Wednesday, January 7, 2009

PHOTOSHOP: Tukar Warna Objek

Pada posting kali ini saya akan tunjukkan bagaimana cara menukarkan warna pada sesuatu objek.

1. Buka satu fail gambar yang hendak di tukarkan warnanya. Contoh : dalam imej ini saya akan menukarkan warna baju yang dipakai oleh model ini.


2. Dengan menggunakan magnetic lasso Tool atau poligonal Lasso Tool lukiskan ikut bentuk objek yang diperlukan.


3. Pada Menu Bar klik pada Image > Adjustments > Hue/Saturation (Crtl+U).
  • Anda cuma perlu ubahkan nilai pada Hue/Saturation/Lightness dengan menggerakkan butang ke kiri atau ke kanan.
  • Anda akan dapati warna objek yang anda select tadi turut berubah, setelah mendapat warna yang sesuai untuk objek tsb Klik OK.


4. Sekarang baju model tsb telahpun bertukar warna.



*p/s kalau nak tukar warna baju gambar pengantin semasa korang kahwin dulu boleh lah... bila org tengok ... woww!!!... byknye baju pengantin ni tukar.....hehehehe.....

PHOTOSHOP: Bingkai Bintik

Kali ini kita akan belajar teknik membuat bingkai bintik sekeliling gambar.

1. Buka satu fail gambar.


  • Pada Pallete Cipta satu layer baru.


2. Dengan menggunakan Rectangular marquee Tool buatkan segiempat. Masukkan nilai feather 5 px (ikut kesesuaian).


  • Pada Pallete Klik Tab Channel dan ciptakan satu Channel baru


  • Apabila layer tsb dipaparkan isikan warna putih di kawasan tengah.


  • Kemudian tekan Ctrl+D untuk deselect Rectangular Marquee Toll.



3. Sekarang pergi ke Filters > Pixelate > Color Halftone



  • Terima semua nilai yg ditetapkan dan Klik OK.


4. Klik pada Tab Layer, dan cipta satu lagi layer baru.

5. Klik Select > Load Selection (pilih Alpha1 dan tandakan kotak Invert).
  • Kemudian Klik OK.


6. Pilih warna foreground kesukaan anda dan tekan Alt + Del dan diikuti dengan Ctrl D utk deselect. Lihatlah hasilnya.



  • Cuba pula dengan menggunakan Elliptical Marquee Toll dan lihat perbezaannya.


Selamat mencuba...........

PHOTOSHOP: Bingkai Kabur

Untuk permulaan saya tunjukkan cara membuat bingkai kabur tepi gambar.
Di sini saya menggunakan perisian Adobe photoshop CS2.

1. Pilih satu gambar kegemaran anda.
  • File > Open(Crtl+O).
  • Pilih gambar yang ada dalam simpanan anda.
  • kemudian Klik Open.


2. Klik pada Rectangular Marquee Tool(M).
  • Masukkan nilai 10 px untuk feather (ikut kesesuaian).
  • Dengan menggunakan Rectangular Marquee Tool buatkan segiempat seperti berikut.
  • Kemudian copy (Ctrl+C).
3. Buka satu fail baru (rujuk tutorial sblm ini) atau layer baru.
  • paste pada layer baru tsb dan hasilnya seperti di bawah.

Tuesday, January 6, 2009

PHOTOSHOP: Photoshop Toolbox

Along the left side of Photoshop interface, there is toolbox which contains all tools that can be use along designing process, as well as several other functions. The tool is separated into few categories such as Selection Tools, Alteration Tools & Drawing Tools.
Toolbox Overview 5

Toolbox Overview


Revealing the hidden tool

A -Toolbox
B -Active tool
C -Hidden tools
D -Tool name
E -Tool shortcut
F -Hidden tool triangle

There are several tools hidden in a same category. To reveal the tools, right click and select the right tool like figure above.

PHOTOSHOP: Adobe Photoshop Interface

Adobe Photoshop interface consist of :

#Toolbox

#Palettes

#Menu Bar

#Options Bar

#Active Image Area

Adobe Photoshop Interface

Below is a description for each component in Adobe Photoshop interface that can be manipulate by user to design an artwork.

Toolbox - Contains tools for creating and editing images.

Palettes - Help you monitor and modify images. You can customize the palette locations in the workspace. In Photoshop, you can also show, hide, or add color to items in palette menus.

Menu Bar - Contains menus organized by tasks. For example, the Layers menu contains commands for working with layers. In Photoshop, you can customize the menu bar by showing, hiding, or adding color to menu items.

Options Bar - Provides options for using a tool.

Active Image Area - Displays the active open file. The window containing an open file is also called the document window.

PHOTOSHOP: Buka Fail Baru

OPENING NEW FILE


To start working with Adobe Photoshop, you have to create a new file. File will act as a canvas for image editing process. When you create the file, size resolution and color mode have to be define.
To open a new file, click FILE>NEW. Figure below will be shown.

Setting New File Attribute

You have to :

1) Name your artwork.

2) Choose file type from preset that suitable for your artwork or you can set artwork dimension manually.

3) Pick resolution & color mode

If you want to publish your artwork as a printout, make sure to set your file with higher resolution for a better quality (100 and above are recommended)

** p/s sama gak ...translate ler sendiri aku malas tahap gaban ni.....

PHOTOSHOP: Pengenalan Photoshop

INTRODUCTION TO ADOBE PHOTOSHOP

Adobe Photoshop, or simply Photoshop, is a graphics editor developed and published by Adobe Systems. It is the current market leader for commercial bitmap and image manipulation, and is the flagship product of Adobe Systems. It has been described as "an industry standard for graphics professionals." Although originally designed to edit images for paper-based printing, Photoshop can also be used for a wide range of other professional and amateur purposes.

The current (10th) iteration of the program, Photoshop CS3, was released on 16 April 2007. "CS" reflects its integration with other Creative Suite products, and the number "3" represents it as the third version released since Adobe re-branded its products under the CS umbrella. Photoshop CS3 features additions such as the ability to apply non-destructive filters, as well as new selection tools named Quick Selection and Refine Edge that make selection more streamlined.

On April 30th 2007, Adobe released Photoshop CS3 Extended, which includes all the same features of Adobe Photoshop CS3 with the addition of capabilities for scientific imaging, 3D, and high end film and video users.

**p/s korang translate ler sendiri.... hehehe....

Pengenalan Photoshop

INTRODUCTION TO ADOBE PHOTOSHOP

Adobe Photoshop, or simply Photoshop, is a graphics editor developed and published by Adobe Systems. It is the current market leader for commercial bitmap and image manipulation, and is the flagship product of Adobe Systems. It has been described as "an industry standard for graphics professionals." Although originally designed to edit images for paper-based printing, Photoshop can also be used for a wide range of other professional and amateur purposes.

The current (10th) iteration of the program, Photoshop CS3, was released on 16 April 2007. "CS" reflects its integration with other Creative Suite products, and the number "3" represents it as the third version released since Adobe re-branded its products under the CS umbrella. Photoshop CS3 features additions such as the ability to apply non-destructive filters, as well as new selection tools named Quick Selection and Refine Edge that make selection more streamlined.

On April 30th 2007, Adobe released Photoshop CS3 Extended, which includes all the same features of Adobe Photoshop CS3 with the addition of capabilities for scientific imaging, 3D, and high end film and video users.

**p/s korang translate ler sendiri.... hehehe....

Monday, January 5, 2009

Laki Merajuk

Seorang laki yg pendiam tetiba merajuk...Dah 3 hari tak bercakap ngan bininya... Suatu ptg bininya pun bertanya;


(gambar hanya hiasan)



Bini: Kenapa U ni?

Laki: uhhhhh!!luat! !!

Bini: Pasai i kuar pergi kedai tak bagi tau u ker?

Laki: Tak!

Bini: Pasai mak bapak i datang ngan adik2 tinggal sampai 2 minggu ker?

Laki: Tak!

Bini: Pasai keter U, i bagi pancit ker?

Laki: Tak

Bini: Err!pasai i amik duit u RM2,000 tak bagi tau u ker?

Laki: tak!

Bini: Pasai i tak iron baju u ker?

Laki: Tak

Bini: Pasai i tak pernah masak kat u selama nie ker?

Laki: Tak!

Bini: Pasai i selalu suruh u beli lauk bungkus ker?

Laki: Tak!

Bini: Pasai i tak nak anak ker?

Laki: Tak!

Bini: Pasai u kena basuh baju kita ker?

Laki: Tak!

Bini: Abis tue???awat nie???

laki: Err! Naper u dah bulih semayang tak cakap i pun!...

Bini: ???????

Ha Ha ha.......... .....!!!

Izinkan Abang Nikah Satu lagi

Izinkan Abang Nikah Satu Lagi...

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.


Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak
menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.


________________________________

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


________________________________

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya.



Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Friday, January 2, 2009

TERMA DAN SYARAT

 

ALBUM &  HARGA PAKEJ

- Terdapat 2 Jenis Album:

1. Custom Album
2. Sticky Album

- Harga pakej boleh dirunding.
- Harga tidak termasuk caj luar kawasan Melaka.

 


CAJ LUAR KAWASAN

- Caj luar kawasan mengambil kira kos-kos berikut: Petrol, Tol semasa & Penginapan.
- Caj boleh dirunding & mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa.
- Pihak kami berhak mengenakan caj tambahan sekiranya pengiraan awal caj luar kawasan kurang daripada kos sebenar.

 


TEMPAHAN
 
- Tempahan boleh dibuat 1 hingga 5 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan.
- Tempahan rasmi dikira selepas bayaran deposit diterima.
- Deposit tidak dikembalikan bagi pembatalan tempahan.
- Tarikh yang ditempah tidak boleh ditukar selepas tempahan rasmi dibuat.

 


DEPOSIT & BAYARAN

- Pembayaran hendaklah dibuat dalam 3 peringkat:

1. Tempahan Rasmi/Deposit - RM200.00.
2. Selepas Tamat Majlis - 40% dari harga pakej termasuk deposit.
3. Semasa Penghamtaran Album - bayaran penuh keseluruhan baki.

- Pihak kami berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit.

 



JURUFOTO

- Pihak kami berhak mewakilkan mana-mana Jurufoto yang difikirkan sesuai untuk bertugas.
- Pertukaran Jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kematian/kemalangan/masalah kesihatan/kecemasan/kerosakan peralatan .
- Bagi penambahan setiap Jurufoto bertugas akan dikenakan bayaran tambahan RM100.00.

 



FOTO

- Pihak kami berhak menggunakan foto pelanggan utk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan tanpa persetujuan pelanggan.
- Pihak kami boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik perkahwinan pelanggan.
- Semua gambar adalah hakmilik Pihak kami dan sebarang penyiaran, penerbitan, cetakan mesti mendapat persetujuan kami.

 



PENYEDIAAN ALBUM & PENGHANTARAN

- Tempoh menunggu album adalah antara 15 hingga 30 hari bekerja.
- Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
- Pihak kami berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
- Penghantaran menerusi kurier atau Pos Laju bergantung kepada keadaan semasa.

 


Sila hubungi Muraisenja / TomDeSauza untuk mendapatkan maklumat lanjut
berkenaan perkhidmatan fotografi dan pakej yang disediakan.

012-6042402 - Muraisenja
muraisenja@gmail.com

019-5388835 - Tom
tom_tnl1006@yahoo.com

Terima kasih.

HARGA PAKEJ


 Pakej Platinium - RM 3,600.00

- 1 x Custom Album/Story Book 12" x 18" - 22 Halaman.
- 1 x Custom Album/Story Book 10" x 12" - 22 Halaman.
- 3 x Photoframe 12" x 18" (S12R).
- 4 x Photoframe 8" x 10" (8R).
- 2 x Sticky Album 150 keping gambar 4" x 6 " (4R)
- 2 x DVD Original Image (500 - 1000 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan untuk 2 majlis (Majlis Pengantin Perempuan & Majlis Pengantin Lelaki)

Percuma
- Sesi 'Outdoor'
- 1 x Banner (ukuran 10' x 4')
- 2 x Bunting (ukuran 2' x 6')



Pakej Gold - RM 2,000.00

- 1 x Custom Album/Story Book 12" x 18" - 22 Halaman.
- 1 x Photoframe 12" x 18" (S12R).
- 2 x Photoframe 8" x 10" (8R)
- 2 x Sticky Album 150 keping gambar  4" x 6" (4R)
- 1 x DVD Original Image (1,000 - 1,200 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan Majlis Akad Nikah & Sanding (1 atau 2 hari)



Pakej Silver - RM 1,800.00

- 1 x Custom Album/Story Book 10" x 12" - 22 Halaman.
- 1 x Photoframe 12" x 18" (S12R).
- 2 x Photoframe 8" x 10" (8R)
- 2 x Sticky Album 150 keping gambar  4" x 6" (4R)
- 1 x DVD Original Image (500 - 600 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan Majlis Akad Nikah & Sanding (1 atau 2 hari)


Pakej Eksklusif - RM 1,600.00

- 1 x Custom Album/Story Book 8" x 12" - 22 Halaman.
- 1 x Photoframe 10" x 15" (S12R).
- 2 x Photoframe 8" x 10" (8R)
- 2 x Sticky Album 150 keping gambar  4" x 6" (4R)
- 1 x DVD Original Image (500 - 600 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan Majlis Akad Nikah & Sanding (1 atau 2 hari)


Pakej Standard - RM 1,000.00

- 1 x Photoframe 12" x 18" (S12R).
- 2 x Photoframe 8" x 10" (8R)
- 2 x Sticky Album 150 keping gambar  4" x 6" (4R)
- 1 x DVD Original Image (400 - 500 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan Majlis Akad Nikah & Sanding (1 atau 2 hari)


Pakej Minimum - RM 800.00

- 1 x Photoframe 12" x 18" (S12R).
- 2 x Sticky Album 120 keping gambar 4" x 6" (4R)
- 1 x DVD Original Image (200 - 300 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan Majlis Akad Nikah & Sanding (1 atau 2 hari)



Pakej Bajet - RM 600.00

- 1 x Photoframe 8" x 10" (8R)
- 1 x Sticky Album 120 keping gambar  4" x 6" (4R)
- 1 x DVD Original Image (150 - 200 Digital Shoot in jpeg format tanpa editing).

Liputan Majlis Akad Nikah & Sanding (1 atau 2 hari)


* Bagi lokasi diluar kawasan Melaka
   + Minyak petrol perjalanan.
   + Tol.
   + Penginapan.
(Mengikut harga semasa)


* Tambahan Sesi
- Sesi Majlis Berinai + RM 150.00
- Sesi 'Outdoor' + RM 150.00


* Tambahan Sticky Album + RM300.00
- 1 x Sticky Album 120 - 150 keping gambar 4" x 6" (4R)



* Harga masih boleh dirunding




Sila hubungi Muraisenja / TomDeSauza untuk mendapatkan maklumat lanjut
berkenaan perkhidmatan fotografi dan pakej yang disediakan.

012-6042402 - Muraisenja
muraisenja@gmail.com

019-5388835 - Tom
tom_tnl1006@yahoo.com

Terima kasih.