Sunday, November 15, 2009
Thursday, November 5, 2009
Warisan Penjajah
Artikel di bawah ini wa cilok 100% dari http://zul4kulim.blogspot.com/
......Renung-renungkan... pikir-pikirkan... cermin-cerminkan diri anda ... dilandasan manakah perjalanan hidup anda sebelum ini... pilihlah jalan yg benar yang diredai Allah. Ayuh mulakan perubahan pada hari ini dan hari-hari berikutnya demi mendaulatkan agama islam yg suci dan demi keagungan umat islam seluruh dunia.
Oleh
Zulkifli Noordin
Salam 2 all.

Salam 2 all.Isu mantan Mufti Perlis yang ditahan kononnya menyampaikan ceramah tanpa tauliah telah membuka mata dan minda umum khususnya umat Islam di Malaysia tentang isu pemberian tauliah untuk mengajar, menyebar, menyampaikan da'wah Islam.
Sebenarnya syarat untuk mendapat tauliah oleh mana-mana pendakwah Islam sebelum dibenarkan menyampaikan risalah Islam ini adalah satu cara penjajah menyekat kebangkitan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Semasa penjajahan Barat, kebanyakan ulama', penda'wah dan pejuang Islam telah menggunakan medan da'wah di surau, masjid, dan lain-lain tempat untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang penjajah berdasarkan 'ilmu dan kekuatan jihad berpaksikan aqidah.
Maka diciptalah oleh sang penjajah sekatan untuk Islam disebarkan. Di Selangor, penjajah mencipta satu undang-undang dipanggil Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor No. 3 1952. Didalam enakmen ini, penjajah menukar habis hukum syara' dan perundangan Islam. Kesalahan zina, khalwat, arak, qazaf dan lain-lain yang sudah qat'i didalam hukum syara' di ubah hukumannya kepada denda dan hukuman yang bukan dari sumber Al Quran dan sunnah.
Bagi menyekat pengembangan Islam, maka disekat para ulama', tuan guru, para ustadz/ ustadzah, para da'ie dan pendakwah serta aktivis dan pejuang Islam daripada menyebarkan Islam dengan membuat peruntukkan di Seksyen 166 Enakmen tersebut iaitu:
"Siapa-siapa melainkan dirumahnya dan dihadapan ahli rumahnya sahaja, mengajar dan menerang lain-lain pengajaran mana-mana ilmu agama Islam dengan tiada mendapat kebenaran yang bertulis dari Kadi hendaklah disiksa dengan penjara lamanya tiada lebih daripada 3 bulan atau denda tiada lebih daripada 6 bulan atau denda".
Berdasarkan peruntukkan ini, maka ramailah ulama', tuan guru, pendakwah, ustadz/ustadzah, para da'ie dan pendakwah serta aktivitis dan pejuang Islam yang disekat daripada menyampaikan risalah Islam. Ada yang ditangkap dan dihukum, dan akhirnya masjid menjadi lesu dan hilang rohnya..umat islam menjadi jahil dan disumbat dengan islam yang di acu oleh Barat. Yang paling malang, institusi mimbar Jumaat juga menjadi korban. Khutbah-khutbah semuanya dibuat mengikut telunjuk penjajah dan pak khatib sekadar menjadi kakak-tua yang membaca balik teks yang disediakan, yang kekadang isinya langsung tidak relevan sama sekali.
Dan inilah sistem perundangan yang terus menerus diwarisi oleh bangsa Melayu walaupun sesudah merdeka. Maka muncullah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1980, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965, Akta Keluarga Islam 1980 dan Akta Jenayah Syariah; yang semuanya adalah versi moden yang diciplak daripada enakmen asal yang dihadiahkan penjajah kepada bangsa Melayu.
Kita merdeka dari segi politik, tetapi terjajah dari segi aqidah! Perlembagaan yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957, kini menjerut leher dan aqidah bangsa Melayu!
Dizaman siber tanpa sempadan, saya hairan JAIS dan yang sewaktu dengannya masih lagi terbelengu dengan warisan penjajah ini. Apakah JAIS akan bertindak terhadap ustadz/ ustadzah yang mengajar Quran dan muqaddam dirumah-rumah? Bagaimana dengan pensyarah, guru yang mengajar disekolah-sekolah yang mengajar matapelajaran Islam.
