nak buat silent install supaya proses instal di lakukan secara automatik. Jadi tak perlu klik next, tak perlu masukkan serial number, location, time, workgroup dan sebagainya. Alah...... Sangat mudah.

Apabila pendrive dah siap boleh lah format dan install windows dgn pendrive tu. Lepas ni tak per risau pasal CD calar ke coruppted ke pa ke..... CD yg calar tu hanyutkan kt sungai jer... OK ngantuk.... nak tido.....esok nak keje.... adios....



Tuesday, February 9, 2010

40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman -Siri 1


  1. 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama.
Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Terbitan : Khazanah Banjariyah , Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman, 1998

HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR
ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.

Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat
perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan:

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun
seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang
ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).


HADIS 2: KENAPA DUNIA ISLAMMENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.), beliau berkata, "(Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Keterangan:

Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orangorang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya. Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan
campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.


HADIS 3: SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

Keterangan:

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari
ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.


HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.


HADIS 5: UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI
DAN NASRANI

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,
"Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup” orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

Ikuti sambungannya pada siri ke 2....

Friday, February 5, 2010

Renungan Bersama: Balasan Allah pasti di terima

Dipetik Dari http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

Fuhh..Ini lah Azab Melawan Allah...



Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

* Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
* Sakit jantung
* Penyakit darah tinggi
* Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!". Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

INILAH IDEOLOGI BELIAU

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sumber : Malaysiasensasi.blogspot