Archives

gravatar

Kunci USB Drive

Tahukah anda Pemacu USB anda boleh dikunci. Dalam beberapa keadaan pemacu USB perlu dihalang daripada penggunaannya jika kerahsian dan keselamatan data diutamakan. Anda yang menggunakan Windows XPsp2 boleh mengunci USB drive anda daripada kebenaran menulis.

1) Klik Start -> Run

2) Taipkan regedit

3) Kembangkan ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control

4) Cipta New Key dan namakan dengan StorageDevicePolicies

5) Kemudian kembangkan ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies

6) Cipta satu nilai DWORD dan namakan dengan WriteProtect. Beri nilai "1" 

gravatar

Shut Down Komputer Secara Automatik

1. Klik Start -> Settings -> Control Panel

2. Pilih ikon Scheduled Tasks

3. Klik Add Scheduled Task

4. Klik Next

5. Klik Browse

6. Dalam kekotak "Select Program to Schedule", diruang Filename masukkan arahan:

%SYSTEMROOT%\System32\shutdown.exe

7. Klik Open

8. Namakan tugas ini sebagai "Shutdown" atau apa sahaja nama yang sesuai.

9. Buat pilihan kekerapan bagi proses shutdown ini:

* Daily
* Weekly
* Monthly
* One time only
* When my computer starts
* When I Log on

10. Klik Next

11. Pilih masa dan waktu shutdown. Klik Next

12. Masukkan username dan password bagi akaun Administrator. Klik Next.

13. Tandakan pada opsyen "Open advanced properties for this task when I click Finish" dan klik Finish

14. Dalam kekotak shutdown, tambahkan -s pada ruang Run:

%SYSTEMROOT%\System32\shutdown.exe -s

15. Klik OK

Sekian ... Selamat mencuba

gravatar

Menjadualkan Disk Defragment

Bagi memastikan sistem anda sentiasa beroperasi dengan cekap dan pantas, anda boleh melakukan aktiviti Disk Defragmenter secara berjadual. Disk Defragmenter berfungsi mengurus fail-fail yang terdapat di dalam hard disk supaya mudah diakses oleh komputer serta memudahkan capaian antara satu sama lain. Anda boleh menggunakan operasi berjadual seperti Task Scheduler untuk menjalankan program ini pada masa-masa yang tertentu.

Langkah-langkahnya seperti berikut:

1) Klik Start -> Control Panel -> Scheduled Tasks

2) Pilih menu File -> New -> Scheduled Tasks

3) Namakan ikon tersebut dengan nama "Defrag Disk"

4) Klik dua kali pada ikon dan klik tab Task

5) Dalam ruang Run:, masukkan arahan ini: defrag.exe c: -v

6) Dalam ruang Start in: masukkan: C:\

7) Klik tab Schedule dan selaraskan masa yang sesuai bagi menjalankan tugas ini.

8) Klik OK.

Sekarang aktiviti utiliti Disk Defragmenter anda akan beroperasi secara berjadual.

Sekian.... Wassalam.

gravatar

Tak Boleh Double Klik Pada Drive C:\, D:\ dsb

Pernahkah anda pernah mengalami masalah sebegini?

Mengapa tak boleh double-click pada Hard Disk atau partition dalam komputer? Contohnya, bila hendakak buka partition C:, akan keluar dialog “Open With”. 

Kenapa ianya berlaku???.....

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Cara Penyelesaian:

1. Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira(aku suka AV ni) dan sebagainya.

2. Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:

* Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”

* Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan

3. Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf

4. Restart komputer

gravatar

Mengembalikan Command Prompt Yg Disable

Klik START -> RUN

pada kotak dialog, copy-kan ini :
REG add HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f

Klik OK

gravatar

Mengembalikan Command Prompt Yg Hilang

Klik START -> RUN

pada kotak dialog, copy-kan ini :
REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFind /t REG_DWORD /d 0 /f

Klik OK

gravatar

Mengembalikan Regedit Yg Disable

Klik START -> RUN

pada kotak dialog, copy-kan ini :
REG DELETE HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableRegistryTools /f

Klik OK

gravatar

Mengembalikan Search Yg Hilang

Klik START -> RUN

pada kotak dialog, copy-kan ini :
REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFind /t REG_DWORD /d 0 /f

Klik OK

gravatar

Task Manager Disable

Buka Notepad, copy-kan ini :

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System]
"DisableTaskMgr"=dword:00000000

ubah taip/format file-nya menjadi reg
misal: taskmanager.txt menjadi taskmanager.reg

lalu simpan, setelah selesai, Klik 2x taskmanager.reg

pilih Yes

(jika format file .reg tidak berjaya tukar kepada .inf dan simpan. Setelah selesai klik kanan pilih install)