Bagaimana pula dengan program Ehwal Perdana Islam di kaca TV, ramai panelisnya adalah golongan yang tidak diberikan tauliah. Bagaimana dengan mereka yang menyampaikan Islam di dada akhbar, majalah dan lain-lain. Bagaimana dengan blog, ruang siber dan lain-lain.
Apakah masjid surau tidak boleh memanggil penceramah dari disiplin lain untuk memberi ceramah dan kuliah. Contohnya memanggil doktor pakar untuk memberi penerangan tentang perubatan. Ataupun memanggil seorang pegawai Amanah Raya untuk memberi penjelasan tentang hal wasiat dan pusaka. Bagaimana kalau pihak masjid memanggil seorang banker untuk memperjelaskan sekim kewangan Islam. Apakah mereka semua ini tidak layak memberikan ceramah dan kuliah kepada jemaah Muslim, sedangkan Islam itu satu agama kehidupan, dan soal perubatan, kewangan, guaman dan lain-lain juga adalah perkara yang menyentuh tentang kehidupan harian umat Islam.
Pada saya, isu tauliah ini adalah isu lapuk. Ianya adalah satu warisan yang ditinggalkan penjajah untuk disinambungkan oleh bangsa Melayu. Ianya adalah satu mekanisma yang digunakan penjajah untuk menyekat pengembangan Islam. Kini anak jajahnya dengan penuh ta'at dan tawadhuk menurut acuan bapak penjajahnya.
Tauliah telah menjadi satu senjata yang digunakan untuk membunuh pengembangan 'ilmu Islam itu sendiri. Kekadang ia membawa kepada lawak senario. Bayangkan di Malaysia ada 14 negeri, bermakna seseorang pendakwah perlu mendapat 14 tauliah! Bayangkan Mufti Negeri Perak tidak diberi tauliah menyampaikan ceramah/ khutbah di negeri Johor. Bayangkan bekas Mufti Selangor Almarhum Dato' Ishak Baharom sendiri dihalang menyampaikan ceramah dan kuliah dalam negeri Selangor setelah dilucutkan jawatan Mufti. Bayangkan Dato' Ismail Kamus, dahulu dia yang sain sijil tauliah, hari ini dia sendiri tidak diberi tauliah. Bayangkan ulama' sebesar Dato Dr. Haron Din langsung tidak diberi tauliah untuk mengajar disurau masjid. Adakah wajar ulama' saperti Dr. Abdullah Yassin, yang diiktiraf oleh dunia Islam sebagai seorang ulama' mufassirin tetapi ditangkap ketika sedang mengupas surah Al Baqarah hanya kerana tiada tauliah!
Tindakan JAIS baru-baru ini sangatlah memalukan Islam sendiri. Mereka menghina dunia Islam, mereka membantutkan perkembangan 'ilmu Islam. Yang paling malang, mereka membuktikan kepada dunia betapa jumudnya pemikiran segelintir mereka yang diberi kuasa untuk "menjaga Islam".
Saya berpendapat bahawa keperluan kepada tauliah untuk menyampaikan Islam dan berda'wah hendaklah dimansuhkan. Padanya ianya lebih memudharatkan Islam daripada membawa kebaikan. Pada saya, da'wah dan penyebaran serta pengembangan Islam dan 'ilmu perlu dibenarkan tanpa sekatan, samada di masjid dan surau, mahupun di mimbar Jumaat.
Pada saya, hanya jika penyampaian dan ajaran yang dibawa adalah bercanggah dengan Islam ataupun sesat barulah kita ambil tindakan. Contohnya saperti tindak-tanduk kumpulan yang melabel diri mereka Sisters in Islam yang mempertikaikan hukum hakam dan syariat Islam dalam ceramah, program dan risalah mereka. Tetapi yang peliknya kegiatan kumpulan seperti ini tidak pulak JAIS dan yang sewaktu dengannya beriya-iya nak ambil tindakan. Ini menambahkan lagi persepsi bahawa tindak-tanduk badan saperti JAIS ini mengamalkan sikap 'double-standard' dan menurut telunjuk pihak lain!
Apa pun, yang pentingnya setelah lebih 50 tahun merdeka, mengapa kita umat Islam bangsa Melayu masih terikat dengan belengu penjajah. Sampai bila kita nak melolong dan berkokok laungan merdeka pada tiap tanggal 31 Ogos, sedangkan agama Islam yang menjadi tunggak jatidiri dan survival bangsa Melayu masih terjajah. Sudah tiba masanya warisan-warisan penjajah saperti isu tauliah ini kita hapuskan, dan kita bina semula umat yang lemah dan lesu ini diatas dasar Islam yang menurut Al Quran dan sunnah yang sebenarnya.
Diatas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
ayuhlah wahai anak bangsa,
hapuskan warisan penjajah durhaka.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Zulqaedah 1430 / 03 Nov 2009