Log Off atau restart comp

gravatar

Folder Option Hilang

Buka Notepad, copy-kan ini :

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
"NoFolderOptions"=dword:00000000

[HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer]
"NoFolderOptions"=dword:00000000

ubah taip/format file-nya menjadi reg
misal: folderoptiontxt menjadi folderoption.reg

lalu simpan, setelah selesai, Klik 2x taskmanager.reg

pilih Yes

(jika format file .reg tidak berjaya tukar kepada .inf dan simpan. Setelah selesai klik kanan pilih install)

Log Off atau restart comp

gravatar

Mengembalikan Folder Yang Hilang

Klik START -> RUN .....tuliskan CMD

setelah Command Prompt run, mskkan : cd\ ENTER

Lalu masuk: attrib /? ENTER

Bila folder yang hilang di drive C, msk command : attrib –s –h *.* /S /C ENTER

dan seterusnya...

BAM!!! semua kelihatan...

gravatar

Recycle Bin Hilang

klik start-run, taip "gpedit.msc" , klik ok/enter.

klik: user configuration - administritive templates - Desktop

cari "Remove Recycle bin icon from desktop"

klik kanan properties, set ke "not configured"....

abisssss....... mudah mudahan ok ler

gravatar

MU - Selamat Mengundi

Selamat mengundi diucapkan kepada pengundi-pengundi
yang layak mengundi esok di DUN Manek Urai....
Buatlah pilihan yang tepat demi masa depan agama,
bangsa dan negeri kelantan yg tercinta...
Takbirr...


KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi. - mks.-HarakahDaily.Net-

gravatar

Nasihat DRMAZA

Mari kita renungkan, apa yang diperkatakan oleh Dr Mohamad Asri Zainul Abidin (DRMAZA), bekas Mufti Perlis.





Jangan Jatuhkan Kelantan




“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

gravatar

Kembalikan Kegemilangan Islam Seperti Dulu

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah;

"Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam" .
Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang di dirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah.

Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:

"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi
sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?'

Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka"

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat
melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:

"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam"
[Al-Anbiya' 21:107]

Malapetaka ketiadaan Khilafah Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang
menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara' secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang
diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.

Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas
dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri.

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya
kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.

Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua
negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk 'dipelajari' bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja ('ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka.

Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam.
Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya. Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan
Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara 'super power' AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi.

Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui pelbagai cara hanya dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan
mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu
yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian
yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?

gravatar

Refresh

Salam semua....

Setelah sekian lama tak update tuturial, hari ini saya akan kongsi dgn anda semua cara membuat refresh. Kegunaan refresh ini ialah untuk membuat penyegaran kembali pada laman blog atau website anda. Fungsinya sama sahaja dgn refresh yang ada pada setiap browser internet, cuma bezanya refresh yang ada pada browser internet dibuat secara manual dan ia akan bekerja apabila kita klik pada menu refresh tersebut. Tapi refresh yang saya tunjukkan ini akan bekerja secara automatik, anda tidak perlu klik pada tombol refresh yang ada pada toolbar.

Cara membuat nya sangat mudah, anda hanya perlu letakkan kod di bawah ini di antara kod <head> ..... </head> .

Kodnya seperti ini: <meta http-equiv="refresh" content="10"/>

*
content="10" menunjukkan bahawa proses refresh akan lakukan dalam tempoh 10 saat. Jika ingin mempercepatkan atau melambatkan proses refreshini anda perlu ubah sahaja angka 10 menjadi lebih kecil atau sebaliknya.

Fungsi refresh selain untuk menyegarkan kembali halaman-halaman blog, ada fungsi lain yang juga cukup menarik, yakni berfungsi sebagai Redirect dari satu alamat URL ke alamat URL yang lain. Ini berfungsi jika anda ingin membawa pengunjung blog anda ke alamat yang anda inginkan.

Contohnya jika anda ada satu blog yang lama dan anda mahu bertukar ke blog yang baru, jadi anda tidak mahu alamat yang lama di aktifkan lagi. Dalam situasi ini selain menggunakan cara meninggalkan pesan bahwa alamat URL atau blog sudah berpindah, alangkah baiknya kita menggunakan fungsi Refresh yang di setting secepat mungkin. Misalnya waktu refresh di set kepada "0 " . Jadi apabila ada pengunjung yang mengunjungi alamat blog tersebut akan secara automatik di bawa terus ke alamat baru yang di inginkan.
Bagaimana..... senang bukan.......

Caraya sama shaja anda perlu membuat penamtambahan sedikit pada kodnya dan letakkan kod di bawah:

<meta http-equiv="refresh" content="0;URL=tulis alam URL di sini"/>

OK...... Selamat Mencuba.

gravatar

Mungkinkah selepas ini PRK Negeri Perak???...

Petikan dari artikel Dango Mamamat :-

Pada hari Khamis 9 Julai 2009, lima hakim di Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir MB Nizar tentang statusnya sebagai MB Perak yang sah. Rakyat sedang menunggu apakah Mahkamah Persekutuan akan mengulang sebut hujah hakim di Mahkamah Rayuan sebagai penanda aras untuk menafikan hak MB Nizar sebagai MB Perak. Ada juga perkhabaran yang memaklumkan bahawa isyarat telah dihantar supaya MB DPulau memohon mengadap sultan untuk membubarkan DUN Perak. Istana telah bersedia bila-bila masa sahaja untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak.


Apakah akan berlaku PRK di negeri Perak???... Kalau bukan di Perak mungkin di negeri lain.... negeri mana???... Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

------------------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah

Mesra kami penawar duka
Rindu kami membawa cinta
Rajuk kami membuah ceria
Ya Allah

Silaturrahim kami Ukhwah fillah
Bermusuh kami na’u zubillah
Berpisah kami Inna lillah
Pengubat hati doa Rabitah
Rahmati kami meniti usia
Berpisah kami dialam nyata
Temukan kami semula ditaman syurga.

Amin"

gravatar

Pengorbanan

Kita seringkali mendengar mendengar perkataan pengorbanan. Apakah itu pengorbanan? Di dalam bahasa Arab pengorbanan ialah Tadh-hiyah(maaf jikasalah tolong betulkan); dhahha - yudhahhi - tadh-hiyah, yang berarti pengorbanan. Di dalam beramal jama'i, pengorbanan mempunyai kedudukan yang sangat penting, oleh karena itu Imam Hasan Al Banna memasukkannya ke dalam salah satu rukun bai'at anggota Al lkhwan Al Muslimun, setelah rukun fahm, ikhlas, amal dan jihad.

Beliau berkata: "Yang saya maksud dengan pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan". Tidak ada perjuangan di dunia ini kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita janganlah engkau mempersempit pengorbanan, kerana sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barang siapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa.

Bagi pendapat saya pengorbanan dan jihad merupakan dua hal yang sukar dipisahkan, namun menurut Said Hawa, ada perbezaan antara jihad dan pengorbanan. Kadang-kadang kedua-duanya seiring dan kadang-kadang pula saling menyempurnakan. Oleh kerana itu Imam Hasan Al Banna menjadikannya rukun tersendiri.

Karena di tempat mana dikumandangi jihad, maka di sana ada pengorbanan. Dan jihad yang sempurna tidak akan terwujud kecuali dengan pengorbanan yang sernpurna pula.

Sungguh banyak kisah dalam sejarah kehidupan manusia yang dapat menjadi bukti dan contoh tentang pengorbanan, baik dalam kisah orang-orang terdahulu sebelum Nabi Muhammad saw, mahupun kisah pengorbanan beliau dan sahabatnya dalam sirah, dan kisah-kisah perjuangan umat sesudahnya sampai saat ini.

Padahal tanpa kita sedari setiap hari kita mengorbankan sesuatu sebagai akibatnya lantaran kita memilih suatu hal yang lainnya. sebagai contoh yang paling mudah, Saat kita memilih untuk bangun lebih awal pagi ini, bererti kita telah mengorbankan untuk kita tidur lebih lama sedikit.

Mungkin selama ini, pengorbanan yang kita bayangkan selalu adalah hal-hal yang besar-besar, seperti berkorban untuk negara, mengorbankan nyawa di medan peperangan dan sebagainya, padahal ada banyak pengorbanan kecil yang kita lakukan tanpa pernah kita sedari. Tak lama lagi akan ada satu pilihanraya DUN Manek Urai, ramai jentera-jentera parti kedua-dua belah pihak dan tak kurang juga para blogger sukarela serta orang perseorangan dari seluruh pelusuk tanahair telah berpusu-pusu ke sana untuk beberapa minggu demi memberi sokongan kepada calon yang bertanding, bukankah itu bererti kita telah mengorbankan pekerjaan dan tanggungjawab kita di kampung halaman serta tempat kerja kita buat seketika waktu.

Tetapi yang sangat menarik jika kita menyedari bahawa setiap hari bahkan setiap saat kita melakukan pengorbanan, sehingga jika terjadi sesuatu di masa yang akan datang, kita bisa mengetahui bahwa...ya, itu pun terjadi sebab saya telah memilih untuk mengorbankan hal yang sebaliknya....

Apa yang ingin Anda korbankan untuk selanjutnya??? Maka ketahuilah bahawasanya tidak akan ada yang tercipta tanpa adanya pengorbanan dari umat manusia......

Wallahu 'Alam....