Friday, October 30, 2009
Bersihkan RAM dan Dapatkan Kelajuan
Assalamualaikum buat tetamu yg sudi berkunjung ke blog wa. Petang tadi ada sorang member wa tanya pasal pc dia ada problem skit. Sejak seminggu yg lalu pc dia slow sgt. PC dah defrag, clean disk, buang segala temp file, recent file, cookies pastu siap buka casing cuci segala habu mabuk semua sekali dia punya cooling fan, apa semua still slowgak lagi. Dia tanya wa apa lagi yg perlu dia buat. Jadi wa jawab balik "lu pakai RON 95 tu yg slow cuba tukar RON 97 laju la skit" ahaaaks.... Dia punya hangin dgn wa, tuhan saja yg tahu... wakakakaka......
Cool dow la beb.... wa guarau jer... nak amik hati member balik wa cadangkan dia upgrade RAM jer sure laju. Sbb wa tahu pc dia RAM 256mb jek dia selalu buat keje grafik power-power pastu campur dok main game 3D lagi memang la lembab. Time cegini mana nk cekau RM kata dia dah la gaji awal hari tu nak tunggu hujung bulan depan baru gaji, nak harap bonus mmmmm......hampeh..... keje nak kena buat jugak.
Nasib baik la petang tadi ni kepala hotak wa ni masih fresh lg. Selalu time petang2 cam tu wa kira nak zzzzzzzzz je la. Wa teringat satu trik lama yg wa pernah belajar dgn sifu wa dulu. Trik ni boleh membantu anda yg tidak mempunyai byk RAM dan juga tak mempunyai byk RM mcm kes member wa yg sorang ni.
Berikut adalah trik sederhana utk memperolehi kelajuan RAM anda. Buka Notepad dan tulis FreeMem=Space(256000000). Kemudian simpan (save) sebagai RAMcleaner.vbs.Kemudian buka fail yg disimpan untuk menjalankan proses pembersihan. Trik ini mampu membersihkan sisa potongan pada RAM yg tidak diperlukan dan membantu menambah kelajuan pada RAM.
Untuk mempunyai daya pembersihan yang lebih baik. Anda boleh menaip FreeMem = Space (512000000) dan lihat hasilnya.

Thursday, October 8, 2009
PHOTOSHOP : Gambar Pada Strip Filem
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan bagi memuatkan entri/posting berkenaan Tutorial Photoshop. Untuk makluman semua pengunjung setiap tutorial yang dimuatkan di ruangan entri/posting ini tidak mengikut turutan secara formal. Ikut mana sempat jer la (ikut sedap akujer).

Ok pada kali ini saya akan tunjukkan cara membuat Gambar Pada Strip Filem. Macam gambar kat atas tu.
1. Mula-mula sekali buka new file. Background Contens letakkan Transparent dan saiz fail yg saya gunakan ialah A4.
2. Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool buatkan segiempat dan warnakan dengan hitam menggunakkan Paint Bucket Tool
seperti di bawah.

3. Kemudian pilih Backgroun Ereaser Tool , seterusnya lihat kat atas sbelah kiri tu anda akan lihat setting diameter untuk tool ini. Setkan diameter dan spacing seperti di bawah (saiz diameter dan spacing bergantung pada saiz imej anda).
4. Langkah seterusnya klik pada bahagian atas sebelah kiri kotak segiempat warna hitam yg anda buatkan tadi dan tekan Shift jangan lepas, kemudian klik pada bahagian bawah sebelah kirinya pula. Lakukankan langkah yang sama pada sebelah kanannya pula. Jika dilakukan dgn betul anda akan dapat hasilnya seperti dibawah.
5. Seterusnya susun kan gambar anda pada strip filem anda sehingga penuh. (macam mana nak letak gambar? - pandai-pandai korang ler)

6. Selepas tu pergi ke Menu Bar dan klik pada Filter --> Distort --> Shear . Buatkan lengkungan sehingga memenuhi citarasa anda. kemudian klik OK.
7. Bagi mendapatkan efect yang lebih menarik anda klik pada Layer --> Layer Style --> Blending Options (atau double klik jer imej pada pallete) . Klik pada Drop Shadow dan adjust mengikut kehendak anda (janji puas hati - tiada paksaan). Kemudian Klik OK
8. Hasilnya seperti di bawah. kalau nak tambah efect laing supaya lebih bergaya dan lebih menarik pun boleh. Sekian.

Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan bagi memuatkan entri/posting berkenaan Tutorial Photoshop. Untuk makluman semua pengunjung setiap tutorial yang dimuatkan di ruangan entri/posting ini tidak mengikut turutan secara formal. Ikut mana sempat jer la (ikut sedap akujer).

Ok pada kali ini saya akan tunjukkan cara membuat Gambar Pada Strip Filem. Macam gambar kat atas tu.
1. Mula-mula sekali buka new file. Background Contens letakkan Transparent dan saiz fail yg saya gunakan ialah A4.
2. Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool buatkan segiempat dan warnakan dengan hitam menggunakkan Paint Bucket Tool
seperti di bawah.
3. Kemudian pilih Backgroun Ereaser Tool , seterusnya lihat kat atas sbelah kiri tu anda akan lihat setting diameter untuk tool ini. Setkan diameter dan spacing seperti di bawah (saiz diameter dan spacing bergantung pada saiz imej anda).
6. Selepas tu pergi ke Menu Bar dan klik pada Filter --> Distort --> Shear . Buatkan lengkungan sehingga memenuhi citarasa anda. kemudian klik OK.
Wednesday, October 7, 2009
Antara Alam, Makhluk dan Tuhan
di bumi tropikal hutan rimba subur.
ra – tuhan milik sekelian alam menganugerahkan tenaga.
ra – tuhan milik sekelian alam menganugerahkan nafas
ra – tuhan sekelian alam beri nyawa untuk hydra gajah dan paus.
ra- tuhan milik sekelian alam – menghidupkan bumi
ra - menyinari bumi alam semesta
ra – menghidupkan hutan dan rimba
jika hutan diserakah balak ditebang bukit di tarah
maka hujan turun mencurah
tidak ada lukah dan tapis
banjir tetap melanggar
sepuluh juta tahun alam semesta aman
sepuluh juta tahun semua tunduk mengikut hukum
muncul cukong towkay balak
ada yang bernama ting
ada yang bernama tiong
ada yang bernama rimbun hijau
ada yang bernama singapura
di kedah hutan belum
di kelantan hulu kelantan
di pahang seluruh pahang
selangor gondol
negeri sembilan boleng
perak lokoh
hancur punah hutan bumi tropikal
semenanjung hancur lebur
sabah serawak punah ranah
new gini ghana kalimantan di robek
nantikan kemarahan ra – tuhan milik sekelian alam
nantikan kemarahan ra – ombak dan gempa
nantikan kemarahan ra - badai dan puaka
(copy dari blog tukartiub)
bermula cerita dari http://tukartiub.blogspot.com/

Siaran Lewat.....
Tuesday, October 6, 2009
Aku Suke Tawaran Ni....
------------------------------------------------------------------------------------
| RM1,000 jika ada foto Azeez Ditumbuk | ||
|
Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) akan membayar sejumlah wang itu serta-merta kepada sesiapa yang menyerahkan gambar tersebut, lapor akhbar web rasmi PAS Harakahdaily.net hari ini.
Timbalan Presiden NGO itu Mohd Dzohir Hamid dilaporkan berkata mesyuarat ahli majlis eksekutif PEMBELA semalam mengambil keputusan menawarkan wang kepada pihak yang memiliki atau mahu menjual gambar insiden tersebut - kini menjadi isu menyerang PAS.
Bekas exco Pemuda Umno itu mendakwa ditumbuk oleh penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Sabtu lalu, sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Mohd Dzohir juga dipetik berkata PEMBELA membuat tawaran itu untuk mendapatkan kepastian berhubung dakwaan Abdul Azeez itu.
"PEMBELA harap ada pihak yang merakam gambar tersebut sudi menjual kepada pihaknya dengan tawaran harga yang diberikan, sekali gus membolehkan pihaknya membuat tindakan lanjut di atas dakwaan Datuk Azeez berkenaan," katanya.
Pihak yang berminat dengan tawaran itu boleh menghubungi pemimpin PEMBELA itu di talian 019-49 80 230 pada bila-bila masa.
Abdul Azeez dilaporkan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kelmarin setelah cedera teruk di muka, leher dan tengkuk.
Sementara itu, dalam laporan berasingan, Harakahdaily.net semalam pula memuatkan tiga keping foto yang tidak menunjukkan Abdul Azeez dipukul sewaktu berjalan kaki dekat kumpulan penyokong pembangkang.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ketua penerangannya Idris Ahmad dipetik berkata dakwaan Abdul Azeez itu sebagai "pembohongan" berdasarkan tiada kesan lebam atau calar di bahagian badannya dan juga rakaman tiga foto berkenaan.

Thursday, October 1, 2009
Kenderaan khas Utk Pegi Mengundi
Di Mana Keadilan?
SOALAN: (Cuma ada 4 soalan jer..)
1. Bagaimanakah agaknya kalau undi pos tidak ada dalam sistem pilihanraya di malaysia ni?
2. Dapat korang bayangkan apa akan terjadi kepada parti pemerintah skrg jika undi pos tidak memihak kepada mereka?
3. Agaknya masih bolehkah lagi BN bergelar parti pemerintah hingga kini tanpa bantuan talian hayat dari undi pos?
4. Parti manakah yang selayaknya memerintah negara sekarang ini jika tiada bantuan undi pos?
ARAHAN: (Baca dan fahami petikan di bawah, kemudian jawab sekurang-kurangnyer 3 dari 4 soalan di atas)
DUN Bagan Pinang (N31) terletak di bahawa Parlimen Teluk Kemang mengandungi 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Daftar yang digunakan berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan kemenangan Azman. Bukankah undi pos yang menentukan kejayaan di Bagan Pinang nanti?
Borang 2
Borang 2 ialah borang yang diperkenalkan oleh SPR di dalam sistem undi pos yang dijalankan di Negara ini. Setiap anggota tentera yang diminta mencatatkan latar belakang mereka pada Borang 2 ini. Ini menjadikan satu-satu undi itu menjadi tidak rahsia kerana Borang 2 boleh memberikan maklumat mengenai pihak yang dipangkah oleh seseorang pengundi itu.
Pada pilihan raya umum ke-10 di tahun 1999 lalu, setiap undi dikoyakkan dari sebuah buku yang mengandungi nombor rujukan pengundi. Kaedah tersebut dimansuhkan pada pilihan raya umum 2004.
Kelayakan Pengundi Pos
Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai nombor rujukan berbeza. Bagi anggota tentera yang sudah bersara, mereka akan kembali diberikan noMyKad baru.
Secara teorinya, nombor rujukan anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib. Senarai tersebut hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.
Namun, banyak nombor-nombor tersebut masih wujud di dalam daftar pemilih SPR. Di Bagan Pinang, terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Kemenangan pilihan raya nanti sudah tentu berpihak kepada BN tanpa melakukan sebarang kempen.
Anggota Tentera Bersara
Sekiranya membaca semula arkib berita mengenai pengundi pos ini, banyak kes mengenai bekas anggota tentera yang mempunyai MyKad mempunyai dua nombor pengenalan diri yang melayakkan mereka untuk mengundi dua kali.
Dalam satu kes pada Mac 2008 lalu, seorang bekas anggota bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.
Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.
Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.
Di dalam politik, Pakatan Rakyat boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.
Pakatan Rakyat perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos.
Sumber Dari http://www.utaraonline.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2667

Subscribe to:
Posts (Atom